Monday, 23 March 2015

Langsai sudah PTPTN

Assalamualaikum.

Malas sungguh nak update blog, entah hantu malas mana merasuk aku sejak 2 menjak ni. Eh, sendiri malas salahkan hantu pulak ek. 

Oklah nak share 27 Februari 2015, dengan rasminya aku bebas hutang PTPTN. Lega dah. Sebenarnya aku hutang tak banyak pun sebab dapat biasiswa, RM 5000.00 je. Tapi disebabkan aku bayar ikut suka, tu yang tak habis2. 

Beberapa hari sebelum tu tergerak nak tengok baki, eh tinggal sikit. Kebetulan pulak sekarang ni kan PTPTN tengah buat rebat potongan 20% kalau kita buat bayaran penuh, tu yang aku terus buat. Banyak jugak boleh jimat, lepas susu Areesh setin. Hehe. Rebat ni akan berakhir 31 Mac 2015 ni, sempat lagi kalau korang nak buat pembayaran. 





2 comments:

misz sheyla said...

kite belas ribu lagi...arghhhhhhhh.....tension bile ingat..time dpt duit xpnh tension..hihi

meazrynn said...

hihi..kan,dpt duit cm tak ingat je..tp time nak bayar..adoiii wat pejam2 mate je..ngelat2... :)