Monday, 23 March 2015

Chicken Roasted Aka Ayam Panggang

Jumaat lepas, aku masak ayam panggang. Saja share kat fb, ramai pulak yang pm dan komen mintak resepi. Mana boleh kedekut2 kan, lagipun resepi tu aku tanya pacik google jugak, cuma aku ubah ikut suka. So, untuk aku sendiri tak lupa resepi tu aku share kat sini la ye. 

Resepi ayam panggang ni tersangatlah simple tapi rasanya peh, meratah sampai ke tulang. Hehe. Dua kali dah aku masak guna resepi ni. Memang terbaik. Hubby pun cakap sedap. 

Jom tengok resepinya k.



Bahan,

Ayam, ikut banyak mana nak masak la ye. 
*Halia 2 inci
*Bawang putih 4 ketul
*Lada hitam 2 sudu besar
Sos tiram 4 sudu
Madu 4 sudu
Garam

Kalau ayamnya banyak, lebihkan jugak bahan2 lain ye. Ikot kesesuaian. Kang tak sedap pulak nanti.

Cara,

Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan bahan2 yang tinggal, Gaul sebati, rasa dah ok lumur pada ayam. Nak perap dulu pun boleh tak perap pun tak apa. Kalau tak perap, cucuk2 dulu ayam tu guna garpu ye.

Sebelum tu jangan lupa panaskan oven pada suhu 170/180C. Ikut oven masing2 la ye. 

Siap dah lumur ayam, apalagi masukkanlah dalam oven, panggang selama 35 - 40 minit. Tak pun korang tengok dah masak tu teruslah matikan oven. Siap, sedap makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba.


2 comments:

misz sheyla said...

ratah mcm tu pun dah sedap.... terliur lak tgok..

syasya said...

sedapnya tengok...nanti nak tryla