Wednesday, 20 January 2016

Jalan-Jalan Langkawi Day 1

Assalamualaikum.

Tanggal 7 - 9 Januari aritu, buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Hehe. Oktober 2013 aku pernah plan ke sana, konon nak honeymoon ceriakan diri sebab baru lepas ectopic. Tapi bila hari kejadian aku tengah pregnantkan Areesh 3 bulan kalau tak silap. Tiket dah beli awal kan, burn macam tu je. Aku beli tiket Malindo Air, ada call untuk dapat duit balik bolehlah dapat sikit dari total amount tu tapi sampai ke sudah tak dapat. Malas pulak nak follow up. Kira halal lah. Orang kata ok je kalau nak naik flight masa pregnant, tapi sebab aku baru lepas ectopic, orang kata lepas ectopic kan susah nak pregnant, ni dah pregnant mestilah kena jaga baik-baik kan. Takot jadi pape kat baby kang nangis tak berlagu.


Balik pada cerita jalan2 Langkawi, aku dah book tiket MAS bulan 10 tahun lepas kalau tak silap. Dapatlah harga murah sikit. 2 orang campur infant total RM390. Kawan aku dapat lagi murah beli tiket minggu lepas. Cehhh, takpalah rezeki memasing ye tak. Hubby cerita dekat MIL so dia pun nak ikot. Tak jadilah percutian ala2 honeymoon. Hehe. Berangkatlah kami 6 orang ke sana. 


Bertolak dari Putrajaya naik erl, senang terus sampai KLIA. Tiket dah check in siap2 2 hari sebelum terbang. Jam 9.45 pagi terbanglah kami ke sana. Dapat seat no 5, rezeki dapat seat tu. Sederet tu kami je duduk. Tak beli pun, masa check in tu baru pilih seat. Kalau tak nak amik seat 5 ni kena tambah duit kan. 

















Gerteknik tu tempat aku sewa kereta.

Sampai je Airport Langkawi, tunggu beg dan terus sewa kereta. Aku ambil di airport je, senang. Aku sewa kereta nissan almera 3 hari 2 malam dengan harga RM180. Aku tawar-tawar dapatlah RM170 katanya sebab ada Areesh. Untung ada awak syg. Hehe. Aku mintak kurang lagi katanya baik dia cari customer lain. Hihi...

Lepas ambil kereta sewa, kami terus cari kedai makan memasing dah kelaparan. Ikan keli bakar kat kedai tu sedap, lain dengan kat sini. Kawan aku cakap diorang bakar dengan rempah tu yang rasanya lain. Ooo patutlah sedappp.

Perut dah kenyang, hati banyak senang terus check in hotel. Aku pilih Malibest Langkawi Resort booking tru booking.com. Memang best sebab dekat dengan pantai tapi yang tak bestnya susah nak parking kereta. Duduk sini parking kat tepi-tepi jalan je, kalau waktu ramai orang tu memang nak kena round banyak kali untuk dapatkan parking, tu pun kalau nasib ada lah..

Lepas dah check in tu lepak-lepak je semua dalam bilik. Kami duduk 1 bilik je. Percutian jimat namanya. Hehe. Boleh tahan panas cuaca kat sini, dah kata kat pulau kan. Tambah pulak tengah el nino  fuhhh berasappp. Alamak lupa pulak lepastu kami ke mana. Haha. Dasar sungguhhh. Almaklumlah urat dah banyak putus, tu yang jadi pelupa tahap gaban. Hehe, nanti dah ingat aku cerita lagi ye.. Tata..

Eh2, dah ingat balik daahhhhh.. Tengok gambar terus ingat. Hehe..

Petang tu pulak kami menikmati pemandangan sunset di Pantai Cenang. Kata duduk tepi pantai kan, rugilah tak tengok sunset. Areesh tidur time ni, MIL malas nak keluar dia tolong tengok2kan Areesh kat bilik.

Subhanallah, cantik sangat pemandangan kat Pantai Cenang ni, pasirnya putih, pantainya landai. Memang indah sungguh alam ciptaanNya.





















Lepas dah puas rehat-rehat golek-golek kat bilik malam tu sesi mencari makan lagi. Cari kedai makan dekat-dekat dengan hotel je, Restoran Haji Ramli. Banyak je kedai makan area Pantai Cenang ni, jangan risau. Pilih je mana nak.

Lepas makan, kami terus ke Dataran Helang. Nak tengok Helang Gergasi katanya. Jom layan gambar lagi sampai muntah ye...





Dah puas berposing dengan Cik Lang, hari pun dah malam mari balik ke saranggg...

Tamat dah sesi pengembaraan hari pertama. Next entry hari ke dua pulak ye...Tataaaa...



4 comments:

Anis Khalilah said...

Bestnye ke Langkawi :D

meazrynn said...

Anis,

Jatuh cinta dah dgn Langkawi.. :)

cik mah said...

Bilalah cik mah nk sampai...plan dah ni..hope ada rezeki ke sana..

meazrynn said...

Cik mah,

InsyaAllah, krabi pn cik mah dah sampai langkawi apelah sangat. Ye tak.. :)