Wednesday 4 September 2013

Soon - Pulau Langkawi

Assalamualaikum.

Minggu lepas dengan tak sengaja aku terbooking tiket flight. Ter tau, bkn sengaja. Hehe. Dah lama sebenarnya rancang nak ke Pulau Redang la Pulau Langkawi la Pulau Tioman la, last-last Pulau Langkawi menjadi pilihan. Kebetulan pulak tengok tiket tengah murah, terus aku tersambar. Hehe. Sebelum tersambar tu aku tanya dekat Hubby dulu, dia pun ok aku pun teruskan saja. Nampak sangat bukan ter kan. Hihi.

Kitorang tak nak tangguh-tangguh dah. Kang lagi ditangguh tak jadi-jadi. Lagipun ni jugak percutian untuk 1st anniversary kitorang. Hihi. Kejab je nak setahun dah.

Aku booking tiket Malindo Air.  Aku dapat RM 244 untuk 2 orang siap pilih seat pergi balik. Pada aku paling murah nak dibandingkan dengan penerbangan lain. 1st time nak cuba naik Malindo Air, banyak jugak aku baca feedback positif, harap-harap kitorang pun bernasib baik juga.




Dan pagi tadi aku saja survey website Malindo Air, harga tiket dah naik. Wehuuuu......nasiblah aku cepat sikit. Hihi. Yang tak bestnya time bertolak dilambatkan sikit. Tak kesahlah labu, asal jangan korang batalkan tiket sudah. Hehe.

Sekarang aku tengah pening nak cari hotel. Hubby serahkan bulat-bulat untuk pilih hotel ikut citarasa aku, tapi pening dah. Nak yang murah tapi cantik. Boleh??? Hihi...


2 comments:

CaDLyNN said...

bile nak pi? kite pn dah booked..tgh nak plan activity n mane nk duduk..hehe..

murahla tiket tu! beli air asia yg konon tgh promo pn tak murah cmtu tau

meazrynn said...

Cadlynn,

wah yeke..saya pergi 25-27/10 nanti..awak pulak bile..

tulah, rin dah tgok airasia aritu..memang lagi mahal kan..jumpa malindo murah terus grab... :)

hotel n aktiviti dah siap plan sume..tinggal pegi je..hehehe..
weeeee tak sabo kan... :)