Showing posts with label Persiapan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Perkahwinan. Show all posts

Monday, 17 December 2012

DIY Design Banner

Madah nak DIY je semua kan. Hehe.

Bukan salah aku tapi kedai kad kawin Hubby takda design yang buat aku jatuh cinta, tu yang datang idea nak buat sendiri.

Dengan bantuan Hubby, akhirnya terhasillah design banner ni. 1st time aku godek2 photoshop. 

Dan hasilnyaaaa......


Taraaaaaaa...hehe..
Tak la perfect,
tapi aku puas hati dengan sendiri punya design.

Hubby kata aku dah boleh ganti tukang design kat kedai kad kawin tu. Hik3. 




Thursday, 13 December 2012

Goodies Tetamu (Done)

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah selesai urusan goodies untuk tetamu majlis. Lega rasanya. Aku malas nak fikir yang rumit-rumit. Balik kampung ritu terus beli, takda nak survey2 dah. 


Ha ni la tempat aku beli goodies.
AS Highway.
Keluar tol Ayer Hitam belah kanan. 
Memang akan nampak kedai ni.
*gambar curi ni. tak ingat copy kat ne. sory ye.

AS Highway ni memang betul2 lepas kita keluar highway dari Tol Ayer Hitam bersebelahan dengan Shell. Kat Ayer Hitam ni memang banyak kedai-kedai perkahwinan, tapi aku lebih suka pergi kat sini, senang parking dan barang-barang pun banyak. Kita boleh nego2 harga dengan pekerja kat sini. Sampai ada sorang cina kat sini dah kenal dengan kami sebab masa nak beli gubahan hantaran nikah pun kami cari kat sini jugak.

Bakal kakak ipar aku ada suggest beli kat 1 kedai ni kat Ayer Hitam jugak, aku  lupa nama dia. Bangunan dia warna merah hitam. Orang Ayer Hitam mesti tahu kot. Kedai ni nampak lebih ekslusif dan cantik. Katanya kat situ lagi murah. Aku memang pernah pergi kedai tu so aku pun ikut jek la. Sekali pergi takda pulak yang berkenan, dan harga macam lebih mahal. Mak aku pun prefer pergi kedai AS Highway ni lagi.

Sekarang ni tugas anak-anak buah aku pulak membuat kerahan tenaga untuk masukkan goodies2 ni dalam kotak. Hehe. Nasib korang  la ek. Bukan selalu pun korang kena dera camni kan. Hihi.


Monday, 10 December 2012

Tempah Kek Kawin

Assalamualaikum.

Aku baru lepas deal dengan akak toke kek ni. Dah lama aku add dia, baru arini aku sembang2 kat mesej fb. Selain mengambil tempahan kek, akak ni jugak ada buat kelas baking2. Memang kalau bukan fb akak ni  haruslah tergoda dengan design2 kek yang cantik dan kemas.


Cantik kan..

Kadang-kadang perkara-perkara last minute yang kita buat boleh buat kita untung tau. Tapi ada jugak yang rugi. Tengok pada nasib. Hehe. Tapi masa majlis pernikahan aku haritu, perkara last minute lah yang membuatkan aku dapat nikah hari Jumaat. Kalau tak memang tak mendapatlah. 

Eh, apa kaitan cerita kek dengan last minute pulak kan. Hehe. Mesti la ada kaitan. Meh aku story ek. Aku terlupa yang aku tak tempah kek lagi. Lagipun bila fikir-fikir balik beli je la kat secret tu kan, senang mudah cepat dan lazat. Hehe. Tapi bila aku teringat kat mak aku, terus aku berubah fikiran. Tu yang jadi last minute.

Mak aku ni jenis tak makan kalau beli kek kat kedai cina atau yang tidak diketahui punca. So untuk mengelakkan dari mak aku tak makan kek yang akan aku beli nanti, aku akan pastikan aku tempah pada orang melayu. InsyaAllah, dijamin kebersihan dan kehalalannya kan. 

Rezeki aku, rupanya akak tu ada buat promotion sempena cuti sekolah ni. 3 tiers kek RM 300. Kalau hari biasa RM 350 dan ke atas. Terus aku teruja. Hehe. Bakal akak ipar aku tempah memang RM 350, tapi dengan orang lain la. Ha nampak tak. Rezeki last minute kan. Hehe.

Nasib la akak ni amik lagi tempahan. Kalo tak, menangis air mata darah lah aku. Heheheheee..

Kek akan direview kat sini ye nanti.. :)




Thursday, 6 December 2012

DIY Kad Kawin Ekspressss

Assalamualaikum.

Uhuk3, bersawang-sawang sudah MEA ni. Tak dan nak update, dengan balik kampung nya, ni pun semalam aku baru balik dari Kursus Teambuilding kat Melaka 3 hari. Memang penat tapi sangat seronok. Badan pun macam dedo-dedo (seram sejuk) jek ni, macam nak demam.

Cerita pasal kad kawin, aku terpaksa diy sendiri sebab kad kawin yang aku tempah tak siap lagi. Ahaaaiiii. Mak aku dah nak edar kat sedara mara kat kenduri kawin rumah sedara kat Kluang. So, aku pun buatlah dengan tanpa rasa bersalah. Kalau dah terdesak kan ape pun boleh. Hehe..

Ni la hasil DIY kad kawinku. Insan-insan terpilih je yang dapat ni. Hehe.

Taraaaaa...
Kertas coklat tu kertas recycle tau.
Aku kan PA, so banyak la simpan sampul2 surat coklat tu..
Potong potong dan tampal.
Jimat tak jimat.
Ni pulak sampulnye. Cute kan. Hehe.
Rubber stamp tu aku tempah kat Warta, Bangi. RM 28 je siap 2 hari. Memang puas hati tempah kat situ. Masa tempah tu aku lupa nak bawak design yang aku dah buat, tapi dia just tanya aku nak macam mana, saiz apa dan detail nak letak kat cop tu. Dalam 15 minit camtu dah siap design. 

Kad tu pun dah siap edar. Maaf ye sedara-sedaraku yang dapat kad DIY yang tak seberapa ni. Mesti diorang fikir sengkek nye aku buat kad sendiri kan. Hmmm, nak wat camne kan. Pasrah jek la.


Friday, 19 October 2012

DIY Paper Bag

Assalamualaikum.

Malam tadi sesi mencari paper bag, berangan nak DIY sendiri. Berangan je semua kan. Sempat ke tak, tak tahu la tu. Hmm, kena sempat-sempatkan jugak. Sebab dah beli pun paper bag dengan doily paper. Semalam dalam hujan-hujan lebat lepas balik kerja tu aku ajak jugak Mr. Bambam cari paper bag ni. 

Hari tu masa cari bahan nak buat Almond Cluster ternampak paper bag ni kat Yummi Bangi. Cari punya cari jumpa jugak akhirnya. 1 pack 100pcs, harganya RM 4.80. Tak tahu la murah ke mahal. Tak sempat nak survey tempat lain. Doily paper tu pulak 1 pack, 250pcs RM 3.80. Riben segala tak sempat nak cari lagi. 


Sesi menapis idea terbaik
Ok jugak kan. Simple
Pun cantik jugak
Ni pun cantik.. Hmmm
Sumber : Macik gugel 

***
Harapnya menjadi la ye projek paper bag aku ni. 
Projek hantaran kat rumah tu pun pending lagi.
Adoooiiii....


Thursday, 18 October 2012

Interview Kahwin

Isnin lepas aku dan Mr Bambam serta ditemani Mak dan Ayah Mr. Bambam ke Pejabat Agama Kluang untuk urusan penghantaran borang nikah. Kalau di Johor, bakal pengantin perlu di interview @ kat borang tu tulis sesi temubual. Yang ngelatnya, Mr Bambam tak kena tanya pun. Tau2 je dah lulus. Cisdel betul. Heheheheee... 


Study buku agama sampai tertidur ini budak. Keh3.

Muka lega beliau sebab tak kena interview

Selesai urusan di Kluang, petang tu terus ke Kota Tinggi pulak. Giliran aku pulak nebess. Esoknya terus ke Pejabat Kadi Kota Tinggi. Aku kena tanya 5 soalan. Alhamdulillah, aku lulus dengan jayanya..hehe. Cuma ada lampiran yang tak lengkap kat borang aku. Bukan salah aku, staff pejabat tu yang tak maklum kena sediakan lampiran tu. So, aku terpaksa mintak tolong akak aku hantarkan borang dan lampiran tu ke Pejabat Kadi Jumaat ni.


***
Hmm, terpaksa menyusahkan orang lagi. 
Sorry kakak. (^_^)





Baju Nikah siap !!!

Assalamualaikum.

Wehuuuuu...baju nikah dah siap. Macam tak sabar pulak nak pakai baju tu. Hehe.
Alhamdulillah, hasilnya seperti yang diharapkan. Aku keluar aje dari fitting room, Kak Dini terus cakap cantiknyee. Kembang sekejab. Keh3.

Masa fitting Mr. Bambam bukan main excited lagi. Siap cakap lupa nak bawak samping nak try sekali dengan baju dia tu. Hampeh tau, malu i. Hehe. Kak Dini siap bagi try samping kat kedai dia. Keh3. Mr. Bambam ni kalau dah datang gila dia memang camtu. Lepas amik baju makan kat kedai Azura, dekat2 dengan butik ni jugak macam tu jugak la perangai dia. Tak berapa nak waras. Waiter tu pun layan jek la.

Baju Mr. Bambam cantik dan nampak kemas. Cuma nampak besar sikit sebab masa ukur badan tu kan dia gemuk. Keh3. Dah turun 10kg tu yang baju tu nampak longgar sikit. Lain2 ok. 

Baju aku pulak kena adjust kat siku lengan baju. Agak ketat. Lain2 pun ok. Tunggu lebih kurang 10 minit baju dah siap dibetulkan. Aku baru berangan nak naikkan berat, kan ada masa lagi seminggu. Keh3. Tapi tak boleh la nampaknye sebab baju memang dah fit kat badan. 


Paid..pejam mata jek la bayar..uhuk3

Lebihan lace baju tu aku ambik balik mana tahu boleh letak kat veil ke kan. Kalau rajin nak DIY sendiri la. Kalau tak sewa dengan mak andam je la. 

Gambar tak boleh nak upload, nanti tak surprise. Heheheheeee....



***
Kalau ada sesiapa yang nak tahu apa yang Mr. Bambam buat sampai boleh turun 10kg dalam masa 2 bulan, 
boleh tinggalkan komen ye..
Tanpa ubatan tradisional mahupun moden. Hik3.
(^_^)




Thursday, 27 September 2012

Innershine : Pati Prune

Rezeki orang nak kawin ni kadang-kadang tanpa disangka-sangka kan.

Isnin lepas anak boss bagi aku innershine. Banyak pulak tu. Boleh buat stok sebulan. Katanya masa dia nak kawin dulu rajin la dia minum, lepas kawin malas pulak. Tu yang dari expired kat rumah, dia bagi aku. Malu la jugak nak ambil, tapi dah dipaksa-paksa, aku pun ambik la jugak. Hehe..


Sedap rasa dia. Masam-masam manis.

Semalam tengok kat Watson, 1 kotak, 6 pcs harganya RM 27++. Bayangkanlah berapa kotak dia bagi aku ni. Sekotak aku bagi kat akak opis aku. Yang dalam gambar tu sume aku punye. Hehe. 

Aku baru start minum malam tadi. Dia bagi petua, minum ni time nak tidur. Lepas minum ni jangan makan/ minum pape. Ok baiklah. 

Aku nak tengok bershine2 tak masa aku nikah nanti. Tak pun mana tahu muka boleh transform jadi Maya Karin ke. Keh3.


***


Tapi pagi tadi, ada akak opis tegur muka aku berseri-seri jek. 
Aik, takkan baru makan 1 botol dah berseri-seri kot. Keh3.



Persiapan Kahwin 8 : Hantaran

Assalamualaikum.

Minggu ni memang minggu takda rehat punya. Balik dari pejabat terus ke Alamanda. Disebabkan Mr. Bambam nak ke India ahad ni, so kami mesti membereskan misi mencari barang hantaran. Misi malam tadi dapat 2 barang. Malam ni kami akan meneruskan misi mencari lagi. Hehe. 

Alhamdulillah, perasaan aku sekarang ni walaupun dah tak berapa banyak masa lagi, aku rasa tenang. Tenang setenang-tenangnya. Tak macam sebelum ni. Thanks Mr. Bambam jugak kerana banyak memberikan kerjasama dan masa walaupun tengah sibuk dengan persiapan ke India. Sayang syg ketat-ketat. ♥

Malam tadi jugak shopping barang Mr. Bambam. Nak cari seluar dan baju katanya. Koleksi yang ada sume dah longgar. Mentang-mentanglah dah turun 10kg. Keh3. 


Sesi mencari seluar
Bukan senang Mr Bambam nak berkenan bila cari seluar ni.
Tapi yang ni, sekali tengok terus terpikat.
Nasib ada saiz.

Hmmm, dekat RM500 jugak lah habis shopping barang semalam. 
Oh seronoknya duit keluar macam air. Sob sob. ^_^

Wednesday, 26 September 2012

Sebulan sebelum diijabkan

Assalamualaikum.

Lagi sebulan je lagi aku akan jadi milik Mr. Bambam. Sebenarnya, baru aku perasan aku akan dinikahkan apabila usia pertunangan kami genap 6 bulan. 

Dulu-dulu, aku berangan kalau aku bertunang, tak nak lama-lama. Paling lama setahun paling cepat 6 bulan. Orang kata bertunang lama-lama ni banyak dugaan. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Hehe. Dan Alhamdulillah setakat ni kami menjalani tempoh pertunangan dengan baik-baik saja. Merajuk-rajuk sikit, gaduh-gaduh manja tu ada lah. Hehe.

Persiapan kahwin setakat ni 40% je. 40% je????? Gila tak gila kan. Orang lain agaknya kalau dah time2 macam aku ni agaknya dah releks je. Tunggu diakadkan je kan. Hehe. Banyak lagi perkara yang tak settle. Aku nak lepaskan majlis nikah dulu. Lepas ni baru fikir untuk majlis bersanding.  ^_^

Tuesday, 25 September 2012

Persiapan Kahwin 7 : Andaman

Alhamdulillah.

Pencarian selama sebulan membuahkan hasil. Part nak cari Mak Andam ni la part yang paling susah sekali tau. Kalau korang nak kawin nanti korang tahu la macam mana. Orang dah kawin mesti tau macam mana. 

Nak tau sebab apa? Meh tengok sini. Ni hasil kajian diri sendiri je. 

  • Kena dengan budget
  • Makeup mesti cantik
  • Koleksi pelamin yang updated
  • Koleksi baju yang updated
  • Pakej yang menarik
  • Paling penting mak andam mesti berjantina perempuan
  • Layanan yang mesra

Ha tengok tu. Tu aku punya senarai. Nak kata aku cerewet tak jugak. tapi biasanya tu lah kriteria2 yang akan dilihat oleh bakal pengantin sebelum mengambil keputusan memilih mak andam untuk hari bahagia nanti.

Cerita pemilihan mak andam ni, sampai 2 minggu berturut-turut aku balik kampung sebab nak cari mak andam ni. Last2 apa pun tak dapat. 

Tadi, aku nekad call 3 nombor butik andaman kat bandar Kota Tinggi tu. Perkara pertama aku tanya tentang date. Available ke tak. Aku review sikit ye dari sesi menelefon, meneliti gambar2 di fb diorang.

Klasik Andaman 013-7541095
- makeup dan pelamin memang terbaik, lagi-lagi pelamin. Tapi untuk aku yang berpendapatan sederhana ni, majlis pulak kat dewan, harganya agak mahal. Lari budget oiiiii..

Iz De Bridal 013-7274680
- ramai kawan-kawan cakap kat sini murah dan cantik. Not bad la katanya. Tapi untuk date nikah diorang cuti, siapa suruh buat time Raya Haji kan, orang nak raya la mak cik. Apadaaaa....

Miza Collection 016-7572423
- 2 kali aku pergi survey butik ni, untuk tunang dan kahwin, layanan memang terbaik. Yang penting, harga sangat berpatutan dan makeup pun boleh tahan. Pelamin pun ok. 

Nurkaseh Bridal House 
-boleh tahan jugak tengok gambar-gambar pelamin dan pengantin kat fb diorang. Ingat nak datang kedai sekali tutup. 

So, rasa-rasanya korang tahu aku pilih yang mana kan. Hehe. Hasil mak andam akan di review selepas majlis ye. ^_^



***
Leganya...1 lagi perkara besar dah settle. 
berharap aku buat pilihan yang tepat.




Doorgift Nikah

Assalamualaikum.

Cerita persiapan perkahwinan lagi. 

Sekarang aku tengah mencari idea doorgift untuk majlis pernikahan nanti. Rasanya nak bagi Yaasin, niat sedekah untuk arwah abah aku sekali. Tapi tengah fikir jugak, nak bagi yang custom made ke ready made yang jual2 kat kedai buku tu. Aduhai ni pun nak pening ke syg oiii. Opkoss la..tapi akak aku cakap, kita jangan fikir nak terlalu sempurna sangat, takut majlis tak seperti dibayangkan, sendiri jugak yang kuciwaaa ye tak... 


Cantik kan. Hijau lumut pilihanku.

Semua ni tentang budget jugak. Hasil pertanyaan dengan pakcik google, kalau beli yang ready made harga dalam RM0.90 - RM1.30, kalau nak custom made lebih kurang RM 1.50 dan ke atas. Custom made mestilah lagi cantik sebab boleh request nama kita kat situ kan.

Hmmmm, masih berfikir lagi. 

Mak aku pun cadangkan bagi Yaasin, lepas tu tambah Bunga Telur. Sebenarnya bunga telur ni dah ada kat rumah, recycle Kak Ct aku punya masa dia kawin ritu. Wah, jimat dah kat situ kan. Tang jimat-jimat ni aku suka. Heheheee..



Wednesday, 19 September 2012

Minggu yang penuh dugaan

Assalamualaikum.

Harini aku dah start kerja. Tak jadi nak cuti 2 hari, sebab urusan borang nikah tak boleh siap. Eh, nape pulak?

Ha tu la, kawan-kawan nanti kalau nak kahwin jangan buat keputusan last minute ye. Rancang betul-betul nanti diri sendiri jugak yang senang. Macam aku kan, berangan nak settlekan semua perkara dalam 1 hari, tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Uruskan borang nikah takda masalah, yang menjadi masalahnya HIV Test. Aku baru tahu rupanya  lepas raya haritu HIV Test ada prosedur baru. Kalau sebelum ni, hari tu jugak dapat result, tapi sekarang, kena tunggu 2 minggu dan ke atas. Ya Allah, rasa nak gugur jantung bila tahu perkara tu. Dah la aku tak banyak masa kan.

Mr Bambam pulak lagi dasyat, klinik kesihatan kat Kahang Timur cakap sebulan baru dapat result. Kami ada masa lebih kurang sebulan seminggu. Kalau result dapat lagi sebulan, masak lah. seminggu tu nak hantar borang ke Pejabat Kadi Kluang dan aku pulak nak hantar borang ke Pejabat Kadi Kota Tinggi.

Baru entry lepas aku cakap nak relek2 je uruskan semuanya kan, tapi aku manusia biasa. Tak lari dari tekanan memikirkan semua ni. Agaknya tu yang berat badan tak boleh nak naik balik ni. 

Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku.


Thursday, 13 September 2012

HIV Test (DONE)

Assalamualaikum.

Harini pagi-pagi lagi aku dah call Klinik Kesihatan Putrajaya (KKP), Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi (KKBB) dan Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Semua gara-gara nak buat ujian saringan HIV. Hoho..uolllsss nak tahu semua penuh.

Aku telefon KKP. Katanya kena buat appointment dengan Klinik Kesihatan Presint 11. Dia bagi no telefon dan tanpa berlengah terus aku dail, 03-88811732. Katanya untuk appointment, sekarang dah penuh, bulan 11 ke atas baru boleh buat. Mak aih, gila ramai rupanya orang nak kawin ek.

Lepas tu aku dail KKBB pulak, 03-89258707. Puan, saya nak buat appointment saringan HIV. Nurse tu jawab, 30 Oktober ke atas baru ada kosong. Lagi sekali, penuh. Aku dah la tak banyak masa. Aku tanya sekali, macam mana ya macam aku nikah di Johor, boleh pakai borang di klinik sana saja ke kena pakai borang dari Johor jugak. Katanya kena guna borang yang diambil dari Jabatan Islam Agama Johor jugak. Dia sediakan borang lain. Aduh!!!

Terus aku telefon Mr. Bambam pasal masalah tu semua, dia kata try call KKK pulak. Baiklah saya menurut perintah. 

Aku pun call KKK, 03-87395764. Katanya diorang tak amik appointment by phone. Kena datang ke klinik tu. Haaa!!! semata-mata nak buat appointment nak kena datang, malas pulak. Aku tanya pasal borang, dia jawab sama jugak kena guna borang dari JAIJ.

Harapan menipis. Ingat balik kampung minggu ni nak settle terus borang nikah. Sekali kena buat untuk HIV Test sekali.

Call balik Mr Bambam. Dia redha, terpaksa buat kat Johor jugak.


Tuesday, 11 September 2012

DIY Bunga Carnation

Hari tu kan aku berangan nak cuba-cuba buat bunga tisu. Malam tadi aku pun buat.

Hehe, mula-mula rasa macam tak jadi. Sekali dah siap, eh..macam comel la pulak. Hehe.


Comel kan.  ^_^


Cerita di sebalik Kursus Kahwin

Assalamualaikum.

Haaa!!! Mesti korang fikir aku nak cerita pasal kandungan kursus kahwin yang aku pergi Sabtu dan Ahad lepas kan? Hehe. Ala nanti korang pergi korang tau la apa yang diorang nak sampaikan untuk digunakan masa di alam perkahwinan nanti.

Yang aku nak cerita ni, memang keajaiban.

Dan yang aku tahu, Allah masih sayangkan aku.

Ceritanya begini, pagi Sabtu, macam biasa setiap hari bila pukul 5.30 pagi aku akan terjaga. Tengok jam pukul 5.30 pagi biasanya aku akan tidur balik. Tapi pagi tu aku tak boleh nak tidur. Pusing kiri pusing kanan pun tak boleh. Last2 aku bangun baring tengok tv kat depan.

Dalam aku tengok tv tu, hati ni rasa macam nak godek2 hp tengok mesej lama-lama dalam hp. Nak bagi mata ngantuk kan. Satu2 mesej aku belek. Sekali je, aku terbaca mesej yang En. Rizal, pegawai yang incharge kursus kahwin ni. Katanya datang ke Kompleks Kejiranan Tingkat 2 jam 8.30 pagi. Aik??biar betul ni. Aku dah konpius. Tengok jadual kat blog kursus start jam 2.30 ptg - 6.30 ptg hari Sabtu, Ahad pulak jam 9.00 - 6.30 ptg. Tapi kenapa kena datang pukul 8.30 pagi kan.

Tak puas hati aku terus call En. Rizal, sekali time kursus sudah ditukar, aku yang tak tahu. Katanya Sabtu start jam 9.00 pagi - 6.30 ptg. Ahad, 9.00 pagi - 1.30 ptg. Waawawaaaa, mau aku tak menangis kan kalau tiba-tiba datang pukul 2.30 ptg Sabtu tu. Orang dah start kursus separuh hari dah. 

Terus telefon Alan, sebab Sabtu tu dia dah amik half day. Terpaksa dia amik full day cuti disebabkan kelalaian aku sendiri. Cian dia, nasib tak marah. Sorry cayang. Hihi.


Modul kursus

Terus aku mengucap, terima kasih Ya Allah. Kalau bukan kerana Kau gerakkan hatiku tengok mesej tu mesti aku dah terlepas kursus untuk minggu ni. Kalau aku tak dapat buat minggu ni, makin lambatlah urusan borang nikah aku nanti. 

Sekali lagi, terima kasih Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Penyayang pada setiap hambaMu. 

Friday, 7 September 2012

DIY Bunga Telur Tisu Paper

Rasa macam nak buat bunga telur sendiri la. 

Sekarang kan tengah in pasal bunga carnation guna tisu paper tu. Tertarik pulak tengok tutorial dia. Macam senang. Hehe.


Cantik kan..

Aku pun malam-malam tak buat apa-apa kan. Melantak tidur cepat aje. Persiapan kahwin ke mana tidur aje lebih. Kih3. Lepas tu sendiri menggelupur kan. 

Hmm, tengok lah. Kalau rajin nak cari bahannya nanti. Nak try2 dulu. Kalau menjadi baru boleh proceed angan-angan ku ini. 



Thursday, 6 September 2012

Butik Dzihni_tailor baju nikah

Assalamualaikum.

Kita sambung dari entry sebelum ni ye.

Mula-mula aku macam nak pergi lain kali, tapi Alan ajak jugak. Aku pun ikot aje la. Kak Dini kunci pintu, sebab dia sorang-sorang dalam butik tu. 

Kak Dini tanya nak amik baju ke. Eh tak baru nak tempah. Hehe. Kain ada bawak tak. Oh ada dalam kereta. Ingat nak tanya2 dulu kan, tapi takpe lah tempah terus. Malas nak fikir lagi. 

Kak Dini belek-belek kain ela aku tu, jenis lace dan satin. Dia tanya nak buat baju apa. Aku cakap baju kurung moden. Simple dan manis. Untuk nikah kan. Dia kata ok. 

Tang kain lak aku belek-belek baju-baju yang dah siap kat butik tu. Oh ada 1 kain aku berkenan. Cantik ooo. Kira macam berombak gitu. Kainnya ala-ala pic yang aku letak kat entry sebelum ni. Tapi kain satin aku tak sesuai sebab kena guna kain chiffon. Kak Dini kata kalau nak kena beli kain lain ataupun dia boleh carikan.

Oh aku terpikat dengan design kain tu. Hehe. Memang impian tu. Sebab aku fikir dah terbeli satin kan, kuburkan jek la impian aku tu. Tapi bila Kak Dini cakap nak carikan, aku terus tanya Alan, ok tak. Hee. Dia kata cantik. Terus aku mintak buat kain macam tu. Tapi macam biasalah kan, kena tambah upah. 

Terus Kak Dini amik ukuran badan aku dan Alan.

Baju nikah Alan pulak macam biasa, cuma tambah sulam. 

Selesai semua, aku tanya deposit, Kak Dini cakap tak payah pun takpe. Nanti masa nak amik baju bayar terus. Ok kak.

Lega yang teramat tau bila dah settle 1 perkara ni. Sebulan lagi tarikh ambil baju. Tak sabar nak tunggu siap. Hehe. Harap-harap takda masalah. ^_^

Kepada kawan-kawan yang nak cari butik ni, ni alamat dia k.


Dzhini Boutique & Bridal Gallery
No. 36, Jalan 3/70, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 019-2767295/ 019-2248344







Tuesday, 4 September 2012

INFO : Solat Sunat 2 Rakaat Selepas Nikah

Sekadar berkongsi.

Rujukan : FB

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

Lafaz niatnya

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: 
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

Rakaat kedua

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Membaca doa berikut selepas salam:


“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku,  isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...


En. Tunang, sila take note ye..  ^_^



Persiapan Kahwin 6 : Kad Kahwin

Assalamualaikum.

Mesti korang ingat aku sengaja buat persiapan kahwin last minute kan. Semua nak buat sekarang, sebelum ni buat apa? goyang kaki ke? nak tunggu orang suap?

Ish3, tak baik tau. -_-"

Sebenarnya kami merancang untuk melangsungkan perkahwinan bulan 2 tahun depan. Tapi bila dah bincang ke dua belah pihak atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, kami telah diputuskan untuk melangsungkan pernikahan bulan 11 ni. Nampak tak, aku kena rushing buat persiapan kahwin. Aku hanya ada 2 bulan untuk prepare semuanya. Tapi lega sikit sebab majlis sandingnya bulan 12. Ada masa bernafas untuk buat persiapan persandingan.

Dan sekarang, aku kena cari untuk kad kahwin pulak. Nak cari yang murah-murah aje. Sebab bukan apa, kad kahwin nanti orang akan buang jugak kan. Aku nak cari yang murah, tapi nampak mahal. Ade ke? Hehe. 


Agak-agak kad macam ni ok tak. Kena dengan tema kami berkawan masa sekolah dulu kan. ^_^

Kad kahwin tak boleh lambat2 sangat tempah. Sebab lebih kurang sebulan sebelum majlis dah nak kena edar kan. So aku memang tak banyak masa lagi. 

Masih searching2 dengan pakcik google. Kat bangi tu banyak aje aku tengok kedai kad kahwin. Tapi tak tahu murah ke tak. Tak sempat nak menyinggah lagi. Hmmm...