Showing posts with label Gluta Kojic Vit C. Show all posts
Showing posts with label Gluta Kojic Vit C. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Magic Whitening Repairing Cream


Hari tu beli Maixara, semalam beli Sabun Gluta + Magic Cream pulak. Semangat nak cantik kan muka. Hehe. 

Sabun gluta ni memang sabun harian aku pun. Sabun ni dah berapa minggu kehabisan kat rumah. Dalam beberapa minggu aku tak guna sabun ni aku pakai Safi Rania Gold je. Saja tak nak beli lagi sebab aku tengok muka aku macam dah immune dengan sabun ni. Jerawat tumbuh sesuka hati kan sejak 2 menjak ni. So tak nak kulit aku immune sangat dengan sabun ni aku jarak kan dulu.

Semalam aku order tengah hari tadi sampai. Yeay!!!.


Aku beli sekali dengan magic cream ni. Dah lama nak cuba krim ni tapi ntahlah macam malas. So disebabkan semangat nak cantik untuk suami, aku pun beli. Nak try 1 set, mana tahu hasilnya mengancam kan. Hehe.

Sabun memang dah terbukti bagus, krim pulak aku tak boleh nak cakap lagi sebab baru 1st time nak mencuba. Pape nanti aku update ye. 


Monday, 13 August 2012

Free Sabun Gluta Kojic


Tak sia-sia rupanya aku buat testimoni Sabun Gluta ni. Hehe. Haritu aku inbox tuan kedai, nak beli sabun sebab sabun kat umah dah tinggal cenonet. Nak raya ni kang ade aku pakai sabun mandi je kat muka. Hehe. Aku bagi tau sekali pasal testimoni kat blog ni. Rupanya kalau kita share testimoni@gambar kita kat pengeluar, kita boleh dapat 1 ketul sabun free. Wah, sapa tak nak kan. Jimat dah duit 2.  Tapi malu la jugak nak share testimoni@gambar kat fb, akak tu cakap dia share link blog. Ok kak, saya setuju. Hehe.

So sabun tu akan dipos harini. Mungkin esok@lusa aku dapat. Yeay. Mari kita beraya dengan sabun gluta. Keh3. 



sumber : google
Kepada sesiapa yang ada testimoni menggunakan sabun gluta, boleh share kat akak tu k. :)

14/8/2012 : Yeay...parcel dah sampai. Jom beraya dengan sabun glutaa. Hihi


(^_^)


Wednesday, 1 August 2012

Testimoni Sabun Gluta Kojic Vit C


Assalamualaikum.

Seperti yang telah dijanjikan dulu, aku nak tunjukkan hasil bergambar setelah aku menggunakan sabun gluta. Baru sekarang ada masa nak crop2 gambar segala untuk masukkan dalam Mea ni. Sebelum ni main taruk je. Korang tengok sendiri la ye. Gambar memang takda edit. 100% asli sebab tuan punya badan buta it. Hehe.

Sebelum

Ok, nampak tak betapa teruknya muka aku kan. Merah-merah camtu. Sakit woo. Takyah la tunjuk penuh. Kiri kanan sama jugak. Tak sanggup nak pegang  muka sendiri apatah lagi nak tengok kat cermin. Tapi kena la tengok jugak kan, nak make up segala menutup cela-cela yang ada. Hehe. Tapi aku bukan jenis yang makeup over-over sangat. Just foundation + bedak + lipstik + eyeliner + maskara. Kalau ada event je la over cikit. Hihi

Selepas
Abaikan muka tak semenggah ni k. Hehe. Kita fokus pada jerawat ok. Masih banyak parut-parut yang perlu di nyahkan. Tapi takpalah kan, pelan-pelan. Gambar ni memang tanpa secalit makeup. Masa ni saja try test tudung ala-ala arabian. Hehe. Untuk dapatkan hasil yang cepat, aku gunakan skali ubat jerawat Mycin, keluaran T3. Bagus jugak tu. Selang selikan hari dengan Cocoa Palmer serum. Tapi sayang serum aku tu tertinggal kat Kota Kinabalu bah. Nampaknya kena beli baru. Haritu encik tunang belikan, dah hilang ni nampaknye kena beli sendiri la kot. T_T.

Tadaaaaaa...hehe..pic selepas jugak.

Gambar ni aku just pakai bedak PIXY + maskara + lipstik saja. Korang tengok la sendiri perubahannya. Sekarang pun masih ada jerawat kecik tumbuh, tapi tak macam dulu. Adat la kan, kata remaja. Hehe. So, korang boleh cuba sendiri pada yang ada masalah macam aku. Tak salah mencuba. Aku pun dah banyak kali mencuba pelbagai produk kecantikan. Setakat ni Alhamdulillah, sabun ni menunjukkan hasil.

Oklah setakat ini dulu. Apa-apa nanti aku update k.

Tataaaaaaa.....









Wednesday, 6 June 2012

Whitening Perfect Gluta Kojic Vit C

Arghhhh..pedihnye.....
Betul ke produk ni.
Tapi ramai yang cakap bagus.

Ha, tu la benda yang bermain kat pikiran aku sekarang.

Rabu lepas aku ada order 1 sabun ni untuk masalah muka berjerawat aku ni. Aih nak sebut pun tak sanggup. Bayangkan, aku dah berpengalaman dengan jerawat ni lebih kurang 8 tahun tau. Orang kata remaja2 je yang ada jerawat ni. Aku ni dah takat mak orang dah, still ada jerawat lagi. Bila la kau nak pergi dari hidup aku kan. Agaknya kau dah sebati dan tak nak pergi jauh2 dari hidup aku. Tidaaaakkkk..... :(

Ada orang cakap jerawat aku ni pemanis. Aduh nak gila jek dengar. Stress tau ada jerawat ni. Kalo 1 biji pun dah geram lagi la kalau 1 muka. Boleh gila. Nasib aku tak gila ek. Hee..

Cerita pasal sabun tadi, nama dia Whitening Perfect Gluta Kojic Vitamin C. Aku beli online dah pakai dalam 3 hari. Setakat ni belum menunjukkan apa2 perubahan. Tapi muka aku bila lepas cuci dengan sabun ni masyaAllah, pedih gila. Aku dah terpikir betul ke ok sabun ni.

< Besar tau sabunnya, tahan dalam 1 - 2 bulan >

Aku pun pm puan toke sabun ni. Dia kata tindak balas biasa untuk muka yang bermasalah n sensetif macam aku. Dalam 5 - 14 hari dia akan ok.

Owh. 

Ok, aku teruskan guna sabun ni. 

Kita tengok macam mana nanti ek.

Apa-apa nanti aku review kat sini. :)


Update - 14/6/2012

Alhamdulillah, setakat harini muka dah tak pedih. Hee
Dah ada kawan yang tegur muka makin licin. Nampak perubahan la. Aku guna sekali dengan serum Palmer sebelum tidur untuk hilangkan parut-parut jerawat. Setakat ni berhasil. Nanti senang2 aku masukkan gambar ye. :)

Update - 9/7/2012

Mesti ramai yang nak tau preview aku setakat arini kan. Hehe
Alhamdulillah, jerawat tak brani nak keluar sangat tapi still ada cikit2. Sekarang ni fokus untuk hilangkan parut aje. Almaklumlah dah bertahun hidup dengan jerawat kan, takkan sekelip mata je dia boleh pergi dari hidup aku. Ngeh3. Sabo ek rynn. 


Update - 1/8/2012

Ok, seperti dijanjikan, aku dah buat entry baru review bergambar pasal sabun ni. Mesti korang suka. Hehe. Korang tengok kat sini k.