Showing posts with label Crepe. Show all posts
Showing posts with label Crepe. Show all posts

Monday, 14 January 2013

Repeat Order : Alhamdulillah

Assalamualaikum.



Fuh, bersengkang mata aku nak siapkan order crepe malam tadi. Dengan hubby skali tidur lambat, aku tukang lipat, dia tukang tebar crepe. Hehe, boleh diharap rupanya Mr. Bambam aku ni ek. Thanks sayang, selalu support ayang tak kira masa mahupun tenaga.

Malam ni pulak nak siapkan order crepe yang tak sempat disiapkan malam tadi.

Dan yang paling aku gembira, ada kawan-kawan opis nak repeat order. Alhamdulillah, syukur. Mereka berpuas hati dengan air tangan aku.



Friday, 11 January 2013

Apa Kata Pelanggan Pertamaku

Assalamualaikum.

Ha semalam kan aku ada ambil order dari akak opis, yang sedihnya aku hanya dapat siapkan dua order aje. Hehe. 1 durian crepe 1 oreo crepe. Yang oreo dah selamat dah dalam perut puan yang order. Alhamdulillah, aku dapat feedback yang memberangsangkan.

Untuk 1st order ni aku amik harga pengenalan je. 

Diorang cakap oreo crepe tu rasanya macam aiskrim. Terus akak opis aku yang lain nak order jugak. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk aku. 

Ini hanya permulaan untuk aku mulakan business sendiri. Dah lama aku fikir business apa yang aku boleh buat, dan aku dah dapat jawapan. In syaa Allah, lepas ni aku akan pelbagaikan lagi jenis dessert dan yang paling penting kualiti tetap diutamakan.

Abaikan getah tu ye. Yang penting rasa. Hehe

Semoga langkah pertama aku ni akan terus berkembang dan terus berkembang. Amin.


Thursday, 10 January 2013

1st Order


Ohoiiii...

Malam ni nak kena siapkan order crepe dari kawan-kawan opis.
Tak la banyak, tapi larat ke aku nak buat ni..
Selalu buat 1 adunan je, kali ni kena buat 2 - 3 adunan.


Hmmmm....

Harap-harap aku dapat siapkan semua order

Harap-harap diorang berpuas hati dengan hasilnya nanti

Harap-harap ada yang repeat order

Harap-harap harapan aku ni tak tinggal harapan

Heheheheee....


Tuesday, 8 January 2013

Oreo Crepe Yang Gebu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak crepe yang aku dah buat, crepe malam tadi yang paling terbaik. Texture crepe tu nipis dan lembut. Hubby pun dapat rasa perbezaannya. Hehe. Ramuan sama cuma aku guna mixer untuk sebatikan adunan crepe. Kalau sebelum ni aku guna blander je. Hmmm, agaknye tu pun boleh mempengaruhi hasil crepe kot. Hehe.

Rasa puas sangat bila sesuatu yang kita buat menjadi kan. Aku upload kat fb ramai kawan-kawan yang like dan komen. Sampaikan akak opis aku pun dah mula nak order. Hoho. Boleh ke aku. Sebelum ni aku memang tak yakin bila ramai kawan-kawan yang request bukak order, tapi bila tengok hasil crepe malam tadi aku jadi yakin. In syaa Allah, aku akan buat yang terbaik untuk bakal customer aku nanti. 

Jom layan oreo crepe aku ek. Nanti aku nak try buat crepe jagung pulak.

Oreo Crepe.
Paling gebu yang pernah aku buat. Hehe


Opppsss..sampai terkoyak sudaaaa..


Hijau itu menawan.


Yang penting, Hubby sangat puas hati dengan oreo crepe ni.

Agak-agak ada tak pembaca blog ni yang nak order, tapi area Putrajaya je la ye. Hehehheeee.


Monday, 7 January 2013

Oreo Crepe pulak...

Assalamualaikum.

Ingatkan dunia aku dengan crepe sudah berakhir, rupanya tidak. Hehe. Minggu lepas MIL dan FIL ada kat rumah seminggu. FIL request nak  makan durian crepe, siap sponsor durian lagi. Ok ayah, demi menjadi menantu solehah, ku turutkan jua. Hihi, nasib baiklah aku tak mabuk. 

Siap semua, sejukkan dalam peti ais, Alhamdulillah, FIL dan MIL cakap sedap. Macam beli kat kedai jugak rasanya. Huyyoooo, opkos la kembang kembis aku kan. Hehe.

Harini pulak, Hubby baru mesej tadi. Katanya nak makan oreo crepe lak. Aik, mana lah dia tahu menatang tu kan. Aku pun tak pernah dengar orang buat. Sebok durian crepe je kan. Tanya punya tanya rupanya kawan opis dia ada bawak. Sedap katanya, lagi pulak katanya kalau aku yang buat lagi sedap. Hoho, nak bodek la tu kn syg.

Gambar curik. Sory tuan tanah. 

Ape jadi dengan oreo crepe aku nanti, akan diupdate di sini ye.

Tataaaa....

Monday, 26 November 2012

Mabuk Durian Agaknya.

Assalamualaikum.

Malam tadi aku tengok bola sambil buat durian crepe. Tapi banyak aku buat crepe dari tengok bola sebab.... korang paham-paham je la ye. Hehe. Tapi aku tetap sokong Harimau Malaya. 2 hari berturut-turut aku mengcrepekan diri. Aku guna resepi baru. Fuh, jadi tau. Hubby kata lagi sedap dari makan kat restoran yang kitorang makan sebelum ni. Nak tidur pun sempat Hubby bedal seketul. Sarapan pun dengan durian crepe jugak. Dasyat betul penangan durian crepe ni kan...

Disebabkan aku gigih post gambar durian crepe Jumaat lepas kat fb, ramai la kawan-kawan opis aku yang mengidam. Tak sampai hati, tu yang aku buat malam tadi. Siap terus tertidur depan tv. Bila tersadar terus kemas-kemas barang buat crepe. Tapi aku rasa tak larat. Mula-mula perut rasa sakit sangat. Pastu rasa macam nak pitam. Aku tahankan aje. 

Eh, tak boleh jadi ni, terus aku pergi toilet buang apa yang patut. Ya Allah, aku rasa macam nak pitam je dalam toilet tu. Dengan sakit perut lagi. Tekak pulak mula loya-loya. Hmm, ape kena dengan aku ni. Dalam hati 'aku mengandung ke'. Hehe. Lepas tu, terus ke singki, keluar semua apa yang aku makan petang tu. Macam nak terkeluar isi perut. Tak larat berdiri aku duduk. Muntah kat lantai pulak. Jerit-jerit panggil Hubby ambilkan minyak angin. 

Lepas Hubby sapukan minyak angin, terus aku berselubung. Hubby tanya sambil gelak-gelak, aku mengandung ke??Hmm,rasaya tak kot. Sejuk minyak angin tu lama-lama buat aku rasa selesa. Lepas tu terus aku tertidur. Bangun pagi dah ok. 


Alhamdulillah, kakak opis aku kata sedap.
Ramai yang cakap aku dah boleh amik order. Huh, tak larat rasa nak mengadap durian crepe ni. Sampai nak makan pun tak larat dah. Bau pun macam dah kembang tekak. Nampaknya sampai sini saja cerita aku dengan durian crepe. Heheheeee..



*** 
Tak tahu lah mabuk sebab durian atau keracunan.
Ada baby pun bukan. Hehe. 
Cukup cukup sudah..cukup sampai di sini sajaaaaa...
(^_^)


Wednesday, 21 November 2012

Homemade Durian Crepe

Assalamualaikum.

Yeay..akhirnya berjaya jugak aku buat durian crepe sendiri. Hehe. Hari Isnin aritu dah try buat, tapi crepe dia dan whipping cream dia tak berapa jadi pulak. So malam tadi aku try untuk kali keduanya. Tengok resepi  macam senang je, rupanya rumit jugak nak buat dia. Patutlah mahal. Berbaloi dengan kos dan tenaga yang keluarkan untuk membuat durian crepe ni. 

Gigihlah aku dan Hubby ke Carrefour balik kerja semalam beli Mixer untuk buat whipping cream. Aritu aku pakai Magic Bullet. Kat buku panduan yang dia bagi boleh guna untuk whipping cream, sekali buat tak jadi pulak. Agaknya tangan aku keras kot. Hehe. Balik rumah makan2 terus mulakan operasi.

Sementara aku tebar crepe kat pan, Hubby lak tolong pukul whipping cream. Sebelum buat aritu aku tanya dia dulu samada dia nak makan ke tak. Kalau tak aku malas nak buat. Yelah kan, kang kalo aku buat takda yang nak makan membazir pulak. 

Jom tengok hasil durian crepe aku ek....


Tadaaaaaaa....hehe..
Nampak sedap tak?

Hubby kata sedap. Cuma crepe dia agak tebal sikit. Kalau yang aku beli sebelum ni crepe dia nipis je, makan tak terasa. Apa lah resepi yang diorang guna ek.... ^_^ 


Tuesday, 23 October 2012

Durian Pancake @ SweetChat Cafe

Assalamualaikum.

Semalam aku dengan Mr. Bambam ke The Mines untuk cari hp untuk dibuat hantaran. Sampai aje kat sana sebelum nak sampai pintu nak masuk parking aku ternampak signboard besar kat tepi Mines bertulis Durian Pancake @Sweetchat Cafe dengan gambar yang penuh mengeliurkan. Fuh, tak tahan. Terus tunjuk kat Mr. Bambam dan ajak dia beli.

Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak Sweetchat Cafe ni. Macam-macam jenis manisan ada kat sini. Tapi yang buat aku terliur ni lah dia, Durian Pancake. Ingat nak tapau je, tapi Mr. Bambam ajak makan kat situ. Aku pun ikut je. Memang santai makan kat sini. Bak kata Mr. Bambam macam tengah bulan madu. Keh3. Apadaaaa...

Ha ni dia 3 ketul RM 8.90

Ni pulak, Honey BBQ Burger. Kentang dia macam Mr Potato. 

Durian Pancake lagi.

Mr. Bambam order Nasi Kunyit with Kari Ayam.
Nasi dia macam pulut.
Ke kitorang yang tak tahu nasi kunyit tu memang pulut. Hehe

Ha ni la dia. Tengok texture krim dan isi durian tu.
Fuh, memang menggamit jiwa. 

Mr. Bambam mula-mula tak nak makan,
sekali dia dah rasa terus nak lagi lagi dan lagi.  Keh3.

Akhirnya dapat jugak aku merasa Durian Pancake aka Crepe Durian ni. Nak tunggu buat sendiri memang lambat lagi la kan, beli yang dah siap lagi senang. Hehe