Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Day 3 - Snookelling di Pulau Sapi, Kota Kinabalu

Sebenarnya plan untuk snookelling ni kitorang cadang nak buat hari pertama sampai ke KK. Tapi disebabkan cuaca di KK sebelah petang hujan kami terpaksa tukar ke hari ke-3 sebelah pagi. 

Pagi Sabtu, lepas bersarapan di Kedai Mamak Yusof di bawah apartment, kitorang terus ke Jesselton Point untuk membeli tiket. Vishnu dah tunggu kami kat sana. Kami beli di kaunter paling hujung kalau masuk dari pintu utama tempat membeli tiket tu. Harga di situ boleh ditawar menawar. Kami dapt RM 37.00 untuk sewa google+fins. Tapi kami hanya pergi 1 pulau saja. Takot tak sempat nak menikmati keindahan ikan-ikan dan batu karang kalau amik 2 @ 3 pulau. Takot terkejar-kejar. Kami tunggu di jeti untuk menaiki bot ke pulau.
Api-Api Apartment

Pekena teh tarik dulu


Tak sabar dah nak snookelling

Tunggu bot sampai

Posing lagi

 Tiba di pulau, kami kena bayar RM 3.00 seorang dan terus cari tempat untuk letak barang-barang. Terus pakai google sume dan terus masuk laut.

Yeah, 1 Malaysia. Haha, tiba-tiba kan.

Excited ok tengok ikan2 kat jeti tadi. Alamak, camne dengan barang-barang kitorang kan. Kitorang fikir positif je nak tinggal barang-barang kitorang kat situ. Sekali Vishnu volunteer nak jagakan barang kitorang.  Patut la Vishnu tak turut-turun laut. Tengok betapa baiknya dia ni. Lepas Shereen naik darat baru dia turut laut cari kitorang. Skali kitorang lak naik darat. Dah dia snookelling sorang-sorang. Hek3.

Sesi membayar RM 3.00 di kaunter. Sempat lagi diorang posing.

Masa tiba di jeti Pulau Sapi. Belakang tu kalau tak silap Pulau Gaya.

Lagi sekali

Tengok, masing-masing jakun pakai google tu. Haha. Susah jugak pakai menatang ni. Asik masuk air je kat hidung.
Ke tak pandai pakai. Kih3

Dah macam ikan berebut-rebut dapat makanan. Lalalalaaaa

Menggila lagi

Lagi dan lagi
Oklah, gambar yang dinanti telah tiba. Dari korang layan pic gonjeng kitorang yang tak bape nak betul tu, aku nak tunjuk karangan-karangan dan ikan-ikan kat Pulau Sapi ni ye. 

Ikan warna warni. Cantik!!!!

Saya Nemo. Kiut sangat

Beautiful coral

Sahabat

Ikan ni berenang-renang keliling kitorang je. Memang best

Coral lagi

Nampak tak ada ikan dalam pic ni

Again
Mula-mula korang mesti akan rasa takut nak snookelling, tapi bila dah biasa dengan google tu rasa macam taknak naik darat dah. Best woooo, sambil terapung tengok ikan-ikan dan coral-coral tu semua. Kadang-kadang rasa takut jugak kot2 ada ikan jossshhh. Hehe. Ikan kat sini ada jugak yang gigit manja kaki korang tau. Dah puas snookelling, kami pun balik naik bot. Sepatutnya kami bertolak dari pulau pukul 1, tapi dah penuh terpaksa tunggu pukul 2 punya.

Cerita yang tak bestnya kat sini, pemilik apartment yang kami sewa tu mintak kami keluar pukul 2. Silap kami jugak sebenarnya tak check out awal2. Tapi kami mintak belas ikhsan untuk sampai ke apartment dalam pukul 2 lebih sebab kami bertolak dari pulau pukul 2. Dia cakap dia akan cas RM 20.00 untuk satu jam lewat. Kami pun redha sajalah. Nak wat camna kan. Kami pun berkejaran dari jeti ke apartment. 

Sampai-sampai apartment kami telah dimangga. Alamak, camno nak masuk ni. Baju bajan semua ada kat dalam lagi. Telefon balik owner dan diorang pun sampai. Cuak jugak takot dia marah ke apa kan, rupanya dia hantar assistant dia. Nasib la dia datang dengan muka senyum-senyum. Dia bukak pintu, kitorang pun terus angkut barang-barang kitorang semua dan bayar RM 40.00 dan terus blah. Huhu, rasa macam dihalau dari rumah sendiri ok. Owh, hidup bergelandangan la kami.

Sebelum ke airport, kami semua dah kelaparan. Singgah di Pizza Hut untuk isi perut masing-masing. Jam dah pukul 5.30 ptg. Flight kami pukul 8.20 mlm. So kami kena ada kat sana lebih kurang pukul 7.20 la kan. Makan laju-laju dan terus ke airport. Aku dan Shereen ditugaskan untuk pulang kereta sewa. Cewah, macam apa pulak. Akma dan Ct nak check in luggage. 

Kisah pulang kereta pulak, aku dan Shereen terpaksa tipu sunat. Hehe. Sebab kereta tu Vishnu yang sewa, tapi dia takda lak pesan kat kitorang kena bagi salinan lesen dan i/c salah sorang dari kitorang pada pemilik kereta sewa tu. So bila diorang mintak kami takda lah kan. Kami terpaksa tipu cakap kami tak check in flight lagi sebab masa tu dah pukul 7 kot. Kalau tak kitorang kena ikut dia pergi kedai fotostat kot. So, bila fikir kami macam dah lambat, diorang pun lepaskan kami untuk check in. Hehe. Selamat.

Cerita pasal masa scan beg pulak, masa kami makan pizza tadi ada spaggeti apa ntah kami tak sempat nak makan. Camne ni lepas ke tak, dengan air 100plus aku tak minum lagi dalam beg. Aku pun try bawak je, kalau tak terpaksa la buang or bagi kat polis yang jaga tu. Sekali tengok-tengok lepas. Kih3. Selamat lagi. Ct kata biasanya penerbangan domestik dia tak ketat sangat.

Ni la dia spaggeti tu. Kitorang makan sementara pintu gate untuk ke Kuala Lumpur di buka. Hehe

Jam 8.20pm kami pun terbang ke semenanjung semula. Alhamdulillah, sampai ke LCCT dalam pukul 10.40 pm camtu. Aku dan Shereen tumpang Ct untuk balik ke Putrajaya.

Ok, sekian pengembaraan aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Memang cantik pemandangan sini, dan orang-orang KK semuanya memang baik2 belaka.


Terima kasih Vishnu kerana layan kitorang kat sana 1st class. Kau memang terbaik bha.   

Jauh perjalanan luas pemandangan. 

Lain padang lain belalang. Ada kena mengena ke. Hehe..

Jumpa lagi KK.




Wednesday, 18 July 2012

Day 2 - Kota Kinabalu, Sabah

Seperti yang dijanjikan, aku akan mencoretkan pengalaman untuk hari kedua kami di Kota Kinabalu. Untuk hari ke-2, kami merancang untuk ke Kinabalu Park, Diari Farm Ala2 Switzerland tu dan War Memorial Park. Bangun pagi tu, aku terus tengok cuaca dari koridor apartment. Ok, cantik. Cuaca memang best pagi tu sebab kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh iaitu ke Kundasang. Orang kata perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 


Semua dah siap, sebelum gerak kami isi perut dulu di Kedai Mamak pekena roti kosong. Kat sana takley nak demand sangat nk pilih-pilih kedai makan. Apa yang jumpa sebat. Perut dah isi, kitorang pun jalan. 


Keadaan jalan untuk ke Kundasang memang mencabar.Diorang kata jalan ala-ala nak ke Cameron gitu. Aku tak tau sebab tak penah pegi lagi Cameron Highland. Kesian Kan. Hee. Tengah syok2 menikmati keindahan perjalanan ke sana, perut aku buat hal. Nasib la jumpa Petronas, tapi seberang jalan. Kesian diorang kena U-turn. Nak wat camna kan, kalau aku terbuang dalam kereta lagi nahas. Keh3. 


Kami teruskan perjalanan lagi. Eh2, tu macam puncak Gunung Kinabalu kan, jerit salah sorang antara kami. Ha'a la. Jakun tau kami. Mulut aku terus ucap Subhanallah. Satu perasaan lain kat hati aku bila nampak puncak gunung tu walaupun sayup-sayup jek. Keh3. Kesian kan.




Perjalanan kami ke sana

Ha nampak tak. Sayup-sayup jek kan. Sedih. Tapi bersyukur diberi peluang jugak tengok dia

Puncak Gunung Kinabalu dari kejauhan. Bukan yang  rendah tau. Yang dekat2 dengan awan tu.
Lepas sampai ke Kundasang, kami terus singgah ke Pasar di tengah-tengah bandar Kundasang tu. Tak tau apa nama pasar tu. 




keropok leko warna putih. Not bad.

Dalam buluh ni ada jagung. Rasanya tidak boleh telan bha. Hehe

Konon-konon sejuk. Hehe
Lepas isi perut dengan mencuba makanan orang2 kat sini, kami ke Kundasang War Memorial.










Kat sini kami ditemani hujan lebat. Lepak di satu dewan sampai hujan teduh dan kami teruskan plan yang dirancang untuk ke Kinabalu Park. Tapi disebabkan hujan, kondisi kereta, keadaan jalan yang agak bahaya ketika hujan, kami terpaksa batalkan plan asal.  


Sedih.
Sempat snap pic ni je buat kenangan. Kalau masuk pun tak dapat tengok Gunung Kinabalu. Hujan lebat sangat. Waaaa terkilan rasa. Mungkin lain kali kalau ada rezeki. Terus balik ke KK.


Sebenarnya nak pergi Rumah Terbalik ni tak masuk dalam plan pun. Sebab plan asal tak jadi kena lah masukkan program lain kan. Hee. Rumah Terbalik ni otw kami balik ke KK. Dah alang-alang haruslah kena singgah kan.



Harga tiket ni RM 10.00 ye.





Keistimewaan kat sini hanya rumah tu saja. Cenderahati kat sini mahal. Tak dapat nak beli buat kenangan.


Lepas tu, kami lepak kat Jambatan Tamparuli. Hujan lagi. Apa lagi, terpaksa beli baju hujan tu. RM 3.80. Hehe, comel kan kami.







Dah penat main hujan, kami bercadang untuk lepak-lepak di Tanjung Aru. Orang kata sunset di sana cantik. So kami teruskan perjalanan ke Pantai Tanjung Aru. Kalau ke sini jangan lupa makan Jambu Beso. Kami yang panggil dia camtu. Hehe. Sebab memang beso jambu nya. Seketul RM 2.00. Lagi satu jangan lupa try Kepak Ayam. Memang terbaik.







Alahai dah panjang sangat entry ni. Takpa sambung sikit lagi ek.


Malam pulak kami deside nak makan seafood lagi. Ingat nak makan kat Ocean View. Sekali tanya harga minimum RM 300 dan ke atas. Alamak terlebih budget. Keh3. Kitorang suruh Vishnu deside tempat mana yang murah dan best. So, dia ajak makan di sini. Lupa la nama restoran ni. Semua tu RM 178 kot. Lebih kurang camtu harga dia. Kami ambil Udang Masak Butter, Scallop Masak BlackPepper kot, Kailan, Ikan dan Ketam Lembut. 1st time makan ketam lembut ni. Sedap dan senang, tak payah nak ketuk2 bagai. Makan je terus. Hehe



Tu la dia, Vishnu, sangat baik ok orangnya. 

Hantu tengah mentekedarah. Haha



Ok, setakat ni dulu untuk hari ke-2. Adoiii semputtttt....


Jumpa next entry ye.