Rujukan : FB
Sunnah selepas Ijab Qabul :
Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.
Cara untuk mengerjakannya
ialah:
• Lafaz niatnya :
“Usolli
sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”:
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama :
Membaca
surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua :
Membaca
surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut
selepas salam:
“YA Allah, Engkau Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam.
Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon
pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku
dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah
kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh,
Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami
sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus
sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan
anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami,
bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi
Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan
isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan
dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan
sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang
boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya
Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,
lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah
aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan
bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku
menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku,
isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan
amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak
dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak
diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah
umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir
hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak
kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada
kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi
larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga
kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah
rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Amin ya rabbal a'lamin...
En. Tunang, sila take note ye.. ^_^
No comments:
Post a Comment