Monday, 21 January 2013

Homemade Baked Sweet Potato aka Keledek Bakar

Assalamualaikum.

Minggu lepas, dalam sebok-sebok aku siapkan tempahan crepe tekak ni membuak-buak nak makan keledek bakar kat AEON tu. Terbayang-bayang rasa kemanisan keledek tu dengan haruman yang sungguh mengasyikkan. Fuh *sambil telan air liur.

Tapi mana lah sempat kan, siapkan crepe pun tengah malam baru dapat tidur lagi nak ke sana. Hmmm, aku simpan dulu keinginan tekak aku yang mengidam macam ntah pape. Hehe.

So, apabila tempahan crepe berkurangan, aku terus ajak Hubby ke AEON Seri Kembangan. Memang ke sana semata-mata nak cari keledek Jepun yang kurus lagi sedap itu. Kih3.

Tapi aku tak beli kat stall yang jual keledek siap bakar tu. Aku beli yang mentah punya. Lagi untung tau. 100gram baru RM0.79. Kalau kita beli yang dah siap bakar tu 100gram RM 2.00. Jauh beza harganya. So aku pun rembat dalam 6 ketul.

Sebenarnya tujuan lain nak bakar keledek ni sebab nak rasmikan oven baru. Hehehee. Hadiah kawin dari kawan-kawan opis. Memang dah lama kepingin nak oven ni, akhirnya dapat jugak. 

Jom layan gambar ek. 

Ha ni la rupa sweet potato jepun tu. Kurus-kurus jek kan. Hehe..
Sebelum bakar kita basuh bersih-bersih dulu.
Ni la rupa oven baru tersayang dan keledek yang siap sedia dibakar.
Aku menggunakan suhu 150C selama lebih kurang 40 minit.

Selepas beberapa minit. Tadaaaaaa.
Dah terbakar pun. Heheheeee.
Ada kisah kelakar di sebalik proses pembakaran keledek ni.
Adohaiiii....


Ha tengok-tengok. Terliur tak. Hehe.
Memang manis gila keledek ni.
Rasa sekali nak dua kali nak tiga kali.
Nak beli lagi la nanti, borong banyak-banyak buat stok.


***
Beberapa minit selepas keledek dihadam. 
Ayang, bau ape ni. Tiba-tiba macam ada bau sampah la. 
Oppsss yeke sayang. Rasanya ayang terkentut tadi. Hahhahahaaaaa.
*Kentut aku bau sampah????Zalim betol Hubby aku ni laaa..
Bahana makan keledek. Orang tua-tua kata angin. Keh3.



6 comments:

ain zulkarnaind said...

nak cuba juga lah

meazrynn said...

Ain :

Cuba jgn tak cuba..sedap tau.. :)

redeyes said...

Rasanya mcm buah berangan ...
Dbakar dkukus drebus ... mmg sedap 👍

----@lolipop^ila@---- said...

Slalu bli sy wat kukus...sweet sgt...huhu...masa bakar tu basuh trus masuk oven ek? Xperlu stim skit ke? Mmg ubi akan jadi lembut ye?

----@lolipop^ila@---- said...

Slalu bli sy wat kukus...sweet sgt...huhu...masa bakar tu basuh trus masuk oven ek? Xperlu stim skit ke? Mmg ubi akan jadi lembut ye?

meazrynn said...

@lolopopila , lepas basuh lap2 keringkan airnya terus masuk oven. saya tak stim pape pn..keledeknya rasa macam kita rebus jgk..tp tak berair la..sedapppp.. :)