Tuesday, 30 July 2013

Masih ada Sinar

Assalamualaikum.

Sunyi je kan belog ni, lepas kejadian tempoh hari aku diuji lagi dengan dugaan lain. Ya Allah, memang berat dugaan Ramadan tahun ni. 

Semangat aku selama 2 minggu ni memang takda. Ramadan tahun ni aku lalui dengan perasaan yang sukar untuk diluahkan. Balik kampung 12 Ramadan aritu, cermin belakang kereta pecah seribu terkena batu. Adik aku tak sengaja ketika memotong rumput. Aku beristighfar panjang, niat pulang ke kampung berikhtiar untuk mendapatkan balik barang yang hilang, rupanya dugaan lain yang datang. 

Aku cuba untuk menerima Qada' dan Qadar dariNya. Semalam aku dah dapat kembali semangat aku. Bangun pagi dengan satu rasa dan perasaan sangat bertenaga. Pergi ke pejabat dengan semangat yang baru. Tapi tiba saja di pejabat aku dikejutkan dengan dugaan lagi. Hubby telefon katanya dia dan adiknya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ya Allah, nak terduduk rasa. Dalam keadaan aku cuba untuk bangkit, datang lagi dugaan lain. Bertimpa-timpa. 

Rasa tak mampu tapi bila memikirkan ada lagi insan yang lebih tidak bernasib baik dari aku, hati jadi lega. Cuba untuk mempositifkan diri. Cuma sebagai manusia biasa, kadang kala hati tak kuat. Menangis, mengadu, memanjat doa kepada Yang Maha Esa agar semua dugaan ini berakhir dengan hikmah yang hanya Dia yang tahu. Sekiranya ini cara untuk Dia menghapuskan dosa-dosa aku yang lalu, aku pasrah.

Dan alhamdulillah, pagi ni aku dapat berita gembira oleh Ustazah di pejabat aku. Aku diberitahu, aku boleh membuat permohonan bantuan musibah daripada Baitulmal atas kes pecah rumah tempoh hari. Dia minta aku sediakan dokumen yang diminta, selebihnya serahkan pada dia untuk diuruskan. Lapang sikit rasa hati ni, mungkin bantuan ini tidak dapat menggantikan apa yang hilang, tetapi dapat membantu sedikit kerugian yang kami tanggung.

Sinar masih ada untuk kami. Doakan permohonan kami berjaya ye. 


4 comments:

Hustler said...

Sabo la yerk... InsyaAllah... hikmahNya tuh ade.

Unknown said...

BTL2 DUGAAN NI... X TAU NK KATE PE..
BERSABAR YER RIN.. SEMUANYA BERLAKU DLM BLN RAMADHAN, PASTI ADE HIKMAHNYA

Cinta Zakirah said...

Sabar ye Rin, dugaan utk kita insan2 terpilih, sy masa tgh pantang sebab ectopic dulu kt kg, 3 hari sy kat kg, kakak sy excident, patah paha, sedih sgt, paling sedih bila tgk mak..mula2 jaga sy berpantang lepas tu kakak sy pulak dia kena jaga..tapi syukurlah walaupun kena laparoscopy sy masih berupaya utk bergerak.

meazrynn said...

Terima kasih semua.