Ada ke yang menanti update terbaru dari aku, kalau ada sila angkat kaki. Hehe.
Baca belog orang baru semangat nak update belog sendiri. Agaknya aku perlukan seorang inspirasi kot nak menaip belog ni. Jeles tengok belog orang entry dah beribu-ribu. Nak macam tu jugak, tapi malas. Boleh gitu. Hehe.
Rasanya aku tak wish Selamat Hari Raya lagi kat korang, ish teruk betol kan. Oklah, walaupun dah 26 Syawal hari ni aku nak wish jugak, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca MEA semua. Maaf zahir batin andai ada tulisan yang mengguris rasa dan perasaan korang semua ye.
Sekarang ni macam biasa bahagian-bahagian di kementerian aku sebok buat 'open department'. Hehe. Memang jimatlah 2 minggu ni, Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal. Rasanya sama je kot dengan tempat kerja korang, mesti meriah kan. Department aku pun dah selesai buat majlis raya 2 minggu lepas. Open House pulak entah bila nak buat. Rasanya tahun ni tak kot, rumah macam belum sedia untuk terima tetamu ramai-ramai. Hehe.
Oklah, sekian entry pertama untuk bulan syawal ni. Daaaa....
Member fb tanya kitorang 2 orang minum aurawhite ke?? Tak perlu semua tu.. Camera 360 kan ada. Hahahaaa... |
No comments:
Post a Comment