Aku masih menunggu keputusan En Alan tentang tarikh pernikahan kami. Alan mungkin akan ditugaskan ke India akhir bulan 10 dan awal bulan 11 ni. So dalam lingkungan minggu tu tak boleh buat apa-apa. Boss dia tak boleh bagi kata putus date sebenar dia kena pergi. Rancangnya kan 9/11/12, tapi takut pulak tarikh tu dia kena pergi sana. Kang ada orang ingat pengantin lelaki lari sebab tinggal pengantin pompuan sorang-sorang. Hehe.
Pause la kejab cerita persiapan kahwin aku, harini aku nak bercerita, bercerita sebuah kisah yang berlaku bermula di zaman 60an. Sebuah kisah percintaan dua orang manusia, Suliemah dan Saire. Dalam sebok2 bincang pasal tarikh nikah, mak menceritakan kepada aku kisah ceritera cinta romeo dan juliet, Suliemah dan Saire. Oppsss zaman tu mana ada cintan cintun ni kan. Masa mak cerita malam tadi aku bayangkan macam mana lah suasana zaman tu.
Mak cakap masa kecik Suliemah selalu gaduh2 dengan Saire. Jarak umur diorang jauh, 10 tahun gitu. Kalau Suliemah main basikal nanti Saire kacau. Kecik-kecik mana ada perasaan lagi kan.
Bila dah besar sikit, takda lah besar mana, dalam belas-belas gitu, Suliemah tolong jaga anak sedara Saire. Selalu la jumpa.
Bila Saire dah kerja kat bandar, jarang-jarang dah jumpa. Sekali jumpa, Saire cakap kat pakcik dia, cantik Suliemah dah besar. Pakcik Saire kata, napa kau berkenan ke. Kalau berkenan aku boleh tolong rekemenkan. Pakcik ni memang suka kenen-kenenkan orang.
Lama lepas tu, Saire bertunang dengan makcik Juriah nama dia. Kawan Suliemah jugak. Suliemah tak kesah lah kan, masa tu memang takda perasaan kat Saire. Tak lama lepas tu, Saire putus tunang dengan makcik Juriah, katanya makcik Juriah ni ada sakit. Makcik Juria mintak putus sebab dia tahu dia tak kan hidup lama.
Suliemah pulak, ada jugak pakwe. Pandai jugak Suliemah pakwe2 ni dulu2 ek. Sepupu Suliemah jugak. Katanya nak datang meminang bila umur Suliemah antara 16@17@18. So Suliemah tunggu la pakwe dia ni. Hehe.
Sekali je, rombongan meminang keluarga Saire datang. Nak meminang Suliemah lah. Masa ni umur Suliemah 16 tahun. Suliemah kan dah ada pakwe, so dia tak nak. Dia nak tunggu pakwe dia datang minang. Dia merajuk kat bapak dia, Pak Yunus. Bapak kan, akhirnya Suliemah terima pinangan Saire.
Tak lama lepas tu, mereka pun berkahwin.
Pakwe Suliemah bawak diri dan berkahwin dengan orang Singapura.
Makcik Juriah pula telah meninggal dunia.
Suliemah pun memulakan hidup sebagai isteri kepada Saire. Susah senang suka duka bersama. Dan akhirnya mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata. 5 lelaki 5 perempuan. Handsome2 dan cantik2 semuanya. Hehe
Masa mak cerita ni aku menahan air mata. Takut mak terperasan dan confirm mak akan nangis sama. Sebab itulah kisah hidup mak dan abah. Dan sekarang, dah 9 tahun abah pergi meninggalkan mak menemui Ilahi. Hari Isnin, 26/5/2003 adalah tarikh yang tidak akan aku pernah lupa. Pemergian abah secara mengejut membuatkan kami sekeluarga sangat sukar menerima pemergian abah. Semoga abah tenang di sana.
Semoga kasih mereka berkekalan hingga ke syurgaMu, Ya Allah.
Aku memang tak pandai bercerita, tapi cukuplah sekadar memori kasih mereka menjadi catitan di dalam diari mayaku ini. Supaya aku tak lupa dan cerita ini tidak menjadi seperti angin-angin yang lalu.
No comments:
Post a Comment