Thursday, 28 June 2012

Restoran Senandung Malam - Bagan Lalang

Assalamualaikum.

Wah, seminggu straight aku tak update mea ni. Cian dia. Bukan takda cerita, tapi aku malas nak menaip mengarang ayat. Hehe

Oklah disebabkan kerajinan aku dah datang, aku nak story pasal aktiviti aku minggu lepas.

Kih3, rasa nak gelak pun ada. Bukan apa, bila teringatkan kitorang tersesat masa otw tu rasa cam kelakar pulak. Haha.

Ahad lepas, aku plan dengan Alan pergi Bagan Lalang, nak makan seafood. Aku teringin sebab minggu sebelum tu Alan pergi dengan kawan kerja dia, makan pepahat gitu. So, aku dengar pun terliur la. Lama dah teringin nak try menatang tu. Bila aku request kan Alan dia on sajo. Hee. Dia kata ajak Idah sekali. Orait. Misi bermula.

So, Ahad pagi tu aku relek2 je kat rumah. Kitorang plan nak pergi petang sebab restoran seafood tu bukak belah petang kan. Tak plan pun nak mandi-manda kat pantai sana. Sebab pantai dia tak bapa nak cantik untuk bermandi-manda.

Pukul 2 petang, aku text Idah aku dah gerak dari rumah nak amik dia kat UPM dengan Alan sekali. Lepas amik Idah kitorang pun meneruskan perjalanan. Alan lalu jalan mana ntah. Katenye lagi dekat, sebab haritu dia kata jalan nak pergi Bagan Lalang ni sama jalan macam nak pergi KLIA. Sekali dia ingat-ingat lupa dah jalan yang dia lalu dengan kawan-kawan dia. Amik kau sesat kitorang. Dengan aku bising perut lapo segala. Kih3. Tula, tau perjalanan jauh makan cekodok jek pagi tu kan. Hek3. Idah pulak dah mabuk jalan. Sebab jalan yang kitorang lalu tu macam ular ckit. Dah diam jek kat belakang. Nasib jumpa kedai orang jual pisang goreng. Tapi aku makan 1 ketul je, pastu minum air kelapa terus tido. Nak ilangkan rasa loya kat tekak. Alan orait je kat sebelah.

Sedar-sedar aku dah sampai kat Bagan Lalang. Perut pun dah ok. Air laut masa ni tengah surut gila. Pantai nya landai jek. Best2. Kitorang lepak tepi pantai dan posing2 kat pantai sementara air tengah surut.

Dah nak dekat pukul 6 tu kitorang cari restaurant tuk makan seafood. Yeah!!!..Hehe. Nak pergi restaurant HM ape ntah, skali alan ajak pergi restaurant yang haritu dia pergi, Senandung Malam. Baiklah, saya menurut perintah. Ngeh3.

Mak aih, punyalah ramai orang, kena beratur ok nak amik seafood tu. Nak kena pikir pulak nak masak apa kan. So aku dengan Alan pilih ketam, sotong, lala, pepahat, ikan kembung. Yang aku kecewa yang amik order tu kata hanya boleh masak pedas dengan masak apa ntah. Ingat aku nak la order 3 rasa ke, masam manis ke ape ke kan. Kecewa sikit. Tapi takpa dah datang jauh2 kena la try jugak kan. Ok lah, penat taip. Layan gambar ek.

Encik tunang yang gonjeng. :P

Tengok, jauh kan air laut tu. 1st time aku pakai baju meriah macam ni. Haha

Haha, Idah tengah kemaruk dengan iPad

Memang cantik ini resort

Ketam masak pedas. Yummy!!

Ni la dia pepahat. Masak ape ntah. Lupe.

Yang ramai2 kat belakang tu semua tengah beratur nak pilih seafood.  Tengok  tak abis makan lagi meja kitorang dah kena reserved. Sampai hati. Hee
Tak banyak sgt pun kitorang bedal. Almaklumlah ujung2 bulan kan.  Ngeh3. Semua ni RM 59.60 kot. 


Makanan kat sini ok, not bad. Serve takda lah lambat sangat. Orang memang ramai. Siapa-siapa yang teringin nak makan kat sini memang kena datang awal ye. Daaaa............




Tuesday, 19 June 2012

A.B.A.H

Assalamualaikum.

sumber :  Islam Itu Indah  

Apa reaksi spontan korang bila tengok pic kat atas ni???
Ok, serius air mata aku terus berlinang tatkala melihat pic ini. 


Abah..
Kita rindu Abah. 
Abah pergi tanpa sempat meninggalkan pesan
Abah pergi di saat kita nak berjuang mengambil PMR.
Saat Kak Ct nak amik SPM
Saat Udin nak amik UPSR
Berat sungguh ujian dariNya Abah
Tanggal 26.5.2003
Takkan kita lupa hingga akhir hayat kita Abah
Wajah Abah masih segar dalam ingatan kita
Senyum Abah, Marah Abah


Abah,
Abah, kita sayang Abah.
Kita janji dengan Abah kita akan jaga Mak baik-baik.
Semoga Abah tenang di sana. 
Al-fatihah.



Monday, 18 June 2012

Penukaran IC 18 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum.


Harini aku nak berkongsi maklumat berkenaan penukaran IC. Aku rasa ramai yang tak tahu kita kena tukar IC baru kalau umur kita dah mencapai 18 - 25 tahun. Kalau kita lewat, kita akan dikenakan kompaun. 


Aku tertarik nak berkongsi maklumat ni sebab ada sorang kawan pejabat aku pergi buat IC baru arini. 
Katanya IC beliau dari Darjah 6 tak tukar-tukar dan asik kena tegur dengan member2 pasal IC buruk dia tu. Hee. 
Yang kelakarnya dia pergi sana pakai tudung warna cerah. 
Ingatkan dah takda zaman-zaman kena tukar tudung kan, sekali amik..beliau kena tukar tudung awning kerepot seribu. Penat katanya make up cantik-cantik pagi tu. Hahahhaaa..gila kelakar ok. You make my day darling. Heheeee..


Sebenarnya aku pun belum tukar IC aku lagi. Haa..Samalah, dari Darjah 6 punya tu.
Eh, yeke ek. Tak ingat la. Ke Tingkatan 3 macam tu la.
Sampai masa aku pergi Sabah tahun lepas, pegawai Imigresen tu suruh aku buat baru. Dah tak rupa aku dah gambar kat IC tu. Kanak-kanak rebina sangat.  Kehkehkeh..
So ada kelapangan nanti aku nak pergi buat. Kang lambat-lambat takut terlupa. Tau2 je terbang duit kan nak bayar denda. 


Kalau korang tak caya tengok jadual ni.


BAYARAN PERMOHONAN PENUKARAN KPP/KPT KE MYKAD DI BAWAH PERATURAN 18 
(WARGANEGARA)
Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
BAYARAN
PROSES
(RM)
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
SEBELUM 27 THN

10.00

10.00

20.00

40.00
27 THN TETAPI SEBELUM 28 THN

10.00

10.00

40.00

60.00
28 THN TETAPI SEBELUM 29 THN

10.00

10.00

60.00

80.00
29 THN TETAPI SEBELUM 30 THN

10.00

10.00

80.00

100.00
30 THN TETAPI SEBELUM 31 THN

10.00

10.00

100.00

120.00
31 THN TETAPI SEBELUM 32 THN

10.00

10.00

120.00

140.00
32 THN TETAPI SEBELUM 33 THN

10.00

10.00

140.00

160.00
33 THN TETAPI SEBELUM 34 THN

10.00

10.00

160.00

180.00
34 THN TETAPI SEBELUM 35 THN

10.00

10.00

180.00

200.00
35 TAHUN KE ATAS

10.00

10.00

200.00

220.00


So, kalau nak tahu lebih lanjut boleh rujuk kat sini k.


Daaaaaa.... 


Sunday, 17 June 2012

Hujung minggu yang bosan

Assalamualaikum.


Ujung minggu ni aku habiskan masa kat rumah je.
Keluar dengan alan pun tak.
Bagi dia change keluar dengan kawan-kawan.
Semalam dia pergi Bagan Lalang, mandi laut. Jeles tau. Hee
Arini pulak aku takda mood nak keluar.
Niat di hati nak beli barang dapur, minyak kereta pun dah  nak kelip2 je tu.
Tapi apakan daya malas lagi banyak dari rajin.
Dan akibat kemalasan aku nak keluar, esok je la aku buat semua aktiviti aku.
Lepas balik kerja singgah la mana2.
Dah dekat seminggu jugak rumah aku takda beras.
Kesian kan. Hee


So, dah sorang2 kat rumah macam orang gila, aku buat broadband
Layan Masterchef Celebrity Malaysia kat youtube, best woo layan kerenah diorang tu.
Terhibur jiwa. Hee


Dah, nak layan mata jab. Bye
ZzzZZZzzzzzzz...






Wednesday, 13 June 2012

Ini Serius

Memang serius tahap kronik dah ni
Bingit gila telinga aku
Boleh tak kalau kau rasa tak puas hati dengan sesuatu perkara 
kau bawak beristighfar dulu
Dah tenang baru kau bersuara
Ini tak, terus meninggikan suara macam orang apa
Kami semua ada perasaan la
Jangan nak main hembus aje

Ya Allah,
Kau berilah kesedaran kepadanya
Beringat2 lah dalam melakukan/ mengucapkan sesuatu perkara.
Jangan sampai ada yang terluka
Nanti sendiri yang merana
Tanpa kau tahu asbab dan punca

Serius aku tertekan harini
Jangan disebabkan orang lain, orang lain yang terkena
B.I.N.G.I.T

macam-macam perangai manusia aku jumpa arini




Ikhlaskan hati

Assalamualakum.


Ok, harini nak mencoret tentang IKHLAS. 
Semua orang tahu kan apa tu ikhlas.
Ikhlas tu kiranya apabila kita lakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan balasan/ pujian/ hadiah dan sebagainya.


Aku cuba untuk mengikhlaskan diri aku untuk melakukan sesuatu urusan peribadi orang lain yang aku rasa dia boleh buat sendiri, tapi nak aku jugak yang buat. Bunyi macam tak ikhlas kan. Hee
Aku bukan apa, 
Aku rasa dia cukup keupayaan untuk buat sendiri. 
Kau nak beristirehat aku pulak yang kena buat ek. Tak patut tak patut.
Hmm..anggap jek la dia tak reti nak buat. Sedapkan hati sendiri. 


Ala cam aku tak ikhlas la ni ek. 


Kadang-kadang sekali sekala nak jugak jadi jahat. Hahahaaaa....(nampak gelak jahat tu)


Friday, 8 June 2012

NAK SENYUM JE RASA

Assalamualaikum.

Heheheheeeeee...
Eh, tu bukan senyum dah. Tu ketawa namanya.
Hehehheeee...tawe lagi.

Bukan apa, arini satu opis puji aku.
Sebab aku pakai baju dan tudung baru. Hik3.
Dari pagi sampai la ke petang.
Cantik dan comel katenye.
Kembang kejab. Hee

Aku pakai baju baru ni sebab PA2 kat opis aku ada perjumpaan dengan KSU kat Kelab Tasik Putrajaya. So kena la melaram sikit kan. Aku jenis yang jarang nak bergaya sangat kat opis. Bila ada event/ majlis je aku melaram sikit. Tak banyak pun. Tak biasa nak over-over ni.

Event start pukul 2.30 ptg sampailah pukul 5.30 ptg. Makan2 sikit, ada ceramah sikit. Part yang bestnya menari poco-poco. 

Nanti aku upload gambar pakai baju tu ye.

Yang tak bestnya, aku balik opis bos cakap KSU nak jumpa PA2 lagi sebab kat majlis tu kitorang lemau sangat. Nak bergambar pun terkedek2. Tak menggambarkan PA langsung. Aduh. Takut.

Ok lah. Esok cuti. Nak kemas rumah sampai bau wangi. Daaa....

 







Thursday, 7 June 2012

S.U.N.Y.I

Assalamualaikum.


Aduhai, setiap hari aku rasa malas je nak balik rumah.
Dengan takda kawannya, takda barang rumah lagi.. 
memang kosong la jiwa.
Hmm, nak harapkan tv jek la semata.
Nasib la ada cerita best 'SEINDAH SAKURA', kalau tak mati la aku kebosanan.


Rasa jatuh cinta lak tengok Fahrin dalam cita ni. ;P

Nak tunggu diijabkabulkan, lambat lagi.
Nak cari housemate malas la pulak. 
Nanti kang sekejab jek housemate dah nak kena keluar. 
Cian pulak kan.
Nak penuhkan rumah dengan perabot rasanya lepas kawin kot. 
Kalau rumah dan penuh barang tu mungkin la aku tak rasa sunyi or kosong sangat kan.


Rutin harian aku,


Balik rumah, bukak tv biar rumah riuh sikit > mandi > tengok tv > sembahyang > sambung tengok tv > masak/makan > tengok tv lagi > tidur.


Bosannya life aku kan. Arghhhh!!!





Rasanya aku kena cari hobi la. Something yang boleh hilangkan kesunyian aku.


Kena cari ni. Takpun aku bela kucing pun ok jugak ek. 
Ah, diri sendiri tak terjaga, kang terseksa jiwa raga lak kucing tu nanti.


Ok, dah dapat. Aku kena cari hobi. Hmm, menjahit ok jugak. 


Cantik kan !!!
Hmm, boleh difikir-fikirkan. :)











Wednesday, 6 June 2012

Whitening Perfect Gluta Kojic Vit C

Arghhhh..pedihnye.....
Betul ke produk ni.
Tapi ramai yang cakap bagus.

Ha, tu la benda yang bermain kat pikiran aku sekarang.

Rabu lepas aku ada order 1 sabun ni untuk masalah muka berjerawat aku ni. Aih nak sebut pun tak sanggup. Bayangkan, aku dah berpengalaman dengan jerawat ni lebih kurang 8 tahun tau. Orang kata remaja2 je yang ada jerawat ni. Aku ni dah takat mak orang dah, still ada jerawat lagi. Bila la kau nak pergi dari hidup aku kan. Agaknya kau dah sebati dan tak nak pergi jauh2 dari hidup aku. Tidaaaakkkk..... :(

Ada orang cakap jerawat aku ni pemanis. Aduh nak gila jek dengar. Stress tau ada jerawat ni. Kalo 1 biji pun dah geram lagi la kalau 1 muka. Boleh gila. Nasib aku tak gila ek. Hee..

Cerita pasal sabun tadi, nama dia Whitening Perfect Gluta Kojic Vitamin C. Aku beli online dah pakai dalam 3 hari. Setakat ni belum menunjukkan apa2 perubahan. Tapi muka aku bila lepas cuci dengan sabun ni masyaAllah, pedih gila. Aku dah terpikir betul ke ok sabun ni.

< Besar tau sabunnya, tahan dalam 1 - 2 bulan >

Aku pun pm puan toke sabun ni. Dia kata tindak balas biasa untuk muka yang bermasalah n sensetif macam aku. Dalam 5 - 14 hari dia akan ok.

Owh. 

Ok, aku teruskan guna sabun ni. 

Kita tengok macam mana nanti ek.

Apa-apa nanti aku review kat sini. :)


Update - 14/6/2012

Alhamdulillah, setakat harini muka dah tak pedih. Hee
Dah ada kawan yang tegur muka makin licin. Nampak perubahan la. Aku guna sekali dengan serum Palmer sebelum tidur untuk hilangkan parut-parut jerawat. Setakat ni berhasil. Nanti senang2 aku masukkan gambar ye. :)

Update - 9/7/2012

Mesti ramai yang nak tau preview aku setakat arini kan. Hehe
Alhamdulillah, jerawat tak brani nak keluar sangat tapi still ada cikit2. Sekarang ni fokus untuk hilangkan parut aje. Almaklumlah dah bertahun hidup dengan jerawat kan, takkan sekelip mata je dia boleh pergi dari hidup aku. Ngeh3. Sabo ek rynn. 


Update - 1/8/2012

Ok, seperti dijanjikan, aku dah buat entry baru review bergambar pasal sabun ni. Mesti korang suka. Hehe. Korang tengok kat sini k. 

WEEKEND YANG HEAVEN

Assalamualaikum.

Feel hari ni nak update mea rasa membuak-buak je.
Ape kena ntah. Sayang kot nak tinggal mea ni. Hee

Ok, feel dah ada, jom kite start bersajak. Haaa...
Minggu lepas aku balik kampung lagi. 
Kali ni sebab Alan nak pergi wedding kawan dia kat Taman Sri Pulai.
Kitorang gerak malam Sabtu.
Tido kat umah bakal mertua. Hee.
Pagi tu dalam pukul 10.30 pagi gerak ke wedding Nazmi.
Dengan tak tau jalan ni main redah je.
Last2 sampai jugak.
Lepas makan, amik2 gambar terus balik.

Orang Johor kalau tak tau JPO tak tau la kan. Hee
Aku tak pernah pergi. Kesian kan.


So alang-alang dah kat Kulai tu aku ajak Alan pergi sana.
Kebetulan aku pergi tu memang tengah sale. Tak tau la memang tengah sale ataupun memang harga dia camtu. Tapi Alan kata tengah sale. Entah.
Memang best la.
Harga Levis dari RM 250++ jadi RM 125++ je. RM 115 pun ade.
Gile tak murah kan. Hee
Tapi aku tak beli pun. Haha. Tengok2 jek. Mengong kan.
Tapi aku cakap kat Alan, nanti nak shooping barang hantaran kawin carik kat situ jek.
Berbaloi. Hee

Balik tu singgah KipMart Kota Tinggi.
Beli ole-ole tuk orang kat umah.

Esoknya pulak aku dengan mak dan akak2 aku pergi jemputan kawin sepupu aku kat Felda Air Tawar 2. Lepas tu, aku ditugaskan amik Kak Ani kat Bustand Kota bawak pergi Majlis Pertunangan Sepupu belah mak aku kat Kempas pulak.

Makan-makan, borak-borak kitorang pun balik.
Kitorang gerak balik Putrajaya dalam kol 5.30 ptg. 
Alhamdulillah, sampai dalam kol 11.30 mlm.
Jem kot jalan. Haa.

Memang hari minggu aku minggu lepas diisi dengan penuh program la. Rasa macam seminggu lak lepak kat kampung. Best. Tak rasa penat pun.

Tapi bila dah sampai Putrajaya, baru terasa. Lambatnya nak tunggu ari Sabtu. Nak tidur siang puas-puas. :)

Tuesday, 5 June 2012

SAYA SUDAH, ANDA ?

Assalamualaikum.

Ok dah, malas aku nak sedih2, nasi dah jadi bubur kan. 
Tapi sedap jugak ape. Tambah perisa++ lebih selera daripada nasik kan. Hee
So jalan penyelesaiannye sekarang ni aku kena tanya photog ke2 aku aka Daus, abg ipar aku kot2 die ade amik part2 yang takde tu.
Kalau dia pun takde aku PASRAH.

Forget it.

Tadi aku cek laman web SPRM, almaklumlah baru daftar sebagai pemilih. Hai la rynn, dah 24 tahun baru nak daftar ek. Rakyat ape la aku kan. 

Dengar tak lama lagi dah nak pilihanraya dah. So aku tak nak la jadi rakyat yang tak bertanggungjawab. 1 undi akan menentukan siapa, apa dan bagaimana nasib MALAYSIA. Gitu.

Semangat pergi Pejabat Pos Alamanda untuk daftar sebagai pemilih.

Banyak kali jugak cek, masih dalam proses. Tadi teringat terus cek balik.

Keputusannya,



Yeay, aku dah berjaya.
Pasni dah boleh mengundi. :)



TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI 
RAKYAT MALAYSIA 
DEMI MASA DEPAN NEGARA




Friday, 1 June 2012

INSTINCT


Assalamualaikum.

Korang pernah lalui tak perkara atau situasi macam ni.


Teringat mak di kampung..
tiba2 dengan serta merta dapat panggilan daripada mak

Rasa macam nak makan sesuatu..
tetiba ada orang bagi

Rindu kat seseorang, sent mesej..
pada masa yang sama orang tu hantar mesej
kata rindukan korang..



Mesti pernah kan. 
Aku nak story sikit pasal instinct yang terjadi pada diri aku semalam dan hari ni.


Cerita semalam.

Tengah aku sebok2 buat kerja kat opis kan, tiba-tiba tekak aku ni rasa nak makan keropok leko. Aku memang gila sikit kat benda alah ni. Tapi aku ingat saja la tekak orang puasa kan nak makan macam-macam. So aku biar jek la. Tapi tiba2, akak opis aku masuk bilik aku tanya nak keropok leko tak.  Ustaz kat opis aku ni baru balik dari Kelantan. So dia bagi sorang sikit. Aku yang memang dah teringin ni of course la tak tolak kn.  Hee.


Hari ni pulak.

Pagi tadi opis aku buat jamuan Besday untuk yang lahir Bulan April, Mei dan Jun. So, Cc tempah nasi beriani untuk jamuan tu.  Fuh, memang la sedap kan. Lepas habis sesi berucap semua, time untuk makan. Aku tengok lauk. Mmm, sedap. Tapi masalahnya, tekak aku tak selera langsung nak makan plus perut dah kenyang makan kuih dengan mee hoon goreng boss aku masak. 

Aku makan kek aje dan terus pergi ke Pejabat Pos ambil barang kat sana. 

Balik dari Pejabat Pos perut dah terasa lapar. Nak makan nasi beriani la. Aku ambil pinggan sambil borak-borak dengan Kak Akma. Sedang aku mencedok nasi untuk senduk yang kedua.......


Jeng..jeng...jeng...


Aku tersenduk sesuatu. Waaaaa terus terbantut selera aku. 
Aku jumpa cik lipas. Cik ke Encik ke aku pun tak sure. Terus aku jerit kat Cc. Dia terus ambik lipas tu untuk tunjuk kat toke catering kot.


Terus aku terfikir, patutlah aku rasa tak selera nak makan nasi beriani tu.  Rupa2nya ada benda yang tak berapa nak elok. Aku makan lauk je dengan buah. Tapi tu pun tak boleh nak telan sangat. Tekak aku kembang.


Alhamdulillah, Allah bagi aku RASA ni. Terima Kasih ALLAH.



Nanti aku story instinct pasal MACAROON pulak ye. Alahai, sweet jek rasa.  Hee..