Thursday, 28 June 2012

Restoran Senandung Malam - Bagan Lalang

Assalamualaikum.

Wah, seminggu straight aku tak update mea ni. Cian dia. Bukan takda cerita, tapi aku malas nak menaip mengarang ayat. Hehe

Oklah disebabkan kerajinan aku dah datang, aku nak story pasal aktiviti aku minggu lepas.

Kih3, rasa nak gelak pun ada. Bukan apa, bila teringatkan kitorang tersesat masa otw tu rasa cam kelakar pulak. Haha.

Ahad lepas, aku plan dengan Alan pergi Bagan Lalang, nak makan seafood. Aku teringin sebab minggu sebelum tu Alan pergi dengan kawan kerja dia, makan pepahat gitu. So, aku dengar pun terliur la. Lama dah teringin nak try menatang tu. Bila aku request kan Alan dia on sajo. Hee. Dia kata ajak Idah sekali. Orait. Misi bermula.

So, Ahad pagi tu aku relek2 je kat rumah. Kitorang plan nak pergi petang sebab restoran seafood tu bukak belah petang kan. Tak plan pun nak mandi-manda kat pantai sana. Sebab pantai dia tak bapa nak cantik untuk bermandi-manda.

Pukul 2 petang, aku text Idah aku dah gerak dari rumah nak amik dia kat UPM dengan Alan sekali. Lepas amik Idah kitorang pun meneruskan perjalanan. Alan lalu jalan mana ntah. Katenye lagi dekat, sebab haritu dia kata jalan nak pergi Bagan Lalang ni sama jalan macam nak pergi KLIA. Sekali dia ingat-ingat lupa dah jalan yang dia lalu dengan kawan-kawan dia. Amik kau sesat kitorang. Dengan aku bising perut lapo segala. Kih3. Tula, tau perjalanan jauh makan cekodok jek pagi tu kan. Hek3. Idah pulak dah mabuk jalan. Sebab jalan yang kitorang lalu tu macam ular ckit. Dah diam jek kat belakang. Nasib jumpa kedai orang jual pisang goreng. Tapi aku makan 1 ketul je, pastu minum air kelapa terus tido. Nak ilangkan rasa loya kat tekak. Alan orait je kat sebelah.

Sedar-sedar aku dah sampai kat Bagan Lalang. Perut pun dah ok. Air laut masa ni tengah surut gila. Pantai nya landai jek. Best2. Kitorang lepak tepi pantai dan posing2 kat pantai sementara air tengah surut.

Dah nak dekat pukul 6 tu kitorang cari restaurant tuk makan seafood. Yeah!!!..Hehe. Nak pergi restaurant HM ape ntah, skali alan ajak pergi restaurant yang haritu dia pergi, Senandung Malam. Baiklah, saya menurut perintah. Ngeh3.

Mak aih, punyalah ramai orang, kena beratur ok nak amik seafood tu. Nak kena pikir pulak nak masak apa kan. So aku dengan Alan pilih ketam, sotong, lala, pepahat, ikan kembung. Yang aku kecewa yang amik order tu kata hanya boleh masak pedas dengan masak apa ntah. Ingat aku nak la order 3 rasa ke, masam manis ke ape ke kan. Kecewa sikit. Tapi takpa dah datang jauh2 kena la try jugak kan. Ok lah, penat taip. Layan gambar ek.

Encik tunang yang gonjeng. :P

Tengok, jauh kan air laut tu. 1st time aku pakai baju meriah macam ni. Haha

Haha, Idah tengah kemaruk dengan iPad

Memang cantik ini resort

Ketam masak pedas. Yummy!!

Ni la dia pepahat. Masak ape ntah. Lupe.

Yang ramai2 kat belakang tu semua tengah beratur nak pilih seafood.  Tengok  tak abis makan lagi meja kitorang dah kena reserved. Sampai hati. Hee
Tak banyak sgt pun kitorang bedal. Almaklumlah ujung2 bulan kan.  Ngeh3. Semua ni RM 59.60 kot. 


Makanan kat sini ok, not bad. Serve takda lah lambat sangat. Orang memang ramai. Siapa-siapa yang teringin nak makan kat sini memang kena datang awal ye. Daaaa............




No comments: