Hari tu kan aku ada beli buku novel Umar Abdul Aziz. Macam ni lah rupa novel tu.
Malam tadilah aku habis baca novel ni. Sambil2 tengok tv aku bace. Tapi bila dah baca novel ni apa rancangan kat tv tak masuk dalam kotak fikiran aku.
Umar Abdul Aziz, Amirul Mukminin seorang pemimpin yang amat disegani bukan setakat oleh kaum muslimin tetapi juga yang bukan islam. Aku amat mengkagumi ketokohan beliau dalam menjadi pemimpin. Beliau sangat adil dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Mempunyai isteri yang sangat taat kepadanya. Aku terfikir, kalaulah pemerintah Malaysia boleh melakukan apa yang Amirul Mukminin ini lakukan, Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, makmur, selamat dan tiada siapa yang miskin di Bumi Malaysia ini.
Aku menitiskan air mata disaat membaca saat-saat kematian Amirul Mukminin. Bagaimana seorang yang sangat baik dibunuh oleh orang upahan dikalangan keluarganya sendiri. Beliau telah diracun hanya kerana harta.
Sangat sebak sehingga aku menangis teresak-esak. Insaf menguasai diri. Kerdilnya aku nak dibandingkan dengan beliau. Imanku sebesar zarah.
Ya Allah, Umar Abdul Aziz memang layak mendapat syurgamu.
No comments:
Post a Comment