Pagi ni rasa nak senyum je walaupun pagi2 lagi telinga aku dah kena dengar benda2 yang tak sepatutnya. Alan mesej cakap cik tunang jangan nak main blog je. Kih3. Rasa cam kelakar lak bila dia pesan camtu. Tu la encik tunang aku, selalu menceriakan aku disaat aku kesusahan. Hehe, susah la sangat. Aku bagi tau dia aku ada blog, tapi tak bagi tau apa nama blog aku ni. Hee, malu nanti dia baca.
Semalam aku celebrate ulangbulan pertama pertunangan kitorang. Ulangbulan tu Alan yang bagi nama. Haha. tak sedap langsung kan bunyinya.
Ha tengok, siap bunga api lagi tu. Haha |
Kitorang makan kat Coffee Village Cafe Putrajaya. 1st time makan kat situ. Ok la. Makanan boleh tahan sedap. View pun menarik, boleh tengok orang mancing ikan kat kolam.
Kitorang order Siakap Masak Masam Manis, Tomyam Seafood, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan of course Nasi Putih. Kitorang mintak siakap yang agak2 untuk makan 2 orang, sekali takda. Semua besar2, so tukar ikan kembung je. Kesian kan. Hee. Yang penting semua sedap. Pasni boleh datang lagi.
Nak cerita lagi, tukar mood jab. Malam tadi aku mimpi pasal album tunang lagi. Aku kan tak ambil lagi daripada Haris. Apa lah agaknya rupa album aku tu kan. Sampai 2 kali mimpi ni. Dua2 mimpi yang tak berapa nak sedapkan hati. :(
Aduh, tak sabar nak tunggu hari Isnin.
Ok2, kembali kepada mood senyum. :)
No comments:
Post a Comment