Friday, 15 January 2016

PTPTN Special Offer

Assalamualaikum.


Aku baru je balik dari kaunter PTPTN di Parcel E, Bangunan E12 atas urusan Hubby punya PTPTN. Aku punya bulan 3 tahun lepas dah selesai. Aku settlekan PTPTN aku pun masa ada offer jugak. Untung tau sebab benda ni bukan datang selalu. Sementara ada special offer dari PTPTN ni terus aku buatkan Hubby. 

Senang sangat urusannya. Bagi nombor kad pengenalan, nanti dia check berapa jumlah pinjaman dan berapa tahun nak bayar balik pinjaman. Hubby belum tukar ke Ujrah so boleh bincang bajet bulanan kita untuk bayar PTPTN dan berapa tahun nak bayar pinjaman. Almaklumlah kan, sebelum ni bayar celup2 je. Aku mintak buat 15 tahun dengan bayaran bulanan RM100+. Nak buat 20 tahun pun boleh tapi lama sangat la pulak. Lepas tu buat bayaran RM 300. Tu minimum, kalau korang rasa nak bayar lebih pun boleh.

Hari Isnin nanti dia akan emelkan agreement yang baru. Kena sediakan setem hasil RM20 dan hantar semula agreement tu ke kaunter PTPTN.

Kepada korang yang belum tukar ke Ujrah atau nak refinance balik pinjaman korang tu jangan lepaskan peluang ni ye. Hutang tetap hutang tau... :)


No comments: