Friday, 12 August 2016

The Junni Pinkish White Skincare

Assalamualaikum.



Haa cer teka apa ada dalam bungkusan ni. Hehe, opkos la korang dah tahu kan. The Junni. Ha? Ada yang tahu ke apa tu? Aku masa memula pun macam pelik dengar jenama tu, tapi sebab dia pelik buat aku tertarik nak cuba. The Junni ni skincare. Aku jumpa produk ni masa jalan2 kat youtube.

Malas nak cerita panjang2. Nilah rupa The Junni ni.


Tengok kotak luar macam sayang nak guna. Comel sangat.
Aku tertarik nak cuba The Junni ni sebab cream dia lain dari skincare yang kunyit2 semua tu, harga pun mampu milik. Testimoni pulak ramai yang cakap bagus. Muka aku ni bekas jerawat banyak, ada jugak jerawat tumbuh tapi tak macam dulu2 la yang jenis kat dalam tu kan. Nak pegang muka pun rasa tak sanggup. Dari segi bahan pulak katanya 100% bebas hydroquinone.

The Junni ni ada 3 set. Normal, Acne dan Basic. Aku share gambar pada penjual, dia suggest aku amik set normal tapi sabun tukar untuk jerawat. RM60 saja ya untuk set normal. Basic dan Acne RM45 kalau tak silap.


Dah tengok dalam eh lagi comel..
Set normal ni ada Sabun, Cream 2 in 1 dan day cream.
Bau sabun dan cream dia ala2 bau strawberi. Best.
Sabun tu jadi separuh sebab aku potong dua sebelah untuk letak kat opis sebelah lagi untuk rumah. 
Kat kotak tu dia siap bagitahu tips penggunaan mengikut masalah kulit. Senang kan.

Sabun dia ni setakat aku guna baru beberapa kali dia tak mengeringkan muka. Harap2 The Junni ni serasi la untuk muka aku. Nanti lepas 2 minggu aku share lagi feedback pakai The Junni ya. Kot2 dah boleh jadi flawless macam dia punya duta, Zakirah Zainal. Hihiiiii.........

Tuesday, 9 August 2016

#1st Day Hubby Diet

Assalamualaikum.

Encik Suami mengadu berat dah tahap obes. Perut pun dah nampak muncit katanya. Hehe. Aku ok je, kan orang kata suami muncit ni penyayang. Perut flat pun dah penyayang tambah pulak muncit lagi penyayang kuasa dua lah kan. Heheheee. 

Baguslah tu, wife nak gumuk, husband nak kurus. Kalaulah lemak tu boleh ditransfer2 macam bluetooth kan senang.

Semalam balik kerja, suami tanya nak masak apa. Harini satu hari dia tak makan kat tempat kerja. Aku tanyalah kenapa, dia cakap diet. Hehe. Aku ingatkan nak masak asam pedas favorite dia, tak jadi lah kekdahnya. Kang kalau ada asam pedas, mau hilang diet makan nasi tambah berkali-kali. Encik suamiku memang macam tulah, kalau lauk favorite dia, makan memang tak ingat, selagi ada nasi dalam periuk mesti akan ditambahnya. Hehe.. lepas dah muncit perut camtu baru nak sado diri kan. Kih3.

So, malam tadi punya menu diet En suami...taraaaaaa....



Gigih menggugel resepi2 diet. Senang je kan menu orang diet ni, sedap pulak. Orang dulu2 kalau diet bukan sampai pengsan2 ke. Hehe.

Semoga impian encik suami nak dapat berat yang diimpikan tercapai. Aku sokong je mana yang terbaik. Lagipun bagus kan untuk kesihatan. 

Good Luck Hubby. ukenduit. dongibap. :)

Wednesday, 3 August 2016

Jamu Kunyit Asam

Assalamualaikum.

Sejak 2 menjak ni, aku rasa aku patut amik jamu/supplement untuk kesihatan dalaman. Siang ok je, bila malam tu rasa cepat ngantuk. Kadang-kadang tu pukul 9 aku dah terbongkang. Areesh sapa jaga, hehe..ayah dia lah sapa lagi. Cuba jugak tahan mata ni tapi tak mampu, dengan sendirinya terlelap. Kui3.. Tambahan pulak aku pun baru sebulan lebih keguguran, elok jugak ambik jamu untuk pulihkan dalaman. Aku nak cari jamu yang sedap2 je ade tak. Hehe.

Tengah2 aku memikirkan jamu apa yang sedap tu keluarlah kat newsfeed fb pasal jamu kunyit asam ni. Sebelum ni ada je keluar masuk timeline aku ni sebab kawan sekolah aku ada jual tapi aku buat biasa je. Bila rasa memerlukan ni jauh pulak nak membelinya, dia duduk Joho, boleh je nak mintak dia pos, tapi aku rasa macam tak berbaloi pulak. Aku google2 jumpalah resepi jamu kunyit asam ni. So gigihlah Sabtu aritu membuatnya. Senang je uollss, tapi kuning2 tulah yang leceh sikit. 

Meh aku share ya. 

Bahan2 dia semestinya kunyit & asam jawa. Nak sedap tambahlah gula melaka. Tapi aku tak ada stok aku buat kosong je, nak minum baru aku campur dengan madu.


Memula korang buang kulit kunyit tu bagi bersih dan masukkan dalam blender, masukkan air dan blend lah sampai halus. Dah siap masukkan dalam periuk renehlah kunyit tu sampai mendidih. Jangan lupa air asam jawa masukkan sekali.

Dah siap tu tapislah dua tiga kali untuk asingkan hampas kunyit tu. Hampas tu aku simpan untuk letak kat muka. Hehe. 

Taraaaaaa, dah siap. Masukkan kejab dalam peti ais bagi sejuk. 

Kuantiti banyak mana tu aku main agak2 je. Air asam jawa tu aku letak sikit2 dulu, rasa cukup masam ke tak. Dah siap simpan dalam peti biar sejuk. Bila nak minum campur madu agak sesedap tekak nak telan. Ada rasa kunyit ada rasa masam2 ada rasa manis2. Rasa macam singgang pun ada jugak. Keh3.

Malam tu aku minum, pukul 3 pagi pun tak ngantuk lagi. Layan plak korea cerita 'Desendant of the sun', lagilah mata segar bugar. Hehe. 

Nak minum jamu ni pun ada cara dia tau. Kalau dalam tempoh period boleh minum segelas sehari maksimum 7 hari. Kalau untuk biasa2, minum seminggu sekali saja.

Oklah, selamat mencuba, jom sama2 kita back to nature

Tuesday, 2 August 2016

Boss Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah mood kerja dah kembali normal. Sebab apa, sebab boss dah masuk semalam. Barulah terasa lengkap hari hari pergi kerja boss dah ada. Kalau tak rasa macam kosong je. 


mestilah happy,  new boss, new office, new environment &
 the new me. hehe

Setakat 2 hari ni boss ok, harap2nya sampai bebila lah ok. Sebelum ni kan aku jaga boss perempuan, kali ni dapat boss lelaki rasa lain pulak. Dulu boss perempuan rasa macam mak mak sekarang ni rasa macam abang2 je, boss muda. Hehe..

Harap-harapnya aku serasilah dengan boss baru ni, jangan banyak kerenah dan jangan marah2 ye boss... 





Wednesday, 27 July 2016

Tentang Rasa

Assalamualaikum.

Rasa macam nak buat luahan perasaan sikit boleh tak. Hmm, tak boleh pun nak cerita jugak. 

Sepanjang belog ni sunyi, macam-macam benda jadi kat aku. Gembira ada, sedih ada, kecewa ada macam2 rasa lah. 

Bln 4 haritu aku dan suami dapat berita gembira aku pregnant lagi, syukur Alhamdulillah..Areesh nak dapat adik. Hihi. Tapi kandungan tak jadi, kantung ada tapi kosong. Baby takda. Camne tu. Doktor cakap kandungan aku ni nama dia 'blighted ovum'. Cerita panjang nanti aku share kat entry lain ya.


Bln 4 tu jugak boss yang dah aku jaga selama hampir 8 tahun nak cuti sebelum bersara. Sedih memang sedih, tapi dia cadangkan untuk tempatkan aku sementara di pejabat boss lain. Ingat sementara, tapi hakikatnya sekarang aku tak dapat balik ke tempat lama. Bertambah sedih. Nak gain knowledge katanya, baiklah saya yang menurut perintah. 2 bulan kat tempat boss lain tu, aku ditukarkan ke bahagian sekarang yang aku duduk ni. Dah sebulan kat sini, aku masih dalam mood nak biasakan diri, nak masuk dengan kengkawan baru macam entahlahhhh. Mungkin amik masa lah kan. Minggu depan aku dapat boss baru sebab tempat yang aku jaga sekarang ni takda boss so sebulan ni aku berhuhuhuuuu je datang opis, luaran nampak happy tapi dalam ni tuhan saja yang tahu. Masuk boss baru nanti aku harap semangat aku kembali pulih.



Seminggu ni almaklumlah minggu jamuan raya kat opis, memang seminggu ni bahagian aku dan bahagian lain buat jamuan raya. Mood nak bergambar dengan kengkawan opis pun tak ada. Jamuan raya kementerian pun takda ambil gambar, kalau tak meriah dah fb aku tu dengan gambar jamuan raya. Sedih lagi.

Hubby lah tempat aku mengadu meluah perasaan. Dia cakap jangan fikir sangat. Tapi tulah, kengkadang tu emosi terlebih. Hehe. Rasanya Hubby kena bawak pergi holiday kot ni. Weweweeee...

Sampai sini dulu lah ya. Nak sambung layan emosi. Hehe. Nanti2 cerita lagi. Tata....

Monday, 25 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Assalamualaikum.

Rindu betol dekat belog ni. Ada je ni ha cuma mood untuk beberapa bulan ni kelaut sungguh. Dengan kena tukar bahagian aih macam-macam yang berlaku sepanjang aku mendiamkan diri . Tapi tulah kan, mood pun takda, nak cerita pun takda semangat memang pandang sepi je la belog ni.

Nak coret panjang2 pun macam dah tak reti lak. Hehe. Oklah, jumpa lain entry la ye. Tapi tak tahu lah bila tu. Entry langkawi aritu pun tak abis lagi. Haha. Apelah nasib. Dah bercendawan rasanya gambar2 trip langkawi tu. :)

Tata.....

Eh, lupa pulak. Rasanya belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya untuk pembaca Mea semua. Maaf Zahir & Batin andai coretan disini ada yang menggamit rasa. Kosong2 ya. 







Thursday, 28 January 2016

Jalan-Jalan Langkawi Day 2

Assalamualaikum.

Kita sambung lagi cerita semalam ye. Hari kedua di Langkawi.

Sebelum memulakan pengembaraan untuk hari kedua, kami bersarapan kat kedai mamak dekat-dekat dengan resort. FIL nak makan capati katanya. Siap semua terus kami ke Underwater World. Harga biasa RM33, untuk warga emas RM26. Aku lupa nak bawak pass kerja, kalau tak dapat harga RM26. Areesh free saja. Teruja jugak aku kat sini first time tengok pinguin depan mata. Hehe. Comel sangat, jalan lompat-lompat.














Ada pameran 3d kat sini, tapi malas nak masuk sebab kena bayar. Hehe. So kami ambil gambar kat luar je. Dapatlah gambar 3d ni sikit2. 






Lepas dah puas tengok ikan kami nak try laksa power yang ramai blogger suggest. Laksa tu tutup pulak, kami try yang sebelah dengan laksa ikan seko2. Cendol dia sedap. Laksa ni aku tak pandai nak rasa sebab almaklumlah bukan orang utagha. Hehe. Lagipun aku ni memang tak minat laksa, tak kira lah laksa johor ka, laksa penang ka. Eh2, tapi ada 1 laksa yang pada aku boleh lah nak makan, Laksa Nyonya. 




Perut dah kenyang barulah boleh meneruskan pengembaraan di bumi lagenda ni. Kami ke Makam Mahsuri. Harga tiket RM10 seorang. Walaupun aku ada baca tentang penipuan tentang salasilah keturunan mahsuri ni aku pergi jugaklah ke sini. Tak tahulah betul ke tidak. Alang2 dah sampai sini, singgah jugaklah ke makam mahsuri. Lepas tu kami terus ke Beras Terbakar. 










Destinasi seterusnya kami ke pasar malam apa entah lupa pulak nama tempat tu. Kebetulan lalu singgah terus, sebenarnya nak ke Pantai Pasir Hitam. Aku suka sangat pasar malam ni, makanan semua sedap2. Penjual pulak ramah tak kedekut, siap bagi rasa lagi makanan yang agak pelik pada kitorang. Hehe. Habis dah beli2 cari Pantai Pasir Hitam sampai ke sudah tak jumpa. Baliklah ke resort semula dengan rasa hampa. 

Oklah day 3 sambung next entry ye. Korang pun dah naik muntah tengok gambar kan. Tata..


Wednesday, 20 January 2016

Jalan-Jalan Langkawi Day 1

Assalamualaikum.

Tanggal 7 - 9 Januari aritu, buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Hehe. Oktober 2013 aku pernah plan ke sana, konon nak honeymoon ceriakan diri sebab baru lepas ectopic. Tapi bila hari kejadian aku tengah pregnantkan Areesh 3 bulan kalau tak silap. Tiket dah beli awal kan, burn macam tu je. Aku beli tiket Malindo Air, ada call untuk dapat duit balik bolehlah dapat sikit dari total amount tu tapi sampai ke sudah tak dapat. Malas pulak nak follow up. Kira halal lah. Orang kata ok je kalau nak naik flight masa pregnant, tapi sebab aku baru lepas ectopic, orang kata lepas ectopic kan susah nak pregnant, ni dah pregnant mestilah kena jaga baik-baik kan. Takot jadi pape kat baby kang nangis tak berlagu.


Balik pada cerita jalan2 Langkawi, aku dah book tiket MAS bulan 10 tahun lepas kalau tak silap. Dapatlah harga murah sikit. 2 orang campur infant total RM390. Kawan aku dapat lagi murah beli tiket minggu lepas. Cehhh, takpalah rezeki memasing ye tak. Hubby cerita dekat MIL so dia pun nak ikot. Tak jadilah percutian ala2 honeymoon. Hehe. Berangkatlah kami 6 orang ke sana. 


Bertolak dari Putrajaya naik erl, senang terus sampai KLIA. Tiket dah check in siap2 2 hari sebelum terbang. Jam 9.45 pagi terbanglah kami ke sana. Dapat seat no 5, rezeki dapat seat tu. Sederet tu kami je duduk. Tak beli pun, masa check in tu baru pilih seat. Kalau tak nak amik seat 5 ni kena tambah duit kan. 

















Gerteknik tu tempat aku sewa kereta.

Sampai je Airport Langkawi, tunggu beg dan terus sewa kereta. Aku ambil di airport je, senang. Aku sewa kereta nissan almera 3 hari 2 malam dengan harga RM180. Aku tawar-tawar dapatlah RM170 katanya sebab ada Areesh. Untung ada awak syg. Hehe. Aku mintak kurang lagi katanya baik dia cari customer lain. Hihi...

Lepas ambil kereta sewa, kami terus cari kedai makan memasing dah kelaparan. Ikan keli bakar kat kedai tu sedap, lain dengan kat sini. Kawan aku cakap diorang bakar dengan rempah tu yang rasanya lain. Ooo patutlah sedappp.

Perut dah kenyang, hati banyak senang terus check in hotel. Aku pilih Malibest Langkawi Resort booking tru booking.com. Memang best sebab dekat dengan pantai tapi yang tak bestnya susah nak parking kereta. Duduk sini parking kat tepi-tepi jalan je, kalau waktu ramai orang tu memang nak kena round banyak kali untuk dapatkan parking, tu pun kalau nasib ada lah..

Lepas dah check in tu lepak-lepak je semua dalam bilik. Kami duduk 1 bilik je. Percutian jimat namanya. Hehe. Boleh tahan panas cuaca kat sini, dah kata kat pulau kan. Tambah pulak tengah el nino  fuhhh berasappp. Alamak lupa pulak lepastu kami ke mana. Haha. Dasar sungguhhh. Almaklumlah urat dah banyak putus, tu yang jadi pelupa tahap gaban. Hehe, nanti dah ingat aku cerita lagi ye.. Tata..

Eh2, dah ingat balik daahhhhh.. Tengok gambar terus ingat. Hehe..

Petang tu pulak kami menikmati pemandangan sunset di Pantai Cenang. Kata duduk tepi pantai kan, rugilah tak tengok sunset. Areesh tidur time ni, MIL malas nak keluar dia tolong tengok2kan Areesh kat bilik.

Subhanallah, cantik sangat pemandangan kat Pantai Cenang ni, pasirnya putih, pantainya landai. Memang indah sungguh alam ciptaanNya.





















Lepas dah puas rehat-rehat golek-golek kat bilik malam tu sesi mencari makan lagi. Cari kedai makan dekat-dekat dengan hotel je, Restoran Haji Ramli. Banyak je kedai makan area Pantai Cenang ni, jangan risau. Pilih je mana nak.

Lepas makan, kami terus ke Dataran Helang. Nak tengok Helang Gergasi katanya. Jom layan gambar lagi sampai muntah ye...





Dah puas berposing dengan Cik Lang, hari pun dah malam mari balik ke saranggg...

Tamat dah sesi pengembaraan hari pertama. Next entry hari ke dua pulak ye...Tataaaa...