Jumaat, 4 Disember 2015.
Happy besday En suami yang ke 27. Eh, muda lagi rupanya suami i. Hehe..
Beberapa jam sebelum jam 12.00 tengah malam, aku buat surprise kat Hubby. Takde lah surprise sangat pun, tetiba ada acara potong kek. Hehe..
Siang Khamis tu, gigihlah aku ambil kek yang dah diorder di Kedai Kek Bangi. Sedap ooo kek dia, lain dari yang lain. 1st time ni guna gps nak ke sana, selalu harap Hubby je. Gigil jugaklah takut sesat. Selamat pergi dan balik. Hehe..
Gigih lagi sekali, balik kerja singgah rumah dulu sebelum ambil Areesh dari rumah pengasuh. Kang kalau bawak naik sekali dengan Areesh lambat pulak. Ada kantoi dengan Hubby, tak jadilah nak surprise kan. Balik tu memang Hubby dah sampai rumah dulu. Aku harap2 Hubby tak bukak peti ais, aku letak kek dalam tu je. Tapi biasanya memang Hubby jarang bukak. Hihi.
Masuk rumah, Hubby ajak makan luar tapi aku cakap malas. Kita order Domino's Pizza jek la syg ek. Hubby ok. Pizza sampai 1 jam katanya sebab hujan, takpelah yang penting dapat kupon free. Kih3.
Dalam jam 9.00pm macam tu, dah relaks2 tengok tv, pizza pun dah sampai aku ajak Hubby makan. Areesh pulak tidur awal hari tu. Hmm, nak sambut besday Ayah awal pulak awak tidur ye. Aku terfikir2 ni, nak surprise jam 12.00 malam ke sekarang ek. Hehe.. Tengah nak makan2 tu Areesh bangun. Macam tahu2 je nak sambut besday Ayah kan. Aku ambil kek kat dapur bawak kek depan dia. Wish Happy Birthday Syg. Terkejut dia, tak sangka ada kek katanya. Susah2 je dia cakap. Alah takpelah syg, sekali sekala untuk yang tersayang kan.
Walnut Butterscotch Cake.. Sedap! Lain dari yang lain!. |
Areesh : Geramnya kek ni, dapat ramas sedap ni. >,< |
Alololoooo so sweet anak ibu ayah ni.. |
Sesi potong memotong suap menyuap pun selesai. Sesi mengemas rumah pulak. Esok nak ke Klang rumah Abg Hubby. Family Hubby ada buat Family Gathering ke Gold Cost Morib mandi manda kat sana. Tu kita cerita lain entry ye..
Tataaaa....
No comments:
Post a Comment