Hai sepi betol MEA untuk beberapa minggu ni, Hubby pun dah tanya bila nak update belog. Hihi, entahlah mood ke laut betol. Banyak sebenarnya nak dikongsi, sampai macam dah nak terlupa. Hehe..
Sekarang kandungan aku dah 34 minggu. Besar dah perut, kengkawan yang selalu cakap perut aku kecik dulu semua cakap eh dah beso dah. Aih kecik salah beso pun salah. Tapi takpa aku suka. Diorang nampak pengembangan diri aku ni. Hehe..
Pic masa 7 bulan. Pic terkini tara amik..hehe.. |
Semalam selepas sekian lama tak muntah, aku muntah abis keluar segala apa yang aku makan siang aritu. Tak tahulah kenapa. Nak kata keracunan, Hubby aku makan lauk yang sama ok je. Perut dah besar kan, sekali nak muntah tu sakit betol perut. Tapi Alhamdulillah, aku rasa pergerakan baby ok je tu yang tak pergi klinik. Aku mintak cuti je dengan boss, nasib dia ok.
Cerita pasal keperluan baby, barang-barang untuk baby ada 2 3 yang tak beli lagi, macam set tidur, termometer dan minyak baby. Konpius la nak beli tilam kekabu ke beli yang biasa je. 1st time kan, masa mula-mula aritu pun nak beli barang baby tak tahu. Tak tahu nak mula mana dulu. Sekarang pulak macam tak sabar nak sarung baju-baju baby kat anak ibu nanti. Hehe. Hubby pulak tak sabar nak basuh baju baby, aku cakap hujung minggu nilah basuh. Sekarang ni malam je hujan, takot baju baby tak betol2 kering kan.
Checklist barang-barang keperluan aku pulak masih banyak yang tak lengkap. Set bersalin apa nak guna pun tak pasti lagi. Banyak dah google2 tapi masih konpius jugak. Aku tak nak membazir, kang beli memahal tak guna kan sayang. Breast pump pun masih dalam misi pencarian lagi. Hik3. Aku nekad nak menyusukan sampai umur anak aku 2 tahun. Itu azam aku. Harap-harapnya niat suci murni aku ni dimakbulkan.
Oklah, setakat ni dulu. Daaaa.....
No comments:
Post a Comment