Saja nak share dengan korang air minuman yang menjadi kegemaran aku sekarang ni. Yeo's Yogurt. Walaupun baru pertama kali minum semalam, aku terus jatuh cinta. Rasanya air ni dah lama ada kat pasaran, aku je kot yang baru tahu. Sedap sangat, rasa macam air nutrigen tu. Masam-masam sikit, manis-manis sikit. Hehe.
Harini aku beli lagi, 2 terus. 1 untuk bagi Hubby aku try. Aku kalau jumpa makanan yang sedap, wajib aku bagi Hubby aku rasa jugak. Hehe, kongsi rasa sedap sama-sama, tak gitu.
Lagipun, Yogurt ni bagus tau untuk orang mengandung. Masa check up kat klinik, nurse suggest banyakkan makan yogurt kalau tak boleh minum susu sebab yogurt juga merupakan salah satu makanan berkalsium tinggi.
Antara kebaikan yogurt untuk ibu2 hamil ialah meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang, mengandungi serat yang tinggi dan membantu menjana penghasilan susu ibu. Selain itu, bakteria baik dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu iaitu bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan baik.
Walaupun rupanya tak berapa menarik, tapi rasanya nyummy... Don't Judge A Book By It's Cover.. Hehe.. |
3 comments:
ouh..yogurt elok ek..kite suke frozen yogurt......sedap!~
frozen yogurt saya tak reti makan sgt..cuba awk try air kotak ni..lagi sedap..heheee
Saya tadi baru berwhatsapp dengan kawan. dia bgtau saya yang die makan yogurt dapat membantu die banyakkan susu... Tak tahu pulak bagus jugak untuk ibu menyusu.. thanks puan, atas perkongsian.
Post a Comment