Thursday, 30 January 2014

Dilanda kegatalan yang merenyam

Assalamualaikum.

Esok genap 6 bulan aku membawa perut yang chumel ni. Hihi. Makin besar dah perut aku. Sebelum ni macam nampak tak nampak je...


Gambar hiasan.
Mak buyung di Lata Iskandar. Hihi.

Tapi yang menjadi masalah, perut dah start gatal2. Punggung dan betis pun sama. Orang kata sebab regangan kulit akibat dari peningkatan berat badan. Dia punya gatal memang tak tahan, kadang-kadang tu terlepas jugak garu guna kuku walaupun orang kata tak elok nanti berparut. Seram bila tengok gambar stretch mark ni. Tapi kadang2 je lah aku garu pakai kuku, kadang2 aku garu guna sikat, kadang2 gosok2 gitu je lapis dengan baju. Tapi biasanya lepas sapu losyen hilang dah gatal2 tu. Memang hari2 nak kena sapu losyen, pagi sekali malam sekali, gatal lagi aku hentam sapu lagi. Kalau tak kerana gatal2 ni memang jaranglah aku nak memanjakan diri sapu losyen segala. 

Harap2 cepatlah gatal2 ni pergi dari hidup aku. Sengsara ooo, terkeruk2 macam beruk. Hehe...


Tuesday, 28 January 2014

Retreat BPSM KeTTHA 2014

Assalamualaikum.

Jumaat dan Sabtu lepas aku ke Cameron Highland sebab opis buat retreat kat sana. Kami stay di Century Pines Resort. Ni kali ke2 aku stay di hotel ni, kali pertama masa honeymoon dulu. Hihi. Aku suka duduk hotel ni, selesa dan cantik cuma tang makan kureng sikit.

Disebabkan dah 2 kali aku ke CH ni, perasaan excited tu dah takda. Hubby pun sama, kebetulan retreat tu bersekali dengan hari keluarga, suami boleh ikut. So memang jimatlah kan, hotel dan makan semua free. Hehe. Kami tak berjalan mana sangat pun. Balik2 strawberi dengan ladang teh je yang ada kan. So kami balik Sabtu tu jugak lepas makan tengahari. Memang takda pusing memana pun. Ole2 pun kami hanya beli 2 paket strawberi dengan jagung. Lain2 takda perasaan nak makan.

Dah malas nak cerita panjang, nak share gambar je..gambar ni pun ada yang curik2 dari fb kengkawan dan hp sendiri jugak.. :) 

Otw ke CH..tangan orang yang amik gambar tak bedung. Bambam kan aku..Hehe..
Retreat bermula..tengok kanak2 riang yang hujung sekali tu. Hihi
Hari ke-2..ni je game yang aku dapat join sebab selamat untuk ibu2 mengandung.
Hari Keluarga BPSM KeTTHA 2014. 
Boss dengan PA nya..nampak kan ketembaman aku. Hehe..


Tuesday, 21 January 2014

Yeo's Yogurt Nyummy

Assalamualaikum.

Saja nak share dengan korang air minuman yang menjadi kegemaran aku sekarang ni. Yeo's Yogurt. Walaupun baru pertama kali minum semalam, aku terus jatuh cinta. Rasanya air ni dah lama ada kat pasaran, aku je kot yang baru tahu. Sedap sangat, rasa macam air nutrigen tu. Masam-masam sikit, manis-manis sikit. Hehe.

Harini aku beli lagi, 2 terus. 1 untuk bagi Hubby aku try. Aku kalau jumpa makanan yang sedap, wajib aku bagi Hubby aku rasa jugak. Hehe, kongsi rasa sedap sama-sama, tak gitu.

Lagipun, Yogurt ni bagus tau untuk orang mengandung. Masa check up kat klinik, nurse suggest banyakkan makan yogurt kalau tak boleh minum susu sebab yogurt juga merupakan salah satu makanan berkalsium tinggi. 

Antara kebaikan yogurt untuk ibu2 hamil ialah meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang, mengandungi serat yang tinggi dan membantu menjana penghasilan susu ibu. Selain itu, bakteria baik dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu iaitu bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan baik.


Walaupun rupanya tak berapa menarik, tapi rasanya nyummy... 
Don't Judge A Book By It's Cover.. Hehe..


Monday, 20 January 2014

Checkup 22 minggu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, result air gula dah dapat pagi tadi dan hasilnya normal. Berat pun naik normal je 200g. Hihi, aku rasa sebab aku demam minggu lepas tu yang berat tak naik sangat, kalau sihat agaknya mau kena minum air gula lagi. Hehe. Nampak kan hikmahnya di situ. 

Masa cek degup jantung baby, baby tendang alat tu balik. 2 3 kali jugak. Hihi, aktif betul anak ibu kan. Semalam petang baby buat perangai saja takutkan aku tak nak gerak sangat, aku dah risau. Nak menangis pun ada. Sekali malam dia aktif balik. Aku tanya nurse pagi tadi nurse cakap takpe baby kecik lagi, kadang2 tak dapat rasa sangat. Legaaaa...

Pagi tadi jugak aku kena enjet Kancing Gigi. Ingatkan kena buat check up bulan depan, rupanya tadi jugak kena. Tak kesahlah kan, masa mengandung ni memang tadah badan je doktor/nurse nak buat apa, kita fikir asalkan untuk kebaikan baby. 

Disebabkan berat n result air gula normal harini, appointment kembali normal sebulan sekali. Yeay, takdalah asik masuk opis lambat je kan. Risau pulak cakap2 orang... :)



Friday, 10 January 2014

Minum air gula

Assalamualaikum.

Kerisauan untuk minum air gula berakhir jugak akhirnya walaupun result tak dapat lagi. Pada aku yang pertama kali minum air gula, takdalah teruk sangat minum air gula ni. Yelah, bila dengar cerita akak2 opis dan kengkawan tentang azabnya minum air gula jadi takut lak. Bila dah minum sendiri, alhamdulillah aku ok. Takda pening-pening lalat takda muntah2. 



Lepas minum air gula tu, ada sorang akak ni tegur aku. Adik ok ke minum air gula ni, tak pening? Akak dah pening2 dah ni. Eh, takde pulak kak. Saya ok je. Saya tak nak fikir sangat, saya anggap macam saya minum blackcurrant tertumpah gula. Hehe. 

Tapi memang betul, masa minum tu kena fikir positif, jangan fikir air tu air gula. Air gula yang aku kena minum tu perisa blackcurrant, so aku anggap je air blackcurrant terlebih gula ke atau yang bersesuaian dengannya. So takdalah tekak kita menolak kan.

So kepada yang 1st time nak minum air gula, jangan takut dan risau. Takda apa pun sebenarnya. Yang penting fikir positif. InsyaAllah senang je nak minum.



Tuesday, 7 January 2014

INFO : Merangsang Anak Bijak dan Berakhlak

Pemakanan Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Banyakkan Ibadat

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Amalan Bacaan Al-Quran

Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

Sentuhan Kasih

Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

Emosi Terkawal

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

Pengetahuan Asas

Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

Latihan Matematik

Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.


Monday, 6 January 2014

Berat oh Berat

Assalamualaikum.

Aduhaiiii, berat badan naik lagi. Pagi tadi checkup aku siap timbang 2 kali sebab tak percaya tengok berat badan sendiri. Nurse siap tanya kenapa tak percaya ke? Mana nak percaya kan, tak pernah2 berat badan aku cecah 47kg, tu yang terkejut tu. Tapi kalau aku tak pregnant aku sukalah berat aku naik macam tu, tapi aku pregnant tak bolehlah naik banyak sangatkan. Dalam masa 2 minggu berat aku naik 1.3kg. Sepatutnya naik dalam 0.3kg je. Parah2.

Dan disebabkan tu, aku kena minum air gula Jumaat ni. Baru minggu ke 21, kalau nak ikutkan kat buku pink tu, aku kena minum air gula minggu ke 28. Macam manalah rasanya ek minum air gula tu. Rasa macam ngeri pun ada bila baca pengalaman ibu2 minum air gula, tak tahulah aku macam mana nanti.

Lepas ni memang aku kena diet karbohidrat bebetol. Risau pulak takut kena kencing manis. Siap nurse cerita ada baby 8 bulan meninggal dalam perut sebab maknya dah tak boleh kawal gula dalam badan. Tau2 baby dah tak bernyawa. Seriau aku dengar macam tu.



Aku ada masa 4 hari untuk jaga makan. Harap-harap berat kembali normal dan aku dapat minum air gula dengan jayanya...