Wednesday, 24 September 2014

CPUV Nuffnang

Assalamualaikum.

Hairan bin ajaib, 3 bulan lebih tak update belog, berderet-deret iklan cpuv nuffnang masuk. Alhamdulillah, rezeki anak agaknya. Setakat ni dah 21 iklan cpuv yang masuk. Terima kasih nuffnang. Walaupun tak banyak tetap bersyukur. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan. Hehe..

Sebelum ni bila orang buat entry dapat iklan cpuv nuffnang, rasa macam jeles je. Kenapa aku tak dapat-dapat. Oh cepat-cepat sedar diri, belog picisan je kan, pengiklan nak letak iklan kat sini pun macam sedih. Hehe..

Nak tunjuk jugak walaupun sen sen je. Hehe..
Takpelah sambil2 katanya.


Masih ada 2 lagi iklan yang masih on going. Mayfair Bodyline dan RWG - Ice Age Adventure. Harapnya lamalah korang melepak kat sini ye. Hihi..



Tuesday, 23 September 2014

Hamil semula selepas ectopic@hamil luar rahim

Assalamualaikum.

Alahai rasa bersalah sangat. Berkenaan entry ectopic, aku ada komen akan kongsi apa yang aku usahakan untuk hamil semula tapi sampai sekarang aku tak tunaikan. Ramai yang komen dan PM bertanyakan perkara ni. Maaf ye kepada yang tertunggu-tunggu. Pada yang berkongsi pengalaman di ruangan komen terima kasih sangat-sangat, entry paling banyak viewer dan komen dalam belog kesayangan aku ni.

Apa yang akan aku kongsikan ni adalah apa yang aku amalkan ikut suka aku je, mana yang boleh korang ikut tu ikutlah, mana yang rasa macam tak sesuai tu abaikan la ye. 



***

Menjadi salah satu insan terpilih untuk merasai apa itu kehilangan adalah suatu perkara yang amat pahit untuk ditelan. Hanya Dia sahaja yang tahu apa hikmahnya, apa yang terbaik untuk hambaNya, apa hikmah disebalik semuanya.

Bukan mudah untuk melupakan, selagi parut masih terlihat, selagi itu masih teringat. 

Selepas dari pembedahan, aku berpantang selama 44 hari. Berpantang dari segi makanan dan juga bersama suami. Pantang macam orang bersalin juga. Kalau korang nak tahu, aku berjaga pantang ectopic ni lagi hebat dari aku berpantang bersalin tempoh hari. Masa berpantang ectopic ni hari-hari aku makan singgang. Sekali sekala ikan bakar. Ayam memang tak sentuh langsung. Sebab aku tak tahu, berpantang sendiri pulak tu yang mengikut betul. Tapi masa pantang bersalin, orang masakkan, orang hidangkan lauk ayam aku pun makan. Sebenarnya boleh aje, aku je yang tak tahu. Nasiblah badan makan lauk singgang dekat sebulan. Bila aku fikir-fikir balik, macam tak perlu pun nak berpantang ectopic lama sangat macam aku buat sebab kandungan masih kecik kan, 2 minggu pun dah ok kot. Terpulang kat korang ye.

Lupa nak share pic ni kat entry aritu.
Ketulan yang keluar beberapa hari selepas pembedahan. Macam bentuk baby kan yang bawah tu, tapi bila aku tunjuk pic ni kat doktor dia kata cuma ketulan daging je... 

Untuk baikkan luka tebukan tu, aku amalkan gel gamat Luxor. Luka ambil masa sebulan lebih jugak nak baik sepenuhnya. Period pulak datang sebulan selepas operation. Senang nak kira waktu subur balik.

Untuk hamil semula aku ada bertanya pada doktor yang merawat aku berapa lama aku kena tunggu untuk hamil semula, dia kata 3 bulan selepas operation dah boleh. Korang rujuk dulu ye pada doktor yang merawat korang, sebab dia yang tahu keadaan korang ketika tu. Sebab ada doktor yang cadangkan 6 bulan baru boleh hamil balik. Alhamdulillah, lepas lebih kurang 4 bulan aku hamil semula. Memang seriau masa nak tahu baby dalam rahim ke kat luar. Berdebar sangat masa buat scan.

Di sini aku listkan biar senang korang nak tengok apa yang aku usahakan untuk hamil semula ye.

  • lepas period datang, aku install aplikasi "My Calendar" kat android tru hp. Nak tahu tarikh sebetulnya aku subur n nak tengok kitaran haid setiap bulan. 
  • lepas luka sembuh, aku amalkan makan kapsul habatussauda Minsyam. Aku ada baca Habatussauda boleh meningkatkan kesuburan. Minum bersama susu ye sebelum tidur.
  • setiap pagi aku makan folic asid
  • suami pula amalkan pil zink.
  • sangat penting jangan stress, kadang2 kita terlalu fikir nak baby, cuba sekali jangan fikir pasal baby.
  • dekatkan diri dengan barang baby, aku tukar wallpaper pc dengan gambar baby comel2. Dekat kereta ada topi baby biras punya tertinggal, aku sengaja tak pulangkan sebab nak dekat dengan barang2 baby. Kononnya nak bagi aura. Tapi sekarang dah pulangkan balik tau. 
  • doa dan tawakal, lepas kita dah usaha selebihnya berserah padaNya. Kalau Dia kata belum masanya, kita redha. Usaha lagi sampai berjaya dan sentiasa berfikiran positif.

Sebenarnya ada 2 lagi tapi nak share kat sini macam tak berapa sesuai. Kalau nak tahu boleh PM ye.. 

Satu lagi kalau ada yang nak mencuba Habatussauda Minsyam tu boleh dapatkan kat sini ye. 



update 30/12/2015 - kengkawan emel terus ke emel sy ye, senang nak reply. Hehe..

meazrynn@gmail.com



Friday, 19 September 2014

Ruam Susu - Zaricort Cream

Assalamualaikum.

Harini nak share pada ibu2 yang mempunyai masalah baby kena ruam susu. Memang pening kan bila tengok muka anak merah2 macam tu. Sampai rasa macam eh aku ni tak pandai jaga anak ke. Sob3....

Teruk jugaklah ruam yang ada kat muka Areesh aritu, masa memula Areesh kena ruam, aku memang tak nak guna ubat/krim yang ada bahan2 kimia ni. Google2 ramai yang kata minyak kelapa dara memang ok untuk hilangkan ruam. Kebetulan minyak kelapa dara Tanamera aku ada lagi, sapulah kat muka Areesh. Memang ok, dalam seminggu dah baik. Tapi memang nak kena rajin lah. Ada masa lapang je aku tenyeh muka Areesh dengan minyak kelapa. Sampaikan kalau cium pipi Areesh dah macam bau dodol. Hehe..

Mak aku dan mak mertua aku nasihatkan lepas susukan, lap muka Areesh dengan tuala basah @ wet tissue. Aku pun buatlah tanpa rasa jemu tapi entah macam mana ruam datang balik. Risau jugak kalau eczema ke ape kan. Lama-lama kesabaran aku menipis, aku kena cari penyelesaian lain. Minyak kelapa dara ni ok, cuma lambat sikit lepastu nak kena selalu sapu. Yelah sapa tak sedih tengok muka anak merah2 macam tu kan, bawak anak pergi klinik tengok muka anak orang lain bersih2 rasa kesian sangat kat Areesh. 


Alololooo cian sangat anak ibu.

Masa berpantang kat kampung nurse ada juga bagi calomine losyen tapi tak mujarab pun kat Areesh. Doktor pulak suggest, sapu air susu ibu kat ruam tu. Buat jugak tapi mungkin amik masa sebab macam takda kesan je.

Gigih sapu minyak kelapa dara lagi, masih percaya dengan keberkesanan minyak kelapa. Sampai satu tahap aku tak boleh nak sabar dah.

Google2 jumpa 1 blog ni, lupa dah blog sapa. Dia guna satu krim ni untuk anak dia. Lepas raya aritu tanpa rela hati aku mintak Hubby belikan cream tu, namanya Zaricort cream. Nak muka anak baik cepat kan, beli la jugak.



Beli kat farmasi harga dalam belas2 camtu. Krim ni sesuai untuk baby sebab dia tak kuat sangat. Alhamdulillah, 2 hari sapu nipis2 kat muka Areesh terus nampak perubahan. 4 hari bersih dah muka Areesh. Lega sangat. Barulah nampak kecomelan dia. Hehe. Kalaulah dari awal2 dulu aku cuba krim ni mesti muka Areesh elok je kan. Takpelah semua tu pengalaman untuk ibu baru macam aku.


Areesh with En Kola. 

Pada ibu2 yang ada masalah ruam susu bolehlah cuba krim ni. Mana tahu serasi. Sekarang tak sedih dah tengok muka Areesh, nak gomol2 je dak tecit ni..hehe..



Thursday, 18 September 2014

Train Areesh minum susu guna botol

Assalamualaikum.

Sebulan sebelum aku naik kerja aritu, aku train Areesh minum susu guna botol. Nak naik kerja dah kan, memang terpaksalah. Kalau tak kang macam mana nak tinggal Areesh nanti. 

Alhamdulillah, setakat ni aku masih bagi Areesh susu badan. Niat hati nak menyusukan Areesh sehingga 2 tahun, kalau tak dapat sampai 6 bulan pun jadilah. Ibu akan berusaha selagi boleh untuk awak sayang.

Memula tu aku risau jugak macam manalah aku nak train Areesh ni, kat mana nak mula. So macam biasa google punya google jumpa jadual ni.  


Aku ikut jadual ni seminggu je sebab Areesh dah pandai minum susu perahan guna botol. Lepas2 tu aku bagi Areesh kadang-kadang je, contohnya tengahari saja @ petang sebab tak nak Areesh lupa tapi tiap2 hari lah. Lagi satu sebab nak naik kerja lama lagi, takot stok susu berkurangan. Hehe. 
Start 1/8/14, genap seminggu 8/8/14 Areesh pandai dah minum guna botol. Botol nilah barang baby pertama yang Hubby beli untuk Areesh aritu. Hihi. Nasiblah Areesh serasi dengan puting botol Avent ni, kalau tak jenuh jugak nak try macam2 puting. Try jugak botol Tommy Tippie tapi Areesh tak suka. Botol ni tak beli pun, akak ipar bagi. Tapi sekarang dua2 puting Areesh bedal. Hehe.

Baru pandai hisap botol sebok nak pegang sendiri.. 

Korang bolehlah try rujuk jadual ni. Sangat2 membantu...



Wednesday, 17 September 2014

Permata Hati Ibu Ayah

Assalamualaikum.

Throwback 4 bulan ke belakang. 

Inilah dia permata hati pengarang jantung kami, Muhammad Areesh Ilman bin Mohd Azlan. Yang Terpuji Yang Kaya Berilmu. Syukur Alhamdulillah, kurniaan terindah, pelengkap rumah tangga kami. 


Jumaat, 16/5/2014, jam 3.59 petang hari bersejarah yang tak mungkin aku dan suami akan lupakan, tarikh kami bertukar status menjadi Ibu Ayah. Memang aku berharap sangat semoga aku bersalin pada hari Jumaat, Alhamdulilah dimakbulkan. Senang nak ingat besday Areesh sebab 16/5 Hari Guru. Aku lahirkan Areesh ketika usia kandungan 39 minggu, kiranya cepat seminggu dari tarikh due. Nasiblah bersalin awal, Areesh punya berat masa lahir 3.52kg, kalau betul2 ikut due mau bertambah lagi berat Areesh. Kussss semangat nak meneran si kecik ni.




Oklah sekian edisi pengenalan buah hati kepada pembaca mea. Pengalaman bersalinkan si kecik ni aku cerita kat entry lain la ye. Semoga awak membesar dengan sihat dan kuat ye sayang, menjadi anak soleh, berjaya dunia dan akhirat. Ayah Ibu sayang awak.


Friday, 5 September 2014

Sunyi dah tak sepi lagi

Assalamualaikum.

Hai3...

Lama sangat dah aku tak jenguk belog kesayangan ni, cuti 3 bulan 3 bulan jugaklah tak bukak belog. Ada ke yang merindui entry terbaru dari aku??Kriikk3, perasaan sangat kan. Hehe..

Sepemergian aku menyepikan diri bukanlah saja-saja, eh da kenapa ayat lain macam je ni. Hehe. Excited lama tak taip cerita baru. 

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan seorang baby boy yang sangat comel. Hik3, perasaan lagi. Bak kata Hubby 'sapa lagi nak puji anak sendiri kalau bukan ibu ayah dia'. Betul jugak kan, hahaaaa....cerita panjang pasal baby kat episod lain la ye..

Oklah, sekian mukadimah entry lepas sekian lama menyepi. Banyak sangat nak share ni, tapi tak tahu nak cerita mana dulu. Jumpa next entry. Daaaaaa...



Tuesday, 6 May 2014

Pelam Harum Manis

Sebulan yang lepas kot, akak opis aku ada emel tanya ada sesiapa tak nak order pelam Harum Manis ni. Harga sekilo RM 23.00. Wow, macam mahal je. Katanya sekilo tu boleh dapat dalam 2 - 3 biji je. Gila tak, pelam 2 biji harga RM 23.00. Masuk mulut keluar jadi tut jugak kan. Heheheee. So aku pun ignore je emel tu. 

Tapi...minggu lepas tetiba aku rasa macam teringin gila kat pelam Harum Manis ni. Kan memang tengah musim dia sekarang, nak beli kat sini memang takdelah kan. Selalunya orang pos. So, aku pun teringat kat akak opis aku tu, aku tanya boleh tak nak order lagi. Sebab minggu tu dia dah nak balik kampung kat Perlis. Orang kata memang dah rezeki baby kan, memang akak opis aku tu ada spacekan order untuk aku. Memang ngam2 aku nak order 1kg dia spacekan 1kg untuk aku. Dia kata biasanya orang mengandung ni memang suka order last2 minute. Eh, yeke camtu. Heheheee...

So, semalam aku pun dah dapat pelam tu. Aku dapat 5 biji. Eh, banyak pulak kata aritu 2 - 3 biji je, sebab saiz pelam ni kecil sikit, tu yang jadi banyak. Ok jugak kan, puas sikit nak makan. Malam tadi releks2 sebelum tengok bola JDT lawan Pahang aku pun kopek pelam. Peh3, memang sedap gilooosss kate ko. Hehe.. Makan sampai pejam2 mata gitu, nikmat. Hubby pun teruja dengan keenakkan pelam Harum Manis ni. Patutlah harga dia mahal, sesuai dengan rasa dan bau dia yang mengancam. Korang patut cuba k.







Checkup 37 minggu

Assalamualaikum.

Semalam punya checkup, berat aku turun. Ah sudah. Sebelum ni naik punyalah cemerlang je kan sampai terlebih2 suda, tetiba semalam turun 800g dalam masa seminggu. Nurse sampai suruh aku timbang 2x, hihi..risau nurse tu dibuatnya. Aku cakap mungkin sebab result minggu lepas kot tu yang berat aku turun mendadak. Kan minggu lepas doc cakap baby aku besar sikit, terus aku jaga makan. Tapi takdalah aku tak makan terus cuma kurangkan sikit. Macam tu pulak resultnya. Nurse refer aku untuk jumpa doc.

Result jumpa doc pulak, Alhamdulillah doc kata takda apa. Suka aku dengan doc ni, detail betol dia scan baby aku. Doc ni India, minggu lepas doc melayu tu cek lebih kurang je. Hasil scan semua ok. Tapi berat baby naik lagi dari 2.988kg ke 3.125kg. Aik, macam mana berat baby naik berat aku boleh turun pulak ni. Doc kata normal untuk seminggu berat baby naik macam tu. Ok doc. Doc kata kalau dalam usia sekarang ni baby lebih dari 3.4kg tu memang kena risau lebih, takut susah nak melahirkan. Tapi sekarang masih dalam lingkungan selamat.

Ahhh stresssss (gaya Kang Gary), tapi pegawai opis aku cakap tak payah fikir2 sangat. Nanti kalau fikir2 memang kita akan stress. Fikir yang baik2 je, doa semoga semuanya dipermudahkan. Oh tenang sikit fikiran aku ni...


Mak Yong diusia kandungan 37 minggu. Hehe. Hubby cakap macam gergasi. Kuang asam kan.

Lepas checkup aku berlari ke Everly Hotel pulak untuk event Minggu Setiausaha kementerian aku. Nanti2 aku cerita pasal ni pulak ye..


Wednesday, 30 April 2014

2 tahun tunang menunang

Assalamualaikum.

Semalam genap 2 tahun ulang tahun pertunangan kami. Aku cakap kat Hubby, syg..arini dah 2 tahun kita tunang. Hubby jawab, ade ke orang kawin kira anniversary tunang ni. Hehe, lupa aku jawab apa kat Hubby. Tapi kira hari bersejarah kami jugak kan, mana boleh lupa. 


Kebetulan jugak semalam hari Hubby gaji, so Hubby ajak makan special sikit. Tukar selera makan western pulak. Tak jauh, kami makan di Presint 15 je, bersebelahan dengan Perodua. Aku lupa nama tempat makan ni. Bolehla makan kat situ. Tapi air raspberry yang aku pilih ni memang sodap. Lain kali boleh makan sini lagi...



Tuesday, 29 April 2014

MeeHoonSup Kasih Sayang

Assalamualaikum.

Semalam aku sesaja je balik dari pejabat buat muka masam. Hubby tengah duduk2 pasang sarung bantal dan tilam baby yang aku basuh aritu pun aku buat dek je walaupun dalam hati aku berbunga2 tengok dia pasang sarung tu. Hihi. Sebab musababnye aku buat macam tu sebab Hubby tak angkat call aku. Dekat 15 minit jugak tunggu dia kat parking, ingat nak terus ajak keluar makan. Last2 aku kena naik rumah jugak. Hmm, rupanya hp Hubby silent. Tu yang dia tak perasan.

Aku buat2lah merajuk. Dan hasil dari rajukan aku, terus Hubby masak untuk aku tanda nak mintak maaf. Hihi, lama dah Hubby tak masak untuk aku ni. Best jugak sekali sekali merajuk2 ni kan. Hehe..

Sodap..makan pulak sejuk2 lepas hujan. Peh, mantoppp..hehe..

Thanks syg masak mee hoon sup yang sedap ni. Lain kali masak lagi ye. :)


Monday, 28 April 2014

Checkup 36 minggu

Assalamualaikum.

Start minggu ni, checkup dah kena seminggu sekali dah. Excited sangat pagi tadi nak pergi checkup sebab kena jumpa doktor untuk scan baby. Tapi bila dah jumpa doktor jadi risau pulak. Lain-lain masalah takda cuma berat baby je terlebih sikit. Doc cakap biasanya 36 minggu berat baby dalam 2.7 - 2.8kg je, tapi baby aku dah 2.9kg. Doc cakap lagi kalau baby besar nanti takut tak boleh bersalin normal sebab sekarang baru 36 minggu, so baby boleh besar lagi. Risaunya lahai. Doc pesan kurangkan karbohidrat dan makanan manis. 2 minggu lagi kena scan balik untuk doc tengok berat baby lagi. Aku kena dietlah nampaknya macam ni. Takot, tak nak kena bedah2 ni..


9 bulan preggy..
Hubby makin kurus, aku makin mengembang. Hihi..
Current berat aku 56kg. Membolat dengan jayanya. Hehehee....

Dah masuk 9 bulan ni, aku dah rasa ngilu2 kat bawah, doc cakap kepala baby dah masuk laluan. Nak jalan pun dah start rasa lain. Doc ingatkan tanda-tanda bersalin supaya aku alert dengan apa-apa 'tanda' yang akan aku rasa nanti. Hai baby cepatlah keluar dari perut ibu ye, cepat keluar cepat jugaklah ibu dan ayah dapat main2 dgn baby. Tak sabar betul nak mengakhiri fasa-fasa terakhir ni.....



Thursday, 24 April 2014

Strike Freedom Gundam VS Legend Gundam

Assalamualaikum.

Saja nak tolong promote abang ipar aku nak let go dia punya set Strike Freedom Gundam VS Legend Gundam. 

" Set ni ada 2 gundam dalam satu kotak versi 'clear' maknanya macam transparent la. Maka sesuai untuk modeller atau collector, boleh letak LED dalam gundam. Barang baru dalam kotak dan plastik lagi" ---> ayat kopipes bebulat ni..

Click to view the next image.

Click to view the next image.

Harga untuk kawan2 cuma RM250 je. Korang boleh tengok iklan kat mudah ni ye..

Kalau ada apa2 pertanyaan boleh terus call, Figo 0193548084.


Tuesday, 22 April 2014

Nyum2 Hasselback Potatoes

Assalamualaikum.

Malam tadi aku membaking2 lagi, ingat nak buat hujung minggu aritu tapi dah buat roti boy tu kan kang ada yang tak termakan. Bahan dan cara amatlah simple, pejam mata pun boleh buat. Tapi kalau korang terkelar tangan sendiri jangan salahkan aku ye. Hehe.

Bahannya amatlah senang ye kengkawan ----> kentang, butter, lada hitam, garam (ni aku tak guna sebab aku guna lada hitam yang dah siap perasa) dan cheddar cheese. Kan, simple sangat.


Memula, kulit kentang dibuang dan kentang dikelar halus tapi jangan sampai putus ye.
Tapi aku terputuskan satu kentang aku, sian dia dah cacat.
Lepastu didihkan air dan celurkan kentang lebih kurang 5 minit.
Toskan kentang, sapukan butter yang telah dicairkan beserta dengan lada hitam sekali.
Time to baking2. Bakar dalam suhu 190 darjah biar sampai kentang perang2 sikit.
Rasanya dalam 30 - 40 minit jugak kot. Lepas tu sekali sekala sapukan butter lagi ye.

Last sekali, bila kentang dah masak letakkan cheddar cheese kat atas kentang. Bakar lagi sampai cheese cair.
Ok siap, sedia untuk dimakan.
Sedap sangat, Hubby bagi 4 sabun daia. Kah3, sengal kan.
Kalau aku lebihkan cheese lagi sedappp.
Layan dengan tengok Running Man. Memang asyik...

Monday, 21 April 2014

Baking2 Mexican Bun ala2 roti boy

Assalamualaikum.

Aritu jalan2 kat Myresepi terjumpa satu resepi roti ala2 roti boy tu, namanya Mexican Bun. Nak kata aku minat sangat kat roti boy tu takdelah, tapi tengok cara-cara dia tak susah mana terus rasa nak buat. Bahan dia pun takdelah guna bahan pelik-pelik dan senang nak cari, so sabtu malam aku mulakan projek menguli. Ahad pagi baru bakar rotinya. Kebetulan, anak buah aku, Idah pun ada kat rumah bolehlah buat makan2.


Doh yang dah siap diuli. 
Topping dah siap kasi pusing2. Tunggu bagi doh naik lagi sikit lepastu baru bakar.
Teruja tengok dia naik gebu macam ni. Sekejab je bakar bun ni pun aduiiii.
Dalam 15 minit macam tu. Lepastu bolehlah dingap.
Taraaaa, mexican bun siap..
Maaflah ye rupa tak berapa cantik tapi rasanya boleh tahan sedap.
Tinggal seketul je kat rumah tu.

Korang yang nak cuba bolehlah usha2 page myresepi ek takpun kalau nak lagi senang beli je kat Roti Boy..hehe..


Friday, 18 April 2014

Blogger Giveaway by Tasbih Cintaku

Assalamualaikum.



Petang-petang yang macam nak hujan ni, rasa tertarik nak join giveway dari blogger Cik Mah. Ni merupakan giveaway kedua yang aku sertai sepanjang aku berblogging. Serius memang tak pandai tapi setakat nak memeriahkan giveaway cik mah bolehlah ye. Hihi.

Cik Mah ni kalau tengok dari blog beliau, memang sangat rajin. Rajin berDIY. Dulu masa aku nak kawin pun berangan lah jugak nak berdiy segala, tapi bila dah kesuntukan masa, habuk pun tarak. Heheee..Bukan senang tau nak berDIY ni, perlukan kerajinan dan azam yang tinggi. Bila dah berDIY, hasil pun cantik dan meletop, boleh buat pendapatan sampingan lagi.

Berbalik pada Giveaway dari Tasbih Cintaku ni, hadiah yang ditawarkan juga menarik. Kalaulah ada rezeki bolehlah buat cenderahati masa majlis aqiqah baby aku nanti. Berangan nye lah. Hihiii...

Tasbih Cintaku banyak menawarkan produk-produk kepada bakal-bakal pengantin seperti bunga tangan, paper craft, dan semestinya tasbih yang cantik lagi berwarna-warni.


See....cantik kan.
Memang sesuai sangat untuk majlis perkahwinan/ aqiqah/ cukur jambul.
Gambar: selamat tgh hari..bunga tgn roses untuk Momo Chan...gabungan warna2 pastel...special price till end of june...boleh pm kami atau terus email rahmah2287@yahoo.com...
Kalaulah aku bakal B2B, memang dah lama tempah dengan Cik Mah. Cantik sangat.
Tapi sekarang aku M2B. Hehe...
Kertas Kraft ni pulak untuk yang rajin berdiy kad jemputan kahwin ataupun apa-apa event.
Selain tu, Cik Mah pun ambil tempahan untuk beading manik tau.

Sebenarnya, banyak lagi yang disediakan oleh Tasbih Cintaku. Kalau korang berminat boleh je pergi ke blog Cik Mah atau pun terus ke fb Tasbih Cintaku.

Nak join giveaway pun lagi bagus. Lagi ramai lagi meriah kan. Klik sini ataupun banner kat atas ye...



Makan makan

Assalamualaikum.

Nak share stok gambar makanan dalam hp la yeee...

Ingat tak aku ada buat entry ngidam nak makan keropok leko tok beng. Ni lah dia. Hehe.
Beberapa hari pencarian di internet, akhirnya jumpa. Dan nasib orang tu dok kat Putrajaya jugak.
So aku COD je. Sodap. Ada lagi sebungkus dalam peti tu. Buat stok. Hehe..
Karipap kentang kegemaran Hubby.
Tetiba terajin nak buat karipap ni. Hubby tak sabar nak makan siap terus goreng. Yang lebihnya aku frozenkan.
Seminggu jugak Hubby sarapan karipap hari-hari. Hehe.
Ni aku bagi nama dia Nyummy Gummy Brownies.
Bahan semua memang ada kat rumah. Apa lagi, terus buat.
Aku memang nak buat untuk Mak dan family Abang Nuar aku yang datang nak jenguk abang ipar aku yang sakit.
Adalah desert2 sikit nak makan kan.
Ha yang ni baru malam tadi Hubby masak. Nak makan lamb chop katanya.
Beli yang dah siap marinate kat Eonbig tu..sedap.



Wednesday, 16 April 2014

Set tilam baby

Assalamualaikum.

Akhirnya jumpa jugak set tilam kekabu baby yang comel lagi cute. Masa awal2 preggy dulu, aku ada berkenan dengan satu design set tilam baby kat fb, tapi aku tengok sekali lalu je. Bila dah nak akhir2 ni baru kelam kabut nak cari balik. Tak jumpa pulak. Pasrah. Tapi orang kata kalau dah jodoh tak ke mana kan..hehe, semalam godek2 fb terjumpa balik design yang aku suka tu. 

Memula aku berangan nak jahit sarung tilam dan bantal sendiri just beli set tilam kekabu tanpa sarung, diy la kononnye kan..tapi bila fikir-fikir balik tak jadi pulak. Harga pun menepati budget aku. Tanya Hubby dia pun setuju, so pagi tadi selesai transfer duit. Harap-harap sampai nanti comellah macam dalam gambar. 


Comel kan.... 

Aku beli kat sini. Diorang ada sediakan 2 jenis kekabu. Kekabu asli dan import. Yang asli tu surelah yang original kan, hehe. Yang import tu pulak ada campuran. Tapi yang asli ni mahal sikitlah. Harga jugak berbeza ikut jenis kain cotton yang digunakan. Banyak2 tempat aku survey kat sinilah yang paling murah. Ke aku tak jumpa yang lain tak tahulah. Hehe. Aku pilih yang asli sebab benda nak pakai lama, boleh guna untuk adik2 baby yang seterusnya. Ye tak. Hehe....


Tuesday, 15 April 2014

Basuh baju baby

Assalamualaikum.

Lega rasanya kelengkapan aku dan baby dah 98% siap. Baju baby pun dah siap basuh. Nak basuh baju baby pun siap google tau, hehe..kata 1st time kan..


Ni antara tips yang aku jumpa kat google tentang cara2 basuh baju baby..

  • Untuk napkin dan tuala, perlu dibasuh tanpa any cleanser ok. Then perlu dibasuh sebanyak 2-3 kali supaya kain serap air dan peluh.
  • Basuh pakaian menggunakan special cleanser sebab takut kulit baby sensitive when we using the normal cleanser. Sebab kalau macam dinamo, breeze tu takut tak sesuai dengan kulit baby yang sensetif.
  • Basuh without pelembut tau macam downy, soflan or any pelembut sebab dia boleh mengelakkan kain menyerap air.
  • Jemur di bawah panas mentari kalau boleh, untuk membunuh kuman-kuman.


So gigihlah hari Ahad lepas aku dan Hubby bergotong-royong basuh baju baby. Excited sangat. Kami basuh guna tangan je, takot baju baby rosak.


Sesi mengasingkan baju putih dan berwarna, takot ada baju yang menurun warna.
Agak-agak kalau tengok warna baju ni korang tahu kot anak ibu ni boboy ke gigirl. Kan. Hehe..
Pureen ABD, ramai bagi review sabun basuh baju baby ni ok.
Aku pun try. Sedap bau dia.
Sesi merendam baju baby. Aku guna air suam.
Sekejab lagi mereka semua nak kena sental-sental manja.
Ha tu dia. Hubby tengah menyental.
Hik3, walaupun takde gambar aku dalam ni, tapi name aku ade. Hehe..


Sidai dalam rumah je ni, cuaca sekarang ni tak menentu kan..
Akhir sekali, Hubby gigih meng'iron' baju baby...
Baby pun nak smart macam ayah jugak.
Hehehee....

Selesai basuh baju baby semua tinggal masuk dalam beg je. Wat??? Ye, aku belum standby beg dalam kereta lagi..malam ni aku buat ek.. ^_^