Hujung minggu aku dilanda penyakit aneh. Tak tahu nak cakap sakit apa, sendi-sendi tangan dan kaki ni rasa sengal aje, badan pulak rasa macam nak demam. Telan panadol nasib ok, cuma tu lah, sengal-sengal badan masih tak hilang dari hari Jumaat sampai ke harini. Nak bangun pagi memang rasa sakit, tapi bila lepas dah gerak-gerak badan kurang dah sakitnya.
Hari Sabtu, memang paling teruk sengal-sengal kat badan, tangan dan kaki. Aku berbaring je tengok tv, kadang-kadang merengek-rengek mintak Hubby urutkan. Dah terlantar, Hubby la yang buat kerja rumah. Dari kemas dapur, vacuum rumah, masak semua dia buat.
Hari Ahad aku dah janji dengan opismate nak pergi 1 Million Women Purple Walk. Tak sedap pulak kan tak pergi, nak cakap alasan ape, demam, sakit badan, hmmm takpe lah aku kuatkan badan. Nasib dah kurang sikit bangun pagi tu. Nama event tu pun kan 'walk' so takda lah rasa sakit sangat kaki aku tu jalan-jalan sambil borak-borak, tapi berpeluh jugak la.
Muka orang sakit yang macam tak sakit. Hehe |
Balik rumah masak pulak. Sempat jugaklah aku buat donut sira sambal. Teringin nak makan, tapi aku malas nak buat donut tu, beli yang frozen punya tinggal sira je. Hehe. Hubby makan sampai menjilat jari.
Harapnya cepatlah sengal-sengal badan aku ni baik. Nak genggam tangan pun terasa sakitnya ni. Kalau tak baik-baik nanti kena jugaklah aku pergi klinik. -_-"
No comments:
Post a Comment