Tuesday, 26 February 2013

HoneymOOn_Cameron Highland, Day 1

Assalamualaikum.

Oh terasa lagi kesejukan di Tanah Tinggi Cameron.

Kita stop dulu entry gambar kawin, aku nak cerita pasal honeymoon pulak..hehe.

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan kembali dari berhoney moon di Cameron Highland. Memang sangat releks dan enjoy. Cameron Highland memang sangat sesuai untuk menikmati saat-saat romantis bersama pasangan. Kebetulan pulak, pengunjung di sana tak berapa ramai. So takda lah kami nak bersesak-sesak.

Hubby memilih untuk melalui jalan Tapah berbanding Simpang Pulai. Sebelum ni Hubby pernah pergi tapi melalui jalan Simpang Pulai, katanya jem yang teramat sangat. Akak opis aku pulak nasihatkan untuk lalu Simpang Pulai sebab kondisi jalan yang lebih selamat tapi jaraknya lebih jauh. Hubby tawakal untuk melalui jalan Tapah. Memang agak maut jugaklah selekoh-selekoh di Tapah ni, memang kena lebih berhati-hati. Masa kami lalu jalan ni memang tak banyak kenderaan. So lengang saja.


Tapi semasa melalui jalan sebelum ke Tapah berdepan dengan kem askar kot, kami melihat di setiap ada seorang polis yang mengawasi simpang. Hairan bin ajaib jugak kami dibuatnya. Aku siap puji, bagusnya polis-polis kat Perak ni menjaga keamanan negara dengan begitu dedikasi sekali. Hehe.

Rupa-rupanya  ada Le Tour De Langkawi daaa. Patutlah ada polis jaga. Kami perasan pun bila dah separuh jalan mendaki jalan Tapah sebab ternampak signboard diorang. Patutlah orang orang asli kat sana semua lepak tepi jalan je. Ingat nak jadi usherer kedatangan kami. Keh3.

Sampai di Tanah Rata, kami tidak dibenarkan untuk naik ke Brinchang sebab Le Tour De Langkawi jugak. Jalan ditutup untuk sementara. Plan asal sampai saja di Cameron nak terus naik ke Brinchang, tapi terpaksa la diubah. Memandangkan kami sampai dalam pukul 11 lebih, nak check in hotel pun awal lagi, so kami pun decide ke MARDI dulu. Memang heaven la kan sebab tak ramai orang. Sempatlah makan stawberry coklat kat sini.

Lepas dah puas pusing-pusing MARDI, kami terus check in hotel di Century Pines Resort sebagai tempat penginapan. Memang sangat puas hati dengan keadaan bilik dan katil yang besar. Puas nak golek-golek atas katil. Hehe. Walaupun tiada aircond, dia punya sejuk lebih dari guna aircond. Nak pijak lantai pun masyaAllah, menggigil. 

Lepas check in semua, kami keluar semula untuk ke Brinchang. Singgah di  Bharat Tea pulak. Pekena Teh Tarik sambil melihat kehijauan kebun teh saujana mata memandang. Memang ohsem. Lepas tu apa lagi terus turun ke bawah sesi posing sakan. Hehe, tak lah sakan mana pun. Kat sini pun tak ramai orang sangat.

Dah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Brinchang. Kami ke Brinchang ni sebab apa lagi kan, nak ke pasar malam la. Hehe. Memang terus nak beli apa yang dah di pesan orang kawan-kawan. Kalau nak beli esok memang tak sempat lah. Tapi pasar malam masih dalam proses nak buka. So kami isi dulu perut yang dah berkeroncong ni.

Rasa ok jugak amik hotel di Tanah Rata, sebab tak payah nak bersesak-sesak dengan kenderaan yang banyak di pekan Brinchang ni. Nak cari parking confirm la susah. Lagipun tak jauh mana pun Tanah Rata dan Brinchang ni, tak sampai 10km kalau tak silap. Lepas habis shopping di Pasar Malam, kami terus pulang ke hotel merehatkan badan sepanjang hari berjalan kan. Malam pun tak ke mana-mana.

Gambar tak combine lagi dengan Hubby. Layan dulu beberapa gambar yang ada kat hp ek. Next akan upload lagi. :)


Saujana mata memandang..
Pemandangan di Bharat Tea..sangat cantik..
Hubby disebalik dedaunan teh..


Ececeh, giliran i pulak posing. Hehe
Me and You


Nyum..nyum...
Try test strawberi MARDI
Stawberi MARDI jugak. 
Penat setting hp atas pokok2 teh ni..
last2 kitorang pandang lain.
Cisdel sangat.

Ok jumpa di entry Part 2 ye. :)


No comments: