Thursday, 28 February 2013

HoneymOOn_Cameron Highland, Day 2

Assalamualaikum.

Ok kita sambung lagi entry Cameron ye.

Keesokan harinya, sebelum memulakan sesi melawat ladang-ladang yang ada di Brinchang kami bersarapan di cafe resort. Memang kami amik pakej siap dengan sarapan, senangkan. Perut dah kenyang terus kami check out takut terlewat turun dari Brinchang. Almaklumlah check out kan pukul 12.00, buatnya kami terbabas kat Brinchang tak pasal2 kena bayar extra.

Breakfast kat sini bolehlaa.
Kami turun lambat sikit, so banyak  makanan yang dah nak abis.  Amik apa yang ada je la.
Segar2 betul sayur kat sini.
OTW ke Brinchang.
Saya nampak gemuk. Hehe.
Destinasi pertama untuk hari kedua ni kami ke Healthy Farm berdekatan dengan Rumah Peranginan Persekutuan. Kat sini, kami layan aiskrim+strawberi. Tapi kat ladang ni tak sejuk sangat pun.






Gambar Hubby je banyak. Yelah sebab gambar aku sume kat iPad dia.  Belum sempat transfer lagi.

Lepas ke Healthy Farm, kami terus naik ke S Corner. Memang betul-betul S bukit dia tu. Aku cakap kat Hubby orang kata kita wajib singgah Kea Farm, Hubby tanya kat mana. Sekali rupa-rupanyanya Kea Farm tu kat S Corner la. Hehe. Strawberi kat sini memang terbaik. So kalau korang nak borong strawberi kat Cameron ni, aku cadangkan korang beli kat sini. Harga mana-mana pun lebih kurang, tapi strawberi kat sini besar-besar, warnanya sangat merah dan walaupun dah bawak turun still manis lagi. Sayang aku beli sikit je kat sini. 







1st time akak2 opis aku tengok strawberi ni diorang cakap macam strawberi plastik. Hehe.
 Dah selesai pusing sini, kami turun ke Big Strawberry Farm. Memang besar betul ladang strawberi kat sini. Tapi stawberi kat sini aku kurang berkenan. Ntah aku tak explore sangat kat sini. Cuma layan aiskrim malaysia tu je. Dah la sejuk, makan lagi aiskrim tu, tak abis pun aku makan. Hehe.



Macam nak petik je anggur2 ni, tapi tak sampai pulak + ada cc tv. Hehe.


Kitorang parking betul2 kat curam ni. Hoho. Seram.
Masa nak parking ni ada satu MPV macam tak berapa nak lepas daki bukit ni.  Nasib lepas.
Kami gerak keluar dari Big Farm Strawberry ni dalam kol 12 lebih kot. Terus plan nak ke Bee Farm nak cari madu sebab mak kirim. Dan 1 tempat lagi aku tak pergi, Boh Tea Plantation. Aku nak sangat pergi sini. 

So kami meneruskan perjalanan ke Boh Tea Plantation. Pada aku pemandangan kat sini lagi cantik dari di Bharat Tea di Brincang dan sangat sejuk. Tapi jalan nak ke sini sangat kecik dan selekoh2 yang bahaya. Setiap selekoh korang kena bunyikan hon ye. Aku sebenarnya nak ke Boh Tea Plantation yang ada rumah kaca tu, rupanya ladang yang tu dekat Brinchang, yang aku pergi ni dekat2 dengan Bee Farm. Boh Tea Plantation ni rupanya ada 2 tempat. Tapi takpa pemandangan kat sini pun dah cukup cantik. Aku sangat puas hati.






Kami naik anak tangga ni separuh je.
Hubby takot aku tak larat.
Katanya pemandangan kat atas tu lagi cantik.
Dah puas aku sedut bau teh dan udara segar kat Boh Tea Plantation ni, kami pun turun semula singgah di Bee Farm. Hmm, sedih. Takda pape pun kat sini. Ingat nak beli madu sekali tak banyak pilihan. Menyesal tak beli kat Pasar Malam Brinchang.

Rasanya dah puas berjalan di Cameron kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang. 

Kami sangat puas hati dengan percutian kami.

Sekarang ni semangat nak bercuti berkobar-kobar lagi. Sekali dah bercuti rasa nak bercuti lagi lagi dan lagi. Hehe.

Ok dah. Sekian cerita 2 hari pengembaran kami di bumi Cameron Highland. In syaa Allah, lain kali kami ke sana lagi. 


Tuesday, 26 February 2013

HoneymOOn_Cameron Highland, Day 1

Assalamualaikum.

Oh terasa lagi kesejukan di Tanah Tinggi Cameron.

Kita stop dulu entry gambar kawin, aku nak cerita pasal honeymoon pulak..hehe.

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan kembali dari berhoney moon di Cameron Highland. Memang sangat releks dan enjoy. Cameron Highland memang sangat sesuai untuk menikmati saat-saat romantis bersama pasangan. Kebetulan pulak, pengunjung di sana tak berapa ramai. So takda lah kami nak bersesak-sesak.

Hubby memilih untuk melalui jalan Tapah berbanding Simpang Pulai. Sebelum ni Hubby pernah pergi tapi melalui jalan Simpang Pulai, katanya jem yang teramat sangat. Akak opis aku pulak nasihatkan untuk lalu Simpang Pulai sebab kondisi jalan yang lebih selamat tapi jaraknya lebih jauh. Hubby tawakal untuk melalui jalan Tapah. Memang agak maut jugaklah selekoh-selekoh di Tapah ni, memang kena lebih berhati-hati. Masa kami lalu jalan ni memang tak banyak kenderaan. So lengang saja.


Tapi semasa melalui jalan sebelum ke Tapah berdepan dengan kem askar kot, kami melihat di setiap ada seorang polis yang mengawasi simpang. Hairan bin ajaib jugak kami dibuatnya. Aku siap puji, bagusnya polis-polis kat Perak ni menjaga keamanan negara dengan begitu dedikasi sekali. Hehe.

Rupa-rupanya  ada Le Tour De Langkawi daaa. Patutlah ada polis jaga. Kami perasan pun bila dah separuh jalan mendaki jalan Tapah sebab ternampak signboard diorang. Patutlah orang orang asli kat sana semua lepak tepi jalan je. Ingat nak jadi usherer kedatangan kami. Keh3.

Sampai di Tanah Rata, kami tidak dibenarkan untuk naik ke Brinchang sebab Le Tour De Langkawi jugak. Jalan ditutup untuk sementara. Plan asal sampai saja di Cameron nak terus naik ke Brinchang, tapi terpaksa la diubah. Memandangkan kami sampai dalam pukul 11 lebih, nak check in hotel pun awal lagi, so kami pun decide ke MARDI dulu. Memang heaven la kan sebab tak ramai orang. Sempatlah makan stawberry coklat kat sini.

Lepas dah puas pusing-pusing MARDI, kami terus check in hotel di Century Pines Resort sebagai tempat penginapan. Memang sangat puas hati dengan keadaan bilik dan katil yang besar. Puas nak golek-golek atas katil. Hehe. Walaupun tiada aircond, dia punya sejuk lebih dari guna aircond. Nak pijak lantai pun masyaAllah, menggigil. 

Lepas check in semua, kami keluar semula untuk ke Brinchang. Singgah di  Bharat Tea pulak. Pekena Teh Tarik sambil melihat kehijauan kebun teh saujana mata memandang. Memang ohsem. Lepas tu apa lagi terus turun ke bawah sesi posing sakan. Hehe, tak lah sakan mana pun. Kat sini pun tak ramai orang sangat.

Dah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Brinchang. Kami ke Brinchang ni sebab apa lagi kan, nak ke pasar malam la. Hehe. Memang terus nak beli apa yang dah di pesan orang kawan-kawan. Kalau nak beli esok memang tak sempat lah. Tapi pasar malam masih dalam proses nak buka. So kami isi dulu perut yang dah berkeroncong ni.

Rasa ok jugak amik hotel di Tanah Rata, sebab tak payah nak bersesak-sesak dengan kenderaan yang banyak di pekan Brinchang ni. Nak cari parking confirm la susah. Lagipun tak jauh mana pun Tanah Rata dan Brinchang ni, tak sampai 10km kalau tak silap. Lepas habis shopping di Pasar Malam, kami terus pulang ke hotel merehatkan badan sepanjang hari berjalan kan. Malam pun tak ke mana-mana.

Gambar tak combine lagi dengan Hubby. Layan dulu beberapa gambar yang ada kat hp ek. Next akan upload lagi. :)


Saujana mata memandang..
Pemandangan di Bharat Tea..sangat cantik..
Hubby disebalik dedaunan teh..


Ececeh, giliran i pulak posing. Hehe
Me and You


Nyum..nyum...
Try test strawberi MARDI
Stawberi MARDI jugak. 
Penat setting hp atas pokok2 teh ni..
last2 kitorang pandang lain.
Cisdel sangat.

Ok jumpa di entry Part 2 ye. :)


Friday, 22 February 2013

GAMBAR : Majlis Persandingan Part 1

Assalamualaikum.

Lebih kurang sebulan bernikah, 23/12/2012 tibalah masanya kami menjadi Raja Sehari. Kenapa sehari, sebab singgahsana beribu2 tu kami boleh naik sehari je, tu pun tak sampai sehari. Sedih! Dah, jom layan gambar-gambar yang diambil oleh OP kami.

Lokasi bersejarah.
Dewan Orang Ramai, Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor.
Banting DIY.
Goodies untuk VIP dan  Anak Kecil. Design Cawan pun DIY jugak. 
Goodies untuk tetamu  > DIY paper bag. Cute kan.

Mom + Aling + Anuar's Family. ♥ them so much.

Sanak saudara.
Sanak saudara lagi.
Lagi-lagi sanak saudara. Hehe.
Orang kuat di sebalik tabir 1.
Orang kuat di sebalik tabir 2.
Suami sebelum berarak.
Posing dulu. Ensemnye suami saya. Hehe.
Kompang dipalu...pengantin baru. Ahaks..
Cewah suami saya.
Melihat persembahan zapin dan tarian sumazau.


Anak buah saya excited nak persembahkan tarian ni di majlis persandingan saya.
Sangat terharu. Sob sob.
Selesai tari menari, kita tol2 pulak ek.
Semangat sedara semua nak duit tol ye.
Tol pengantin pulak.
Yeay, mak andam bagi pass suami jalan.  

♥ u till jannah.
In Syaa Allah.

Gambar-gambar sekitar dalam dewan akan diupload dalam Part 2 ye. Banyak sangat dah ni.. (^_^) ..