Harini aku nak post pasal makanan je. Hehe.
Aku nak share dengan korang satu tempat terbaik untuk mencuba asam pedas ikan air tawar di Johor. Selalu kita dengar asam pedas Melaka je kan, kali ni asam pedas Kluang pulak. Lokasinya tidak jauh dari tol Air Hitam. Kalau nak menghala ke bandar Kluang dia sebelah kiri jalan. Nampak signboard Program Khidmat Negara Kem Sembrong masuk ye. Kitorang repeat makan kat sini 3 kali berturut-turut. Gila tak. Hehe.
2 minggu lepas, balik rumah mertua. FIL ajak makan kat sini. Peh sekali cuba, memang terangkat. Orang-orang yang makan sini makan tak pandang kiri kanan. Kuah siap hirup lagi. Ikan air tawar terbaik kat sini ialah ikan baung. Tapi masa kitorang sampai baung habis. Esoknya nak balik Putrajaya FIL ajak singgah makan sini lagi. Nak pekena baung, sekali habis jugak. Hohoho, memang bukan rezeki kitorang. Makan jelah ikan apa yang ada. Setiap kali makan mesti tapau. Hehe.
Ahad lepas pun kitorang balik rumah mertua lagi nak edar kad jemputan kat kampung Hubby untuk majlis bertandang nanti. Singgah lagi makan asam pedas kat sini. Nasib la ada baung, tu pun tinggal kepala. Ok lah kan, janji tak kempunan. Heheheeee.
Kat sini lauk dia asam pedas dan lemak sahaja. Sayur biasanya kacang panjang goreng dan ulam-ulaman saja.
Jom layan gambar jom.
Nampak kan signboard PLKN ni, masuk simpang lepas tu belok kanan. Kedai tu sederet dengan kedai yang ada signboard biru tu. Terlindung signboard PLKN ni. Kedai makan ni macam warung-warung je. |
Selera Best Istana Masakan Ikan Air Tawar |
Ha tu dia, kepala ikan baung. Kitorang makan sorang 1 pinggan lauk asam pedas ni. Penuh meja. Hehe... |
Fuh, meleleh..... |
FIL dan MIL. Licin pinggan. |
Hohoho..tengok pinggan kitorang..licin kan. Tinggal tulang je. |
Waktu Operasi : 6.00am - 5.00pm
Jumaat tutup ye.
Selamat mencubaaa!!!
No comments:
Post a Comment