Monday, 27 August 2012

Persiapan Kahwin 1 : Kursus Pra Perkahwinan (DONE)

Assalamualaikum.

Ok harini aku dah bersiaran dari pejabat. Hehe, dah naik kerja lepas seminggu bercuti raya. 

Harini aku dah memulakan langkah pertama untuk persiapan pernikahan aku. Semangat kan. Hehe. Bukan apa aku hanya ada 2 bulan je untuk uruskan semuanya. Tarikh pernikahan aku sudah ditetapkan, Jumaat 9 11 12. Persandingan pulak mungkin Krismas nanti. Tak sangka boleh jadi secepat ni. Sebenarnya perancangan kami bulan 2 tahun depan. Dup dap dup dap. Eh kalo aku amik date 10 11 12 cantik jugak ek. Baru aku perasan. Tu tak penting yang lagi penting keberkatan hari Jumaat. Sebab Mak Alan memang berniat nak kami bernikah hari Jumaat. 

So pagi-pagi tadi aku dah search tempat untuk kursus kahwin area Putrajaya. Jumpa AlShahir ni. Call Encik Rizal untuk urusan booking tarikh. Ni benda wajib ok sebelum uruskan borang nikah semuanya. Aku booked 8 - 9 September ni. Dia minta aku sms Nama dan Tarikh nak booking. Nanti datang just bawa salinan I/C dan yuran RM80.00. Biasanya kan ada yang pergi sendiri atau dengan kawan-kawan, tapi aku memang pilih untuk pergi bersama tunang aku. Nasib la Alan duduk area sini je, kalau tak payah jugak nak dapat pergi saing-saing kan.

Setakat ni, ni aje yang aku dah uruskan. Baru 1. Ada banyak lagi yang aku nak uruskan untuk nikah ni. 

Borang nikah - settle tempat Alan dulu.
HIV Test 
Interview kahwin
Batal air sembahyang - pening nak pilih rantai leher/tangan
Mak Andam - pening jgk
Photographer - pening jgk
Goodies Bag - tak pk lagi
Juadah makan/minum - mak uruskan, hee

Yang penting untuk majlis nikah ni, aku taknak bazirkan untuk benda-benda yang tak penting.



Sedikit info untuk pasangan negeri Johor..klik sini. :)







No comments: