Tuesday, 10 July 2012

SUNBLOCK SUNPLAY SPF 130

Assalamualaikum.

Tinggal berapa hari lagi aku akan menyeberangi Laut China Selatan. Ngeh3. Mau ke Kota Kinabalu bah. Plan tahun lepas punya bersama member opis, Kak Akma, Kak Ct dan Cik Shareen. Kitorang beli tiket masa time murah, dapat tiket RM 0.10. Campur-campur airport tax sume dalam RM 50.00++ pergi balik.

Kak Ct, selaku ketua rombongan cik kiah ke sana, dah booking tempat penginapan untuk kitorang. Duduk kat apartment je. Lagi jimat kan. Kitorang dah rancang jugak tempat mana nak pergi, aktiviti apa nak buat. Salah satunya snookelling la kan. Rugi katenye dah sampai sana tak jejak pulau. Hehe

So, kalau nak snookelling ni kena la standby Sunblock untuk melindungi kulit dari terkena sinaran matahari yang boleh membahayakan kulit. Cewah. Lagi satu untuk mengelakan dari kulit aku dari rentung terbakar. Ye dok. Cari punya cari terjumpa satu sunblock jenama SUNPLAY. Dia punya SPF 130 gitu. Hebat tak hebat kan. Tengok harga dalam RM 40.00 gitu. Baca review orang yang guna pun kata sangat bagus. Tak kesah la mahal sikit asalkan berkesan.



Ok, balik kerja ni nak cari kat Watson or Guardian Alamanda. Harap-harap adalah kan.


Update, 17/7/2012 - sunblock ni memang bagus.  Balik dari snookelling kat KK tak sunburn pon. Harga kat watson RM 28.00 camtu..Lupe lak. Hehe..Nak bagi pemuda cikit, asik petua jek kan..hehe. Apply sunblock ni sekurang-kurangnya 20 minit sebelum masuk air tau, bukan masa nak masuk baru apply. Biar dia sebati  dengan kulit, baru dia akan bertindak dengan lebih berkesan. :)




1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum.adakah ia halal ya