Tuesday, 31 July 2012

INFO : Makanan Yang Dilarang Bagi Pengantin Baru Wanita


Assalamualaikum.

Saja share kat sini untuk rujukan aku nanti. ;)

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4)  jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S

susu
cuka
epal hijau
ketumbar




Sumber : Anis Fauzana






Monday, 30 July 2012

Anniversary 3 BULAN

Alamak...

Terlupa semalam AZRYNN (azlan n sazrina) dah 3 bulan bergelar tunangan. Uhuk3. Yang lagi bestnya, aku serve Puding Karamel yang terbaik tu untuk Alan. Hahahhahaaaa...memang takley lupa lah. Harap-harap Alan kenang sampai bila-bila ye. Keh3.

Happy 3th Month Anniversary Dear. ♥ u like a ♥ song. Heheeeee...



Kami sama tembam.. :)

Mea

Azlan & Ryn = AZRYNN




Puding Karamel Ku punya cerita

Alhamdulillah, hari ni dah 10 Ramadhan, sekejab je masa berlalu kan.


Hari Sabtu haritu, buat kali pertama dalam bulan Ramadhan ni aku tak bangun sahur. Bukan sengaja, tapi memang aku tak sedar langsung. Padahal dah set alarm, tak tahu lah aku tido mati agaknya. Sedar-sedar dah pukul 7.30 pg. Haha, subuh gajah terus. Ngeh3.


Tapi yang aku pelik tu, aku bangun dengan badan yang segar-bugar. Tak letih langsung. Pagi tu aku kemas rumah, bersihkan dapur segala. Tengahari pulak, datang rajin aku nak buat kerepek sira pedas. Aku tak sure nama saintifik die, tapi aku panggil die Kerepek Cik Robiah bersempena dengan nama jiran aku yang jual kerepek ni . Hehe. Senang aje buat dia. Just uli tepung macam nak buat epok-epok @ karipap. Kita uli dia bulat2 dan nipiskan. Pastikan uli guna minyak panas dulu untuk mendapat kerangupan yang nyata. Keh3. Lepas tu potong panjang-panjang. Dah siap goreng pastu sira dengan sambal. 


Mood memasak aku berkobar-kobar lagi. Orang masak buka pukul 5, aku pukul 4 dah kelentang kelentung kat dapur. Keh3. Mesti jiran-jiran ingat aku tak pose kan, asyik bising je dapur aku. Aku masak Ayam Masak Merah dengan Sup Telur. Tapi Alan cakap tu bukan ayam masak merah, tapi ayam masak sambal. Oh yeke. Hehe. Tak kesah la, janji namanya ayam. Kih3. 


Kami berbuka di Laman Perdana, dekat2 dengan Masjid Putrajaya. Alan puji masakan aku. Hehe. Sedap sangat katanya. Ayam masak sambal tu dia kata rasanya sama macam lauk masa aku tunang haritu. Wah, mau tak kembang kan. Dah taraf2 mak aku n makcik2 jiran aku masak ni. Hehe.


Ahad pulak, mood masak masih tak turun lagi. Tiba-tiba teringin nak buat puding karamel untuk dessert berbuka. Haritu tengok kat blog kak Ana dia ada buat puding ni. Tapi yang cantiknya aku lupa nak salin resepi. Masa tengok tu, tak teringin pulak nak buat kan. Lepas tu, aku main ingat2 je. Yang aku ingat bahan2 die telur, susu, gula, air, esen vanila. Cantik dah kan resepi tu. Masalahnya sukatan dia. Haha. Susu pulak susu cair ke susu segar kan. Matila. Hik3.


Takpe, aku kamikaze jek. Macam nak perang lak kan. Dengan stepnye terlupe aku main hantam saja labu. 


Resepi puding gula hangus versi Mea. Haha.


2 biji telur diambil kuningnye saja (sape yang ajo pun aku tak tahu)
Susu cair ( setengah mug) 


Gula 3 sudu
Air (setengah cawan)


Cara-caranya,
- kacau telur kuning tadi dan masukkan susu cair. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
- kemudian masukkan gula dan air dalam periuk untuk membuat gula hangus. 
- Sementara tu panaskan kuali  berisi air (untuk orang yang takde pengukus) hik3.
- Bila gula bertukar perang, mati kan api dan masukkan ke dalam bekas.
- Masukkan bancuhan telur tadi.
- Bolehlah dikukus di dalam kuali yang telah dialaskan dengan tutup periuk dan tutupkan.
- Biarkan selama 20 minit. 
- Dan siap simpan dalam freeze sementara tunggu berbuka.


Sampai sekarang ni aku nak tergelak lagi bila aku bandingkan resepi aku dengan Kak Ana. Aduhaiiii lawak sungguh rasanya. Kih3.


Lepas tu, Alan request nak makan Mee Hoon Sup Versi Johor punya. Kat Putrajaya ni banyak versi utara. Aku pun masak la dengan penuh kasih sayang. Hee


Tibalah masa untuk berbuka, macam biasa Alan makan dengan penuh berselera sekali. Senang ati aku tengok dia makan berselera macam tu. Lepas tu aku bagi dia rasa puding karamel aku tu. Mula-mula aku rasa dulu. Bismillah. Sampai je kat lidah aku, awat pelik sangat rasa dia ni. Hahahahhhaaaaa..Turn Alan pulak, masuk aje mulut dia. Pelik nye rasa dia, manis sangat pulak tu. Tapi Alan makan 3 4 suap jugak la. Aku nak gelak lagi. Hahahahhaaaa.


Gambar ada dalam kamera, lupe nak amik pakai hp, kalau tak boleh share sekarang jugak hasil puding aku tu. Kih3.


Aduh, rasa nak gelak lagi.


Jangan ada yang ikot resepi aku ni sudah la ye.. ;)







Friday, 27 July 2012

MENJAGA HATI

Salam Ramadhan,


Hari dah seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah, aku masih lagi dikurniakan tubuh yang sihat untuk meneruskan ibadah. Semoga segala amalan ku yang tidak seberapa ini diterima olehNya.

Aku tertarik untuk berkongsi satu kata-kata yang boleh dijadikan motivasi untuk meningkatkan muhasabah diri kita.


" Kalau sekarang kamu sedang MEMPERBAIKI DIRI InsyAllah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang MENJAGA HATI, dia juga sedang menjaga hatinya "




InsyaAllah, aku juga sedang memperbaiki diri. Harapnya yang di sana pun begitu. Amin.

Wednesday, 25 July 2012

Ayam Masak Ungkep

Salam 5 Ramadhan.

Disebabkan ramai yang publish entry masakan berbuka puasa, aku pun nak la jugak kan. Walaupun tak berapa nak meriah macam orang lain. Hehe..

Ok, aku nak share lauk berbuka aku semalam. Ntah semalam tiba-tiba teringin nak makan lauk ni. Aku masak Ayam Masak Ungkep. Masakan orang jawa. Kalau bukan anak jawa mesti tak pernah makan. Dah duduk sorang kat rumah, nak mintak mak masakan memang tak dapat lah. So kenalah masak sendiri untuk tekak yang mengidam ni. Hehe.  

Dan hasilnya.....

Taraaaaa.....hehe

Agak-agak sama tak dengan orang lain masak ek. Sebenarnya 1st time aku masak lauk ni. Aku pun just cari resepi kat internet je. Nak tanya mak hp kena barring pulak. Kes malas nak bayar bil. Ngeh3. Tapi rasa dia boleh tahan sedap. Ngeh3. Hilang mengidam tekak aku dah. 

Aku ni kalau nak masak kena tunggu mood. Kalau tak ada mood nak memasak, sanggup makan biskut je. Haih apa punya perangai la kan. 

Raya ni aku berangan nak buat kuih raya sendiri. Rancang nye lah. Nak buat 2 jenis. Yang senang-senang je dan tak payah gunakan oven. Keh3.

Oklah rini mood memasak udah kelaut. Plan nak berbuka puasa dengan Alan je, nak beli ayam golek kat bazar. 


Daaaaaaa.........




Tuesday, 24 July 2012

Mimpi Mempunyai Anak Lelaki

Salam Ramadhan semua.

Hehe, sebenarnya bukan aku yang mimpi tapi Alan, tunang aku. Keh3. 

Semalam, lepas kami pergi beli juadah berbuka di Bazar Ramadhan Presint 2, sambil2 bawak kereta Alan pun cerita. Katanya dia mimpi aku bersalin. Oh, apakah. Hehe.

Katanya lagi, dia cemas gila masa tu. Almaklumlah nak sambut baby kitorang. Haha. Lepas baby dah keluar tengok2 jantinanya lelaki, tapi baby tu tak menangis. Lagi la dia bertambah cuak (tau pulak Alan baby lepas dilahirkan kena menangis ek. hmm, bagus2, persediaan untuk dia jugak nanti) hehe. Tak tau apa nurse buat kat baby terus dia nangis.

Aku tanya la baby macam muka siapa. Dia kata baby macam muka dia. Comel gila katanya. Rambut lebat. Ceh. (nak cakap dia comel la tu) Hehe.  

Agak2 ada macam ni tak muka baby tu syg. Lebat kan rambut dia. Keh3.

Teruja aku dengar. Yelah, aku kadang-kadang selalu jugak bayangkan macam mana lah kalau aku ada anak nanti. Macam muka siapa la agaknye. Hmm berangan kan, kawin pun tak lagi. Hehe.

Alolololoooo....comeynyeee dieee...

Ni mesti kes tak sabar nak kawin kot Alan ni. Ngeh3, sorry cayang.

So, aku pun try la search pasal mimpi ni. Ada yang kata akan memperoleh kebaikan/ keberuntungan. Ada orang yang cakap jugak akan mendapat kesedihan atau duka cita. Oh, tidak. Baca boleh, percaya jangan k.

Aku sentiasa berdoa semoga aku dan Alan sentiasa didatangkan kebaikan dan dijauhkan daripada segala musibah mahupun keburukan. Dipermudahkan jalan kami, rezeki kami, dipelihara hubungan kami hingga ke jinjang  pelamin dan ke akhir hayat. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.




Friday, 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, 1433H

Alhamdulillah,


Malam tadi telah diumumkan tarikh 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Tahun ini aku diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk menunaikan salah satu Rukun Iman ini. Syukur ke hadrat Ilahi aku diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa.


~Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w 
bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

~Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu


InsyaAllah, tahun ni aku berazam nak khatamkan Al-Quran sambungan tahun lepas. Ada separuh lagi. Aku nekad sebelum kawin nak khatam Al-Quran lagi sekali.


Aku sertakan sekali jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk rujukan bersama.



Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk diri kita semua.

Thursday, 19 July 2012

Day 3 - Snookelling di Pulau Sapi, Kota Kinabalu

Sebenarnya plan untuk snookelling ni kitorang cadang nak buat hari pertama sampai ke KK. Tapi disebabkan cuaca di KK sebelah petang hujan kami terpaksa tukar ke hari ke-3 sebelah pagi. 

Pagi Sabtu, lepas bersarapan di Kedai Mamak Yusof di bawah apartment, kitorang terus ke Jesselton Point untuk membeli tiket. Vishnu dah tunggu kami kat sana. Kami beli di kaunter paling hujung kalau masuk dari pintu utama tempat membeli tiket tu. Harga di situ boleh ditawar menawar. Kami dapt RM 37.00 untuk sewa google+fins. Tapi kami hanya pergi 1 pulau saja. Takot tak sempat nak menikmati keindahan ikan-ikan dan batu karang kalau amik 2 @ 3 pulau. Takot terkejar-kejar. Kami tunggu di jeti untuk menaiki bot ke pulau.
Api-Api Apartment

Pekena teh tarik dulu


Tak sabar dah nak snookelling

Tunggu bot sampai

Posing lagi

 Tiba di pulau, kami kena bayar RM 3.00 seorang dan terus cari tempat untuk letak barang-barang. Terus pakai google sume dan terus masuk laut.

Yeah, 1 Malaysia. Haha, tiba-tiba kan.

Excited ok tengok ikan2 kat jeti tadi. Alamak, camne dengan barang-barang kitorang kan. Kitorang fikir positif je nak tinggal barang-barang kitorang kat situ. Sekali Vishnu volunteer nak jagakan barang kitorang.  Patut la Vishnu tak turut-turun laut. Tengok betapa baiknya dia ni. Lepas Shereen naik darat baru dia turut laut cari kitorang. Skali kitorang lak naik darat. Dah dia snookelling sorang-sorang. Hek3.

Sesi membayar RM 3.00 di kaunter. Sempat lagi diorang posing.

Masa tiba di jeti Pulau Sapi. Belakang tu kalau tak silap Pulau Gaya.

Lagi sekali

Tengok, masing-masing jakun pakai google tu. Haha. Susah jugak pakai menatang ni. Asik masuk air je kat hidung.
Ke tak pandai pakai. Kih3

Dah macam ikan berebut-rebut dapat makanan. Lalalalaaaa

Menggila lagi

Lagi dan lagi
Oklah, gambar yang dinanti telah tiba. Dari korang layan pic gonjeng kitorang yang tak bape nak betul tu, aku nak tunjuk karangan-karangan dan ikan-ikan kat Pulau Sapi ni ye. 

Ikan warna warni. Cantik!!!!

Saya Nemo. Kiut sangat

Beautiful coral

Sahabat

Ikan ni berenang-renang keliling kitorang je. Memang best

Coral lagi

Nampak tak ada ikan dalam pic ni

Again
Mula-mula korang mesti akan rasa takut nak snookelling, tapi bila dah biasa dengan google tu rasa macam taknak naik darat dah. Best woooo, sambil terapung tengok ikan-ikan dan coral-coral tu semua. Kadang-kadang rasa takut jugak kot2 ada ikan jossshhh. Hehe. Ikan kat sini ada jugak yang gigit manja kaki korang tau. Dah puas snookelling, kami pun balik naik bot. Sepatutnya kami bertolak dari pulau pukul 1, tapi dah penuh terpaksa tunggu pukul 2 punya.

Cerita yang tak bestnya kat sini, pemilik apartment yang kami sewa tu mintak kami keluar pukul 2. Silap kami jugak sebenarnya tak check out awal2. Tapi kami mintak belas ikhsan untuk sampai ke apartment dalam pukul 2 lebih sebab kami bertolak dari pulau pukul 2. Dia cakap dia akan cas RM 20.00 untuk satu jam lewat. Kami pun redha sajalah. Nak wat camna kan. Kami pun berkejaran dari jeti ke apartment. 

Sampai-sampai apartment kami telah dimangga. Alamak, camno nak masuk ni. Baju bajan semua ada kat dalam lagi. Telefon balik owner dan diorang pun sampai. Cuak jugak takot dia marah ke apa kan, rupanya dia hantar assistant dia. Nasib la dia datang dengan muka senyum-senyum. Dia bukak pintu, kitorang pun terus angkut barang-barang kitorang semua dan bayar RM 40.00 dan terus blah. Huhu, rasa macam dihalau dari rumah sendiri ok. Owh, hidup bergelandangan la kami.

Sebelum ke airport, kami semua dah kelaparan. Singgah di Pizza Hut untuk isi perut masing-masing. Jam dah pukul 5.30 ptg. Flight kami pukul 8.20 mlm. So kami kena ada kat sana lebih kurang pukul 7.20 la kan. Makan laju-laju dan terus ke airport. Aku dan Shereen ditugaskan untuk pulang kereta sewa. Cewah, macam apa pulak. Akma dan Ct nak check in luggage. 

Kisah pulang kereta pulak, aku dan Shereen terpaksa tipu sunat. Hehe. Sebab kereta tu Vishnu yang sewa, tapi dia takda lak pesan kat kitorang kena bagi salinan lesen dan i/c salah sorang dari kitorang pada pemilik kereta sewa tu. So bila diorang mintak kami takda lah kan. Kami terpaksa tipu cakap kami tak check in flight lagi sebab masa tu dah pukul 7 kot. Kalau tak kitorang kena ikut dia pergi kedai fotostat kot. So, bila fikir kami macam dah lambat, diorang pun lepaskan kami untuk check in. Hehe. Selamat.

Cerita pasal masa scan beg pulak, masa kami makan pizza tadi ada spaggeti apa ntah kami tak sempat nak makan. Camne ni lepas ke tak, dengan air 100plus aku tak minum lagi dalam beg. Aku pun try bawak je, kalau tak terpaksa la buang or bagi kat polis yang jaga tu. Sekali tengok-tengok lepas. Kih3. Selamat lagi. Ct kata biasanya penerbangan domestik dia tak ketat sangat.

Ni la dia spaggeti tu. Kitorang makan sementara pintu gate untuk ke Kuala Lumpur di buka. Hehe

Jam 8.20pm kami pun terbang ke semenanjung semula. Alhamdulillah, sampai ke LCCT dalam pukul 10.40 pm camtu. Aku dan Shereen tumpang Ct untuk balik ke Putrajaya.

Ok, sekian pengembaraan aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Memang cantik pemandangan sini, dan orang-orang KK semuanya memang baik2 belaka.


Terima kasih Vishnu kerana layan kitorang kat sana 1st class. Kau memang terbaik bha.   

Jauh perjalanan luas pemandangan. 

Lain padang lain belalang. Ada kena mengena ke. Hehe..

Jumpa lagi KK.




Wednesday, 18 July 2012

Day 2 - Kota Kinabalu, Sabah

Seperti yang dijanjikan, aku akan mencoretkan pengalaman untuk hari kedua kami di Kota Kinabalu. Untuk hari ke-2, kami merancang untuk ke Kinabalu Park, Diari Farm Ala2 Switzerland tu dan War Memorial Park. Bangun pagi tu, aku terus tengok cuaca dari koridor apartment. Ok, cantik. Cuaca memang best pagi tu sebab kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh iaitu ke Kundasang. Orang kata perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 


Semua dah siap, sebelum gerak kami isi perut dulu di Kedai Mamak pekena roti kosong. Kat sana takley nak demand sangat nk pilih-pilih kedai makan. Apa yang jumpa sebat. Perut dah isi, kitorang pun jalan. 


Keadaan jalan untuk ke Kundasang memang mencabar.Diorang kata jalan ala-ala nak ke Cameron gitu. Aku tak tau sebab tak penah pegi lagi Cameron Highland. Kesian Kan. Hee. Tengah syok2 menikmati keindahan perjalanan ke sana, perut aku buat hal. Nasib la jumpa Petronas, tapi seberang jalan. Kesian diorang kena U-turn. Nak wat camna kan, kalau aku terbuang dalam kereta lagi nahas. Keh3. 


Kami teruskan perjalanan lagi. Eh2, tu macam puncak Gunung Kinabalu kan, jerit salah sorang antara kami. Ha'a la. Jakun tau kami. Mulut aku terus ucap Subhanallah. Satu perasaan lain kat hati aku bila nampak puncak gunung tu walaupun sayup-sayup jek. Keh3. Kesian kan.




Perjalanan kami ke sana

Ha nampak tak. Sayup-sayup jek kan. Sedih. Tapi bersyukur diberi peluang jugak tengok dia

Puncak Gunung Kinabalu dari kejauhan. Bukan yang  rendah tau. Yang dekat2 dengan awan tu.
Lepas sampai ke Kundasang, kami terus singgah ke Pasar di tengah-tengah bandar Kundasang tu. Tak tau apa nama pasar tu. 




keropok leko warna putih. Not bad.

Dalam buluh ni ada jagung. Rasanya tidak boleh telan bha. Hehe

Konon-konon sejuk. Hehe
Lepas isi perut dengan mencuba makanan orang2 kat sini, kami ke Kundasang War Memorial.










Kat sini kami ditemani hujan lebat. Lepak di satu dewan sampai hujan teduh dan kami teruskan plan yang dirancang untuk ke Kinabalu Park. Tapi disebabkan hujan, kondisi kereta, keadaan jalan yang agak bahaya ketika hujan, kami terpaksa batalkan plan asal.  


Sedih.
Sempat snap pic ni je buat kenangan. Kalau masuk pun tak dapat tengok Gunung Kinabalu. Hujan lebat sangat. Waaaa terkilan rasa. Mungkin lain kali kalau ada rezeki. Terus balik ke KK.


Sebenarnya nak pergi Rumah Terbalik ni tak masuk dalam plan pun. Sebab plan asal tak jadi kena lah masukkan program lain kan. Hee. Rumah Terbalik ni otw kami balik ke KK. Dah alang-alang haruslah kena singgah kan.



Harga tiket ni RM 10.00 ye.





Keistimewaan kat sini hanya rumah tu saja. Cenderahati kat sini mahal. Tak dapat nak beli buat kenangan.


Lepas tu, kami lepak kat Jambatan Tamparuli. Hujan lagi. Apa lagi, terpaksa beli baju hujan tu. RM 3.80. Hehe, comel kan kami.







Dah penat main hujan, kami bercadang untuk lepak-lepak di Tanjung Aru. Orang kata sunset di sana cantik. So kami teruskan perjalanan ke Pantai Tanjung Aru. Kalau ke sini jangan lupa makan Jambu Beso. Kami yang panggil dia camtu. Hehe. Sebab memang beso jambu nya. Seketul RM 2.00. Lagi satu jangan lupa try Kepak Ayam. Memang terbaik.







Alahai dah panjang sangat entry ni. Takpa sambung sikit lagi ek.


Malam pulak kami deside nak makan seafood lagi. Ingat nak makan kat Ocean View. Sekali tanya harga minimum RM 300 dan ke atas. Alamak terlebih budget. Keh3. Kitorang suruh Vishnu deside tempat mana yang murah dan best. So, dia ajak makan di sini. Lupa la nama restoran ni. Semua tu RM 178 kot. Lebih kurang camtu harga dia. Kami ambil Udang Masak Butter, Scallop Masak BlackPepper kot, Kailan, Ikan dan Ketam Lembut. 1st time makan ketam lembut ni. Sedap dan senang, tak payah nak ketuk2 bagai. Makan je terus. Hehe



Tu la dia, Vishnu, sangat baik ok orangnya. 

Hantu tengah mentekedarah. Haha



Ok, setakat ni dulu untuk hari ke-2. Adoiii semputtttt....


Jumpa next entry ye.