Friday, 20 November 2015

Kek Vico 3 Minit

Assalamualaikum.

Lama dah rasanya tak cerita pasal makanan kan. Minggu lepas tiba-tiba teringin nak makan kek milo 3 minit yang banyak kengkawan share resepi kat fb. Tengok resepi bahan-bahan semua ada kat rumah, apa lagi terus on. Cuma milo tu aku tukarkan dengan vico sebab lama dah tak beli milo, kengkonon boikot. Hehe..

Sangat senang ye kawan-kawan. Pejam mata pun boleh buat. Hehe. Sementara Areesh tengok upin ipin, Hubby kena kerja pulak aku pun merewang kat dapur. Tak sampai 10 minit uollllss dah siap dan boleh terus dimakan. Oppss, tunggu sejuk sikit lah ye, kang ada melocot pulak mulut tu.

Nah hasil kejadian kek tersebut.

Cepat, gebu dan sedap, walaupun masak macam main pondok-pondok. 
Areesh tak sabar-sabar nak makan sementara tunggu kek ni sejuk.
Bekas tu korang abaikan lah ye. Aku kan kerja di KeTTHA, so aku tengah mempraktikkan amalan hijau kat rumah. Haha. Sangat.

Aku amik resepi kat sini. Rerajin jengah lah ye..




Friday, 13 November 2015

En Suami VS ABC

Assalamualaikum.

Muka orang dapat makan ABC setelah sekian lama mencari.
Hehe, tak jauh pun kat Perantau Bangi je. Lupa pulak kat situ ada ABC sedap. Dah lama tak jejak kaki kat sini tu yang sampai terlupa. ABCnya cukup rasa, bahan pun banyak. Pendek kata menepati selera orang mengidam ni lah. Hehe...


Slurppp slurpppp..


***

Thursday, 5 November 2015

Cak Cak Cak

Assalamualaikum.

Hai kesayangan MEA. Eh, ada lagi ke pembaca setia MEA ni. Hehe. Perasaan sangat kan.

Bersawang-sawang dah MEA ni, tak ada mood langsung nak update. Nak bukak belog pun malas. Memang terbiar terus selama 5 bulan ni. Eh, aku belom mengandung untuk kali ke2 ye. Kot2 la korang ingat pembawakan budak ke kan. Hehe. 

Lepas ni macam nak rajin balik membelog. Tengok lah, rajin ke tidak nanti. Ada yang emel pun aku tak reply. Entah lah, yang berkaitan dengan belog memang aku malas. Nanti aku taip terus la kat entry berkenaan, tak payah susah2 PM segala ye. Kesian korang tunggu aku tak reply2. Nanti ada masa aku update entry tu.

Oklah, sekian mukadimah selepas sekian lama menyepi. 


Tata titi tutuuuu...