Thursday, 23 April 2015

ZumBa ZumBa

Assalamualaikum.

Khamis lepas, Puspanita kementerian aku ada buat aktiviti sukan ZUMBA gitu. Zumba ni khas untuk staf wanita saja, nama pun anjuran Puspanita kan. Buat di rooftop bangunan. Excited nak join. 


Muka sebelum kejadian.
Hubby tengok gambar ni dia kata aku macam pregnant.
 Haha..
Yeah, lapan lagi...
Macam2 gaya kan, lain cikgu ajar lain yang dibuat. 
lantaklah labu, janji ada iras2. Hehe.
Fuh, penat gila..sampai sakit2 kaki..
Posing lagi sebelum balik. 
Maintain k muka memasing. 
Padahal berpeluh2 semua time ni.
Cikgu kita yang tudung coklat tu.
Eh betol ke tak ek. Macam lain pulak muka dia kat sini.
Tak dapat sambutan sangat pun, sebab zumba ni buat pukul 5 - 6 petang, ramai mak mak nak balik ambil anak, nak balik masak untuk suami gitu. Aku bukan tak ambil Areesh, cuma lambat sikitlah. 

Oklah tataaa....



***
Aku kekantoian ni..wawawawaaaa
Nantilah aku cerita lain entry ye. ^_^


Friday, 17 April 2015

Fresh Cendawan Tiram Putrajaya

Hi, saudagar cendawan kembali.

Hehe, saudagar la sangat kan. Saja suka-suka. Aku nak beli tu yang tanya kengkawan opis kot2 ada yang berminat sekali. Sebelum ni pernah jugak aku jual, lama dah. Tapi supplier dah berhenti, so tak dapat stok cendawan. Kengkawan opis pulak asik tanya je cendawan ada tak. Hoho. Naik kesian jugak aku dekat diorang, nak buat macam mana kan. Memang tak ada.

Semalam, kebetulan dekat kawasan perumahan aku ada pulak toke cendawan. Dia bukak order apa lagi aku terus tanya kengkawan. 1kg RM13. Besar dan segar cendawan tu. Memang puas hati la. 



Aku tanya kengkawan bahagian aku je, bila bahagian lain tahu diorang nak jugak. Aih banyak rupanya pencinta cendawan macam aku ek. Hehe. Lain kali ada lagi aku open order lagi ye.


Menu malam tadi, cendawan goreng tepung. Yummyyyy..
Aku share kat group opis, diorang tanya mana batangnya. Hik3.



#Areesh 11 bulan

Alhamdulillah,

Semalam Areesh genap 11 bulan. Nak setahun dah awak kan. Cepatnya masa berlalu. 



Areesh tak sihat sangat ni, aritu demam ni dah ok. Cuma badan rasa macam dedo2 gitu. Tambah pulak selesema dan batuk. Biasanya Areesh kalau sakit2 macam ni adalah tu nak pandai sesuatu. Harap2 macam tu lah. 

Semoga awak cepat sembuh ye syg. 


Wednesday, 15 April 2015

Nescafe Latte Caramel Yummy

Assalamualaikum.

Fuh2, tiup habuk2 dalam belog ni. 

Orang lain dah lama minum nescafe latte ni kan, aku je ni kesian. Hek3. 1st time rasa nescafe ni masa balik kampung 3 bulan lepas kot. Terus jatuh cinta. Sedap gila. Balik Putrajaya cari2 kat alamanda, aeon city mall, giant, kedai 1 malaysia semua tak jumpa. Aik, dah tak keluar lagi ke nescafe ni. Tak boleh jadi ni, kena cari jugak. Sampaikan aku search kat lazada. Ada, tapi cas penghantaran lagi mahal dari harga nes tu sendiri. Acanee. Hehe. 

Sebenarnya aku ni tak boleh minum nescafe. Mesti akan pening kepala. Kadang2 tu kopi 3 in 1 pun tak boleh sembarangan, mesti akan pening jugak. Tapi nescafe ni bila aku minum tak pening pun, ok pulak. 


Dan akhirnya, jumpa jugak nescafe ni dekat Speedmart Presint 9. Haha, jauh2 cari sampai ke bangi dekat sini ada rupanya. Hehe. RM 10.90 ada 20 sachet. Murah kan.  Lepas tu tinggal 2 pek pulak, haruslah aku rembat cepat2. 

Hehe, saja je up entry ni sebenarnya, tak nak bagi bersawang2. Oklah kan dari takda. Banyak cerita lain nak share tapi takde mood. Emel dari kengkawan tanya pasal ectopic aritu pun ada yang tak sempat nak reply, sebersalah sangat ni. Sabar ye, saya akan reply satu2 bila kelapangan.

Oklah, tataaaa.