Monday, 24 February 2014

Scan 4d

Assalamualaikum.

Selesai skodeng baby 2 minggu lepas. Memang kami tersangat-sangat excited nak tengok baby. Alhamdulillah, hasil detail scan baby sihat sempurna, cuma baby besar sikit dari usia kandungan sebenar. Alamak, risau pulak kami jadinya, takut baby besar nanti susah pulak nak melahirkan. 

Baby malu-malu masa tengah scan tu. Dua-dua tangan asyik kat muka je. Penat doc tekan-tekan perut aku nak bagi baby tukar posisi, baby buat tak layan je. Bila doc asyik tekan-tekan perut, baby ketuk tangan dia ke atas, boleh nampak kat skrin. Hehe, marah la tu orang kacau dia tengah beristirehat. Ikut perangai siapa la tu kan Ayah. Hehe..

So, nampak muka baby sipi-sipi je la. Kesian ibu ayah tau baby, bayar mahal-mahal sikit je baby tunjuk muka, nak surprise la kononnye tu ea. Tapi yang bestnya, baby senyum kat kami, nasib doc sempat captured. Jantina pulak memang nampak jelas dan nyata. Biarlah rahsia dulu ye. Kot2 mana tahu keluar2 lain pulak. Tak malu anak ibu ni tau, tang bawah baby tunjuk ea, tang muka sorok pulak. Hehe.  

Hi Ibu Ayah..comel kan saya. 
Lepas ni dah bolehlah ibu ayah nak shopping barang baby. Kalau tak nak beli macam tak confident je, biru ke pink. Hehe...



Macam muka sapa lah anak ibu ni kan, ikut ibu ke ayah. Rasa macam tak puas je scan aritu, macam nak buat scan lagi. Tapi fikir2 balik ongkosnya baik beli barang baby kan... :)



Wednesday, 19 February 2014

Kopok Leko ooo kopok leko

Assalamualaikum.

Ada tak sesapa nak pergi Terengganu? Hehe, bukan apa aku teringin sangat nak makan keropok leko Tok Beng. Sampai sekarang teringat-ingat rasa dia. Sedap sangat. Sampai cari online. Tapi sajalah tanya dulu kot2 ada kat sini orang teganu ke kan, bolehlah kirim barang sebungkus dua. Hehe, kalau takda nampaknya memang kena beli online jugak la. Nak pergi Terengganu kos lagilah tinggi kan. 

Aritu ada akak opis aku pergi Terengganu, tapi sebab dia belikan keropok leko area kemaman so rasanya mestilah lain kan. Haih la baby, awat lah mengidam barang yang jauh. Meleleh dah air liur ibu ni....sob3...



Tuesday, 18 February 2014

Air gula lagi...


Result checkup semalam sangat memberangsangkan, hehe dan hasilnya Jumaat ni aku kena minum air gula lagi. Uhuk3. Sebulan punya berat naik 3kg. Sekarang ni berat aku dah cecah 50kg. Total berat 50.5kg. Wow, aku suka. Hehe. Tapi yang aku tak suka kena minum air gula. Nurse pun musykil nak kata aku ada keturunan kencing manis takde lah pulak. 

Alahai macam mana nak bagi naik 500g je, dengan selera makan aku tengah membuak-buak ni. Lepas makan nasi aku mesti nak ngonyeh2 benda lain. Kadang-kadang tu tahan-tahan jugak la tapi kesian kat perut aku ni. Hehe.

Cerita pasal detail dan 4d scan esoklah ye..lupa nak copy gambar baby. 



Friday, 14 February 2014

Minyak Kelapa Dara Tanamera

Assalamualaikum.

Waktu rehat tengahari tadi, aku dan kengkawan opis pergi melawat sorang akak opis aku ni baru bersalin. Alhamdulillah lepas beberapa hari warded sebab baby songsang, akhirnya selamat juga baby dilahirkan secara normal. Comel sangat baby Kak Mas tadi, nama dia Arisa Humairah. Seindah nama secantik rupa.  



Macam biasa, bila orang baru bersalin ni soalan yang akan ditanya macam mana bersalin, jahit pulak macam mana. Tang soalan jahit ni buat aku seriau. Sakit bersalin tu memang dah confirm2 la aku akan rasa kan, tapi bila tang nak kena jahit ni aku seriau betol. Ngeri dengar kena jahit hidup2. Tapi Kak Mas kata dia kena bius. Ada yang cerita pengalaman masing-masing tak kena bius. 

Kebetulan tadi, aku tanya pada sorang pegawai aku, dia bersalin tahun lepas. Dia kata masa bersalin anak pertama dan kedua, dia kena gunting bagi memudahkan baby keluar. Bila bersalin yang ketiga, Alhamdulillah koyak secara semulajadi dan jahit pun sikit saja. Lebih mudahlah nak dibandingkan dengan anak pertama dan kedua. Aku tanyalah dia ada amalkan apa-apa ke. Katanya dia amalkan minum dan sapu Minyak Kelapa Dara Tanamera. Macam pernah dengar produk ni. Dia kata nak tau lebih cuba google.


sumber : pacik google

Aku pun terus tanya pacik google, rupanya ramai dah yang menggunakan minyak ni sebagai salah satu ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. Bila kandungan 30 minggu guna secara sapu dan bila dah mencapai kandungan 37 minggu pulak, sapu dan minum.

Orang kata mana ada bersalin tak sakit kan, kalau ni dapat mengurang atau memudahkan, tak salah kan untuk dicuba. 




Thursday, 13 February 2014

26 minggu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, esok genap baby 26 minggu dalam perut ibu. Makin tak sabar ibu ayah nak tunggu baby keluar. Dalam masa yang sama takut jugak. Hehe. Ibu asyik mimpi baby dah keluar je. Hihi, macam mana lah rupa baby kan, macam ibu ke macam ayah.

Yang paling buat ibu ayah teruja, sekarang ni baby dah pandai bagi respon kalau ibu ayah tepuk-tepuk manja perut ibu, sekali ibu tepuk kadang-kadang berkali-kali baby balas. Kalau ibu ayah cakap-cakap dengan baby pun baby dah pandai bagi respon tendang-tendang perut ibu. Perasaan ibu ayah Allah je yang tahu. 

Ahad ni ibu ayah nak pergi buat 4d scan untuk baby tau. Nak tengok perkembangan baby. Yang paling ibu ayah tak sabar nak tau baby ni boboy ke gegel. Hehe. Ibu ayah tak kesah baby boboy ke gegel yang paling penting baby membesar dengan sihat dan sempurna. Nanti baby jangan malu-malu pulak tau.



Tuesday, 11 February 2014

Asam Pedasku cukup masam

Assalamualaikum.

Ahad lepas adalah hari yang sangat menggembirakan aku. Hehe, takdelah apa sangat pun, sebenarnya aku dah berjaya masak asam pedas. Ye..asam pedas. Lauk favorite Hubby selain dari kari aku fail jugak masak kari. Hehe. Kesian kan aku. Sebelum ni kalau masak je mesti tak menepati selera Hubby. Bukan selera Hubby je, tekak aku pun rasa macam pelik. Sedih tau bila lauk kegemaran suami aku tak boleh nak masak. Dan semalam, yippiiii aku berjaya. Macam-macam doalah aku baca nak bagi sedap kan. Alhamdulillah, menjadi. Tak habis-habis Hubby puji asam pedas aku. Kembang semangkuk aku kejab. Hehe. Gambar lupa nak amik. Sob2..

Kari pulak aku masih belum dapat menepati selera Hubby, sebab apa aku tak pandai masak 2 jenis lauk ni. Sebabnya aku kan anak jawa so mak aku jarang masak 2 jenis lauk ni. Balik balik ayam/ikan masak kicap. Hehe. Bila mak aku jarang masak lauk ni, secara automatiknya aku pun kurang gemar dan kurang pandai nak masak. Takpe aku akan belajar sampai pandai. Sabar ek encik suami. Hehe.

Semalam jugak 1st time aku buat dessert puding roti dan hasilnya pun menjadi. Ambil resepi kat internet lepas tu aku derhaka ikut suka. Hihi, anak buah aku, Idah kebetulan datang petang semalam puji puding roti tu. Alhamdulillah, lepas ni bolehlah buat lagi. Gambar pun tak amik jugak.

Boring betol entry takda gambar ni. Tapi apa pun seronok bila apa yang kita masak orang makan dengan sangat berselera. Semangat nak masak pun makin berkobar-kobar....


Thursday, 6 February 2014

Kami sayang Mak

Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku dan adik beradik dalam dilemma. Susah sungguh nak diluahkan. Semoga kami diberi kekuatan dan petunjuk. 

Mak, kami sokong apa yang terbaik untuk Mak. Kebahagiaan Mak kebahagiaan kami..menaip sambil lap air mata...............sob sob...






Wednesday, 5 February 2014

Seorang budak bertuah

Assalamualaikum.

Malas pulak nak cerita panjang-panjang..setiap gambar ada lagu. 
Ceh, macam Yuna la pulak. Hehe..

Event : Mesyuarat Agong Puspanita 2014, 28/1/2014

Tengok muka aku semangat kan nak pilih no cabutan bertuah..
siap terkeluar muncung itik aku..
 Hihi....
Haha..awat la cameraman ni amik gambar time aku tak ready..
Selesai dah majlis. Macam biasa sesi bergambar.
Taraaaaa....
tak sia2 kan aku buat muka sampai muncung2 pilih2 no tu.. Hehe....
No bertuah aku kali ni 070.
Alhamdulillah, tahun ni aku bertuah lagi...
Harapnya ada lagi rezeki tahun depan..



Tuesday, 4 February 2014

Pancitkan tayar dia...

Assalamualaikum.

Syok betul cuti 4 hari hari ni baru naik kerja, malas gila nak bangun pagi tadi. 3 hari di kampung Hubby dan sehari di Klang rumah Along, abang Hubby sebab hantar MIL dan FIL nak ke sana. Syok la berjalan tapi ada jugak kisah tak best sebab kitorang kena dengki dengan orang berhati busuk. Tak tahulah kitorang memang silap ataupun orang tu saja nak mendengki. 

Balik rumah MIL aku teringin nak makan kopok leko, aku memang hantu sikit dengan menatang ni. Hubby tanya dekat FIL, tapi area rumah takda pulak orang jual kopok leko petang2. FIL cakap kat bandar ada satu kedai jual kopok ni, esok nak ke bandar bolehlah singgah beli. Aku pun orait je. Esoknya kami decide nak ke Kluang Mall, raya cina kan memang crowded la. Nak cari parking memang bersesak-sesak. 

Puas pusing2 kami jumpa 1 parking ni, kebetulan owner kereta baru nak keluar parking. Kami ada perasan 1 kereta myvi ni, tapi rasanya dia tak tunggu pun parking tu sebab dia macam tengah adjust parking dia kat tepi dinding, signal pun tak bagi . Kitorang tak fikir pape terus masuk parking tadi. Dah puas cuci mata, kitorang pun keluar. Otw nak beli kopok leko Hubby cakap eh balancing kereta macam dah tak ok sebab macam asyik nak menyenget belah kiri je. Aku tak komen pape, diam. 

Lepas beli kopok tu nak masuk kereta, Hubby bagitahu aku. Tayar pancit. What??? Terlanggar apa pulak ni. Tayar depan belah kiri. Memang kempes habislah, tayar pun macam ada rosak sikit. Masa otw tu takda lah kami rasa lain ke apa, macam biasa je. Hmm, dah la bengkel tutup raya2 cina ni.  Jet kereta pulak tertinggal kat rumah Putrajaya, hari tu beg barang2 betulkan tayar tu terkena air apa entah, so cuci bawak naik rumah terlupa bawak turun. Nasiblah sedara Hubby ada tinggal dekat2 area bandar jugak. Dia tolong bukak tayar dan pam tayar ke Shell.

Balik dari Shell tu, sedara Hubby cakap katanya tayar macam tak bocor. Tapi dia jumpa something yang pelik. Ada batu kecik dalam penutup tiub tayar tu. Pelik bin hairan bin ajaib. Macam mana boleh ada batu kecik pulak dalam penutup tu kan. Dia cakap macam ada orang dengki je. Haih, tak memasal kan. Sedara Hubby pinjamkan dia punya jet kereta tu takut tayar bocor lagi ke ape. Alhamdulillah, sampai aku pergi kerja pagi tadi tayar elok je. Sah kami kena pedajal. Kami tak tahulah sapa yang buat, tapi myvi yang aku cerita kat atas memang nampak pelik sikit, entahlah. Nak tuduh dia yang buat takda bukti. Nasiblah. 

Aku cakap kat Hubby, tengoklah. Sekali dia buat kita 10 kali Allah balas. Lepas tu Hubby cakap, kejab lagi accident la orang tu. Hahahaaa, aih macam teruk sangat pulak doa kitorang ni kan. Tapi memang sakit hati lah kan, buang masa buang tenaga orang jee...